Thursday, February 2, 2012

Malang Tidak Berbau

Malang tidak berbau.

Hari ini seharian aku terperap kat rumah.
Dok dalam bilik je.
Berehat, bangun, makan pun dlm bilik, kemudian tidur, bangun lagi.
Solat pun sambil duduk je,kemudian berehat lagi.
Nak gerakpun sakit.
Baru tahu besarnya nikmat sihat ketika terlantar begini.

Baring, pusing kiri, pusing kanan, terlelap sekejap,
kemudian bangun lagi, baca Quran, baca buku, baca majalah....oooh jemunya.
Sebagai org yg biasa aktif ke hulu ke hilir, aku tak betah jika seharian di rumah.
Tak suka asyik terperap kat rumah. Lagi aku rasa bertambah tak sihat.

TV pula aku tak minat. Jadi aku rasa sangat jemu.
Dok call je beberapa prospek yg bertanya ttg
NEW YOU PROGRAMME.
Untuk menghilangkan kebosanan, aku buka blog, fb dan updates status kat wall.
Bolehlah buat dlm terseksa.
Apapun aku bersyukur diberi Allah nikmat sakit ini.

Malam tadi dari jam 9 mlm aku ke Colombia Hospital di bandar Puteri.
Mulanya tak nak gi, rasa macam tak ada apa2, tp Dzul pujuk gak suruh jumpa doktor.
Bimbang kalau2 ada kecederaan dalaman.
Xray tangan kanan, lutut dan muka.
Doktor bagi mc walaupun aku tak minta.
He he he...aku mc dgn tempat aku kerja tiga hari...
Akademi Taipan 181.
Bilnya...mak oooi hampir RM500.
Sikit punya banyak.

Kata Dr Jonathan pada aku...
"Faridah, hari ni berehat saja. Jangan banyak bergerak. Daripada gambar xray,
di bahagian pipi kanan, tulang pipi u ada retak.
Ini bahaya sebab di sana ada urat2 mata yg sgt sensitif.
Lutut dan tangan serta jari2 tangan kanan u ok, tak ada patah.
Cuma bengkak tu ambil sedikit masa utk susut.
Di tempat yg sakit dan bengkak tu,
jangan urut atau sapu minyak atau letak sebarang ubat2 lain.
Jangan pergi jumpa bomoh atau tukang urut ya.
Ubat tahan sakit nanti u makan sampai habis.
Dua hari lagi u datang utk follow up, i akan refer u dgn pakar tulang."

Malang tak berbau...semalam aku penuh dgn appointment tentangg
NEW YOU PROGRAMME.
Sambutan hangat...tak sangka juga dpt sambutan hebat.
Rezeki Allah.
Org call pun aku dah rasa seronok.
itu belum close lagi.
Banyak gak laa dapat inbox dan sms.
Dari Kelantan, KTrengganu, Sarawak, Penang, Brunei pun ada.
Selangor dan KL jangan kira la.
Menjadi rupanya dgn internet ni.

Dalam jam 1 tghari, aku appointment dgn kenalan Norsazilah di Bandar Baru Bangi.
kami berjumpa di salah sebuah restoran di seksyen 10.
Sesudah menerangkan ttg program tersebut, semasa nak keluar restoran...
aku terpaksa melangkah satu jaring besi yg menutupi longkang.
Dalam hati dah terdetik...bahaya ni kang terjatuh.


Detik hati itu bagaikan doa...masin betul mulut dan gerak hati ini.
Banyak kali ia berlaku. Dzul selalu pesan..berhati2 dgn gerak suara hati, barangkali kerana dia ada pengalaman sendiri sepanjang kami berkahwin.

Sekelip mata aku tersembam kat situ apabila tapak kasut ku
tersangkut pada jaring besi tu.
Spec aku pecah berderai, bibir pecah, pipi bengkak dan tersembur darah
memancut drpd bahagian  muka dan lutut. Seluar ku terkoyak.
Mataku gelap tapi nasib baik ramai yg membantu.
Dalam kesakitan, mereka membantu ku, mengelap darah, mengambil handbag dll.
Mereka memapahku masuk ke kereta dgn bantuan
Ila dan bebarapa org lain.
Perasaan malu tak muncul sama sekali.

Mengaduh keseorangan dlm kereta, hati dup dap dup dap berdebar2.
Ohhh syukurlah tak parah walaupun mukaku tersembam atas jalan tar.
Aku minum air bio aura utk menghilangkan perasaan terkejut.
Dalam 20 minit kemudian baru aku rasa lega.
Perasaan gugup dan berdebar2 beransur lega.

Aku juga segera sapukan Bio ever cream
di pipi dan bibir yg pecah, tangan kanan dan lutut.
Dah tak boleh memandu, bukan hanya kerana kesakitan
tetapi kerana tak nampak sebab spec pecah.

Tak nak call Dzul kerana tak mahu menyusahkan suami,
aku berusaha utk memandu sendirian dlm keadaan samar2.
Pandu kereta dlm 60 hgga 80km/sejam.

Sampai di rumah, pembantu rumah aku yg baik hati dan setia,
Homsatun membantu membersihkan luka, menuam bahagian bengkak
dgn ais dan membalut bahagian yg berdarah.
Selepas itu dia pecahkan butiran celgynic dan disapukan di tempat yg
bengkak dan luka itu.

Sakitnya Allah jua yg tahu.
Tetapi ajaib, bengkaknya cepat juga susut.
Mungkin kerana keajaiban Bio Ever dan celgynic.
Pipiku yg terkoyak nampak bercantum sebelum aku ke hospital.

Apapun aku bersyukur.
Masih hidup dan bernafas.
Masih boleh memberikan kebaikan utk org lain.
Hanya sedikit ujian utk aku
tabah,semakin kuat dan menghargai nikmat sihat.
Syukurlah.












No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.