Showing posts with label Pengalaman Hidup. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Hidup. Show all posts
Friday, February 24, 2012
Thursday, February 16, 2012
Laluan Penuh Duri
| Salam sejahtera. Hidup ini penuh dgn ujian. Ia menuntut kita terus berfikir dan merenung. Usaha memperbaiki diri dan memuhasabah diri sendiri itu pasti. Usaha dan ikhtiar tak boleh diketepikan. Tidak ada yg mudah di dunia ini. Banyak yg perlu dipertimbangkan. Bukan hanya dgn akal dan pemikiran sahaja tetapi juga dgn hati dan perasaan. kerana kita makhluk yg beremosi. Terkadang logik itu begitu menyakitkan. Ada waktu emosi terlepas drpd kendalian diri dan realiti. Tat kala itulah ku mohon kepadaMu, agar diberi petunjuk dan hidayahNya agar memberikan keputusan yg tepat dgn tindakan yg paling bermanfaat. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk semua. Tuntutan hidup ini terlalu besar. Semuanya menerjah ke dalam diri. Tak mampu untuk aku harunginya bersendirian. Hanya padaMu jua ku pohonkan. Agar sentiasa melindungi diriku drps mengikut pilihan yg merosakkan. Terkadang aku terfikir, bagaimanakah ulama2 besar, pendakwah2, para daei yg jauh lebih tercabar dgn kerja2 utk menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada org lain dlm keadaan yg lebih mencabar dan ujian yg berat. Hanya kekuatan jiwa, kekuatan iman dan doa yg mampu meletakkan mereka rela berhadapan dgn pelbagai onak. Yg pasti tertanam sudah di dalam fikiran, nekad bahawa misi pasti akan dicapai jua. Seribu halangan yg datang sanggup diredah dgn kekuatan mental dan niat yg murni. Demikian juga, kejayaan2 besar yg mampu dinukilkan oleh pejuang2 hebat dalam bidang masing2 menempa dan merintih jalan kejayaan mereka. Tidak ada yg mudah. Laluannya penuh liku. Penuh duri. Mampukah aku mengharungi laluan penuh duri ini? Ya Allah Ya Rabbi... Betapa kerdilnya diriku ini. |
Wednesday, February 15, 2012
I Love You
![]() |
| TQ |
Friday, February 3, 2012
Terperap Di Bilik Tidur
Sedikit Musibah Banyak Hikmahnya
Thursday, February 2, 2012
Malang Tidak Berbau
Monday, January 9, 2012
46 tahun
Tuesday, October 25, 2011
Tak senang Duduk
Salam sahabat semua.
Tak ada appoiment hari ni tapi aku tak senang duduk.
mesti cari gak.
Tak boleh duk rumah, tak senang hati.Mesti keluar gak.
Buat apa yg patut.
Alhamdulillah, dapat satu appoiment untuk berjumpa Fadli
kat USJ 5. anak muda, baru usia 24 tahun.
Baru bekerja dgn Telekom Menara jalan Pantai Baru.
Semalam baru balik dr Sarawak kerana menghadiri majlis konvokesyen
UNIMAS Kuching Sarawak.
Tahniah.
Dah banyak kali nak jumpa.
Berjumpa dgnnya di kedai makan berhampiran flat sewaannya.
Aku datang dgn boyfreind akulaa...en suami. TQ darling kerana
sentiasa temankan aku ke sana sini.
Aku kongsikan peluang hebat ini.
Dari A sampai Z.
Respond Fadli...macam tak nak je.
Tapi biasalah, banyak alasan.
Tak bolehla,
Tak pandaila
Tak ada masala
Tak reti cakapla
Tengokla dulu.
Nantila.
Banyak sangat la la lanya.
Aku pujuk isi borang ahli pun tak mau.
"takutla"
Tapi aku dapat sesuatu hari ini.
Selagi hidup tak tersepit, kita tak mahu bertindak.
Hidup selesa, gaji RM2000 lebih tak ada hutang cuma PTPTN je tolak.
Gaji masih banyak, personal loan belum ada.
Mak ayah kat kampung pun berduit.
Masih bujang, kereta tak beli lagi, menyewa pun ramai2.
Pakai motor je, itu pun yg keluarga belikan.
Nak kena tersepit, terkepit dan terhimpit dulu, baru nak buat.
