Tuesday, February 28, 2012

4 Langkah Memulihkan Keyakinan Diri


Salam sejahtera.
Salam perjuangan.
Alhamdulillah, sudah Selasa 28 Februari 2012.
Besok hari terakhir bulan Februari.
Demikian pantas masa berlari.
Tanpa menunggu sesiapa.
Tanpa memberi signal kepada sesiapa yg dia akan terus pergi.

Yg kita sedar, siang berganti malam.
malam bertukar siang.
Hari berganti minggu.
Minggu berganti bulan.
Bulan beralih tahun.
Usia kita kian meningkat.

Usai melewati hidup yg penuh pancaroba, penuh ujian
dan cabaran getir.
Ada kalanya ia begitu mencengkam jiwa dan
hati nurani, lemah dan longlai
dgn segala permasalah dan ujian
hidup yg tak pernah berhenti
menghempaskan badai dan gelombangnya.

Putus cinta?
Krisis rumahtangga?
Menghadapi kesakitan?
Kehilangan dan kematian orang tersayang?
Masalah kewangan?
Hidup tidak bahagia?
Hidup dibayangi dosa lampau?
Gagal dlm perniagaan?
Cita2 tidak kesampaian?
Ahhh...macam2, seribu satu masalah dan cabarannya.

Aku pun sama.
Tidak ada hidup yg semuanya manis dan indah.
Ada saja ujian yg datang.
Ada saja cabaran yg melanda.
Ada saja warna2 kelam yg tidak disenangi
menampakkan dirinya.

Itulah lumrah kehidupan.
Sentiasa sabar dan bersyukur.
Setiap ujian pasti akan berakhir dgn kebaikan dan hikmah
jika kita reda dan sabar menempuhnya.

Syukurlah. Muhasabahlah diri dgn sebanyak2nya.
Kekuatan aku perolehi kembali.
Keyakinan diri kembali bertaut padu.
Aku tidak akan tewas.

Bagaimana caranya untuk mengembalikan kekuatan dalaman kita?
Apakah tipsnya untuk mengembalikan keyakinan diri?
Apakah kaedah untuk mengangkat kembali
rasa percaya kepada diri sendiri.
Bagaimana menghilangkan rasa down dlm diri?


Inilah ubat dan penawar paling mujarab untuk kita.
Berwuduklah dan bacalah AlQuran.
Walau hanya seketika.Walau hanya satu muka.
Walaupun kita sesibuk mana sekalipun.
Seboleh2nya hayati dan fahami maksud tafsirannya
ayat yg kita baca. Ohhh nikmatnya membaca AlQuran.
Jiwa kita akan tenang.
Fikiran kita merasa sungguh lapang.
Hilang segala masalah yg bersimpang siur dalam fikiran.

Berdoalah. Ia senjata mukmin yg paling tajam.
Tidak ada senjata ini kepada org lain.

Mengadulah segala masalah kita kepadaNya.
Mengeluh dan merintihlah padaNya.
Luahkanlah apa saja yg kita rasa.
Ceritakan padaNya dgn tulus dr suara sanubari kita.
Dia maha mendengar.
Dia maha memahami.
Dia maha mengerti.
dia maha penyayang.
Dan Dia akan menunaikan semua hajat kita jika kita sungguh2 berdoa dgnNya.
Dan bersabarlah setiap kali kita berdoa.


Bukan mengeluh dan mengadu kepada manusia.
Kerana manusia tidak memahami masalah kita.
Malahan manusia lain menyebabkan masalah kita semakin bertambah
selepas kita mengadu pada org sekeliling kita.
Memuhasabah diri kita sendiri.
Ambil pen dan kertas...catatlah kebaikan yg telah kita lakukan.
Dan catatkan juga segala keburukan atau sikap kelemahan diri kita.
Cuba perbaiki kelemahan kita dan tambah baikkan apa yg perlu.

Ingat, kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua manusia.
Cukuplah jika kita telah berusaha untuk melakukan yg terbaik
untuk diri kita.
Itu bermakna kita juga telah melakukan yg terbaik
untuk orang lain juga.

Jgn pula kita mengharap balasan, pujian atau penghargaan atas kebaikan
yg telah kita berikan.
Cukuplah kiranya kita sedar dan mengharapkan
hanya balasan dan reda Allah SWT sahaja.
Carilah ruang untuk memotivasikan diri sendiri.
Dengarlah kaset atau CD motivasi.
Layari blog/website motivasi.
Bacalah buku2 kisah2 kejayaan org lain.
Lihatlah cabaran dan dugaan yg mereka harungi dlm perjuangan
menempa kejayaan.
semuanya akan memberikan inspirasi dan aspirasi untuk kita
terus melangkah dalam menuju kejayaan hidup.

Positiflah berdepan dgn apa jua cabaran.
Insyaallah, jika kita amalkan 4 tips hebat ini,
kita akan kembali meraih keyakinan diri.

Salam perjuangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.