Wednesday, February 15, 2012

I Love You

TQ

Salam sejahtera. Salam ceria.
Semoga sihat bahagia.

Dua tiga hari aku tak hapdet blog.
Banyak hal.
Kebetulan lak ada masuk service centre utk masukkan domain pada blog ni.
Tapi nampaknya belum berhasil.

Anda apa khabar?
Sihat? Ceria? Enjoy? Seronok? Gembira?
Tak puas hati? Terkilan? Marah? Sedih? Sayu?
Takut? Berani? Kecik hati? Jauh Hati? Lemah? Bersemangat?
Itulah cabaran hidup namanya. Ia pasti mengiringi perjalanan hidup kita.
Selagi hayat di kandung badan, pasti tak boleh lari.
Pasti berlaku.


Emmm...pagi ni aku baru habis aerobik kat Airo Fitness.
Sejam di sana.
Zumbal dance...wow energetic, melompat, berpusing, ke kiri ke kanan, ke depan ke belakang, ke atas ke bawah,
menari, menghayun, melangkah...berpeluh2.
Rasa kuat dan bertenaga. Happy dan seronok.
Lutut kena kuat, kaki kena guna, tenaga habis keluar, peluh menitis2,
kalori terbakar rentung...
PB kekal melekat kat badan ketika beraerobik ni.

Jadual aku setiap hari bermula jam 5.30 pagi.
Kami bersolat di masjid bandar kinrara.
Kadang2 terlepas gak.
Lepas solat, balik rumah sempatlah menagaji sekejap.
Merawat hati, menyejukkan jiwa, menguatkan iman,
menambahkan amal utk persediaan kembali ke sisiNya.
Entah bila...kita bersedia sahaja.

Selepas mengaji, turun ke dapur utk bekpest dgn anak2.
Sekadar mengalas perut.
Lepas tu jam 7 pagi mesti keluar menghantar anak ke Mutiara Damansara.
Kalau lewat keluark jem laa jawabnya.
Selalunya en suami je yg menghantar, sekali sekala aku ikut.

Selepas anak2 ke sekolah, aku sambung mengaji.
Solat Duha buat dulu. Dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat...maksima 12 rakaat.
Habis berdoa dan mengaji, aku bersiap utk aerobik ke Airo Fitness.
Aku ambil utk 5 jam seminggu.
Ada pagi, ada petang dan ada malam.

Pada usia begini, kesihatan sgt aku utamakan jika mahu kekal sihat.
Makanan pun aku pilih2...gula, minyak, lemak dan karbohidrat
mesti dikurangkan pengambilannya.
Jika tidak, banyak penyakit boleh singgah.
Alhamdulillah, rasa lebih sihat dan kuat.


lepas tu...baru aku tengok fb, tengok emeil dan hapdet blog.
Berniaga mesti jalan...buat demo, buat appintment, jumpa rakan kongsi,
jumpa prospek adalah rutin biasa.
Berkongsi, berkongsi dn terus berkongsi.
Hidup lebih indah dan bermakna dgn memberi dan berkongsi.

Salam sayang.
Insyaallah, jumpa lagi.










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.