Begitulah selalunya. Gaji dah nazak, loan dah lebih 60%.
Kad kredit tertunggak berbulan2.
Nama dah ccris atau ctos.
Duit tak cukup, hutang banyak, bil2 tak berbayar, anak ramai, isteri tak kerja.
Rumah masih menyewa.
Masa tu dah tak ada pilihan.
Nak tak nak kena buat jugak.
Kena cari duit lebih.
kena buat part time.
kena berniaga.
Kena settle hutang.
Sepatutnya jangan tunggu sehingga susah baru nak buat.
Masa senang la kita terus berusaha.
Komitmen belum banyak, anak belum ada, hutang belum ada.
masapun masih banyak.
Hidup masih selesa.
Tambah keselesaan kita.
Tambah tabungan kita.
Tambah pendapatan kita.
Dok gitu adik kakok?
Sunday, October 16, 2011
Sana Sini
Salam semua.
Petang tadi aku ke IOI Mall Puschong Jaya.
Ikut CDM Kartini berdemo di J Co.
Belajar dan berguru dgn mentor.
Sana sini pergi berdemo.
Macam mana nak berdemo kaedah baru.
bagaimana nak bersoal jawab dgn prospek baru.
Bagaimana lak nak uruskan dokumen.
Alhamdulillah, rasa macam dah dapat sikit2 auranya.
Bulan ni pasti dpt wawasan
Sikit lagi.
hari ni dah 16 Oktober.
Cepatnya waktu beredar.
Tak terasa pantasnya masa berlalu.
Bulan ni bulan lebih terang sinarnya.
Aku dah tengok.
hampir semua tak menang tangan.
Demo sana demo sini.
Close sana close sini.
Seronoknya dengar.
Bulan ni pasti lebih hebat.
Business lebih boom.
Business lebih meletopsss.
Business lebih hangat lagi.
harap macam tulah, tengok2 sehari dua ni pun macam tulah.
inilah hasilnya apabila kita tak berhenti mencuba.
Syukur gak pada Allah.
terus melapangkan rezeki kami sekeluarga.
Ujian tetap datang silih berganti.
tetapi semuanya kami syukuri dgn penuh rahmat.
Alhamdulillah.
Thursday, October 13, 2011
Sapa Kata?
![]() |
| Kafe Hassan Terletak di Cyberjaya. Hari ni ke Cyberjaya lagi. dah kali ke tiga ke sana minggu ini. Berjanji dgn Azira nak berjumpa di sini. |
Friday, September 9, 2011
Salam.
Jadual mulai rancak, penuh dan padat kembali selepas kembali
dr cuti hari raya.
Hari ni aku ke Senawang, berjumpa prospek utk PB.
Selepas Jumaat tnghari, aku akan ke Kota Kemuning berjumpa prospek gak>
Sabtu ada program WAB.
Lepas tu nak menziarah bapa saudara di Taman Melawati.
Bawa anak2 sekali biar mereka rapat dgn datuk saudara.
Ahad juga ada program WAB di sebelah paginya.
Petang plannya nak bawa anak2 menziarah saudara mara belah
en suami di Kuala Pilah.
Maalum, lama dah tak ke sana.
Setahun sekali mesti berjumpa.
Minggu depan pun ada dah beberapa appointment.
Baguslah, tak leh terus berdiam diri jika nak berjaya.
Masa tak menuggu kita.
Org dah lama bertindak, bergerak.Mereka usaha tak berhenti.
Usaha tak mengenal jemu.
Tak pernah kecewa.
Tak pernah putus asa.
Kita pun sama.
Jgn cepat mengalah.
Tak ada senang dtg dgn senang.
Buatlah apa pun, usaha mesti berterusan.
Sabtu dan Ahad minggu depan pun penuh.
17 Sept ada seminar di Penang.
Aku belum pasti dpt hadir.
Ada urusan penting keluarga di KL pd tarikh yg sama.
ibu dan adik beradik dr Kelantan semua hadir utk program tersebut.
Takkan aku tak ada pulak.
Tambahan lak mrka berkumpul dan bermalam di rumah aku dr Jumaat lagi.
Nanti aku bincang dgn upline cam ne.
Dgn CDM Fitripun aku tak bagi tau lagi.
Kedua2nya penting bg aku.
