Thursday, February 16, 2012

Laluan Penuh Duri


Salam sejahtera.
Hidup ini penuh dgn ujian.
Ia menuntut kita terus berfikir dan merenung.
Usaha memperbaiki diri dan memuhasabah diri sendiri itu pasti.
Usaha dan ikhtiar tak boleh diketepikan.

Tidak ada yg mudah di dunia ini. Banyak yg perlu dipertimbangkan.
Bukan hanya dgn akal dan pemikiran sahaja tetapi juga dgn hati dan perasaan.
kerana kita makhluk yg beremosi.

Terkadang logik itu begitu menyakitkan.
Ada waktu emosi terlepas drpd kendalian diri dan realiti.
Tat kala itulah ku mohon kepadaMu,
agar diberi petunjuk dan hidayahNya
agar memberikan keputusan yg tepat dgn tindakan yg paling bermanfaat.
Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk semua.

Tuntutan hidup ini terlalu besar.
Semuanya menerjah ke dalam diri.
Tak mampu untuk aku harunginya bersendirian.
Hanya padaMu jua ku pohonkan.
Agar sentiasa melindungi diriku drps mengikut pilihan yg merosakkan.

Terkadang aku terfikir, bagaimanakah ulama2 besar, pendakwah2, para daei
yg jauh lebih tercabar dgn kerja2 utk menyampaikan kebaikan dan ilmu
kepada org lain dlm keadaan yg lebih mencabar dan
ujian yg berat.
Hanya kekuatan jiwa, kekuatan iman dan doa
yg mampu meletakkan mereka rela berhadapan
dgn pelbagai onak.
Yg pasti tertanam sudah di dalam fikiran, nekad bahawa misi
pasti akan dicapai jua.
Seribu halangan yg datang sanggup diredah
dgn kekuatan mental dan
niat yg murni.

Demikian juga, kejayaan2 besar yg mampu dinukilkan oleh pejuang2 hebat
dalam bidang masing2 menempa dan merintih jalan kejayaan mereka.
Tidak ada yg mudah.
Laluannya penuh liku.
Penuh duri.


Mampukah aku mengharungi laluan penuh duri ini?
Ya Allah Ya Rabbi...
Betapa kerdilnya diriku ini.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.