Kedua2nya agenda besar dlm hidup aku.
Yalah, ada waktu kena lepaskan satu.
Terkena lak tarikh yg sama. nak adjust pun tak tahu mcam mana nak buat.
Harap semuanya berjalan lancar.
Insyaallah, semuanya akan berjalan dgn baik.
tak yah fikir sgt. Nanti lagi fening2.
Baik aku relaks je.
Dah berjanji dgn diri sendiri, biar jelah.
Tak mahu fikir2 sgt.
Gitu ke gini ke, yg penting poket penuh melimpah.
Dok gitu???
Aiii senangnya dlm hati, jika duit banyakkkk.
Tuesday, August 23, 2011
Pertanyaan Untuk Diri Ku Sendiri
Monday, August 22, 2011
Rintihan Sayu Ja
Assalamualaikum kak Faridah. Ni ja dari Bacok Kelantan.
Kak Faridah tak kenal Ja
tp Ja ambik no ni dgn sorang cikgu kepada anak Ja.
Ja nak minta tolong.
Ja susah sangat sekarang ni.
Anak Ja ada 6 org, yg sulung baru darjah 3.
Yg kecik umur 8 bulan.
Suami Ja meninggal bulan3 hari tu, dia driver lori.
Accident.
Boleh tak Ja nak minta sedikit duit dgn Kak Faridah.
Untuk belanja makan, beli susu dan raya anak2 Ja.
Bukan pinjam sbb kalau pinjam Ja memang tak mampu nak bayar.
Rumah sewapun dah 6 bulan tak bayar.
Ja jual air tebu tepi jalan je.
Tp dah dua minggu tak berniaga sbb mesin tebu rosak.
Nak baikipun tak ada duit.Tak tahu nak minta tolong sapa.
Nak minta duit dengan kak faridah untuk Ja baiki mesin tebu juga.
Bolehlah Ja sambung jual air tebu
Ja dengar Kak Faridah org senang.
Ni no akaun Ja...
Subhanallah...
Inilah sms panjang lebar daripada Ja yg dihantar dlm 3 kali sms
yg ku terima pagi tadi.
Merayu mohon simpati.
Terlalu ramai yg susah seperti Ja.
Siapakah yg akan membantu mrka jika bukan kita?
Siapakah yg akan meringankan beban mereka jika bukan kita?
Siapakah yg akan membela nasib anak2 yatim itu jika bukan kita?
Siapakah yg akan bertanggungjawab terhadap
masa depan mereka jika bukan kita?
Mereka tak fikirpun tentang selendang baru, handbag, kereta baru
atau untuk cantik bergaya di hari raya nanti.
Yg mereka fikirkan ialah untuk mengisi perut makan
seharian dan susu anak sahaja.
Alhamdulillah, rezeki ku lebih.
Allah memilih aku lebih senang drpd org lain untuk ku bantu,
tolong dan infaqkan sedekah kepada yg memerlukan.
Begitu besar tanggungjawab kita kepada masyarakat
sekeliling yg senasib dgn Ja.
Aku terus mengangkat hp dan menelefon Ja.
lama juga aku bersembaang dgn Ja.Daripada perbualan dgnnya,
dpt aku rasakan tekanan hidupnya.
Merintih merayu, aku pasti Ja bukan org yg mahu mengambil kesempatan
atau tidak jujur pada aku.
Seikhlas hati, aku bertanyakan anak bongsunya.
Aku teringin membela anak angkat yatim piatu...
dah lama berusaha nak mendapatkannya tetapi bukan senang.
Aku faham, semua ibu menyayangi anaknya.
Dgn baik Ja menolak.
Apapun susahnya, biarlah anak2 di depan matanya.
Itu juga amanah aruah suami kepadanya.
Itu saja harta yg dia ada.
Perbualan dan sms Ja menginsafkan aku.
Betapa aku bertuah dan beruntung.
Betapa anak2ku bertuah.
Mereka hidup cukup senang.
Apa mahu semua dapat.
Aku berjanji untuk membantunya seberapa segera.
alhamdulillah Allah mengirimkan hamba Allah
utk ku bantu melalui insan yg tidak ku kenali.
Syukurlah.
Thursday, August 18, 2011
Sujud Syukur
Subscribe to:
Posts (Atom)







