Friday, February 3, 2012

Sedikit Musibah Banyak Hikmahnya


Salam bahagia.
Semoga sejahtera hendaknya.

Itulah doa kita setiap hari.
Tetapi perjalanan hidup ini penuh berwarna warni.

Semua manusia mahukan senang, tetapi Allah timpakan kesusahan.
Semua manusia mahukan sihat sepanjang usia, tetapi Allah timpakan kesakitan.
Semua manusia mahukan kejayaan sahaja,
tetapi Allah berikan kegagalan demi kegagalan.
Setiap manusia sentiasa mahukan kebahagiaan, tetapi Allah hulurkan
penderitaan dan kepedihan.
Setiap manusia hanya mahukan kekayaan, tetapi Allah berikan kemiskinan.
Setiap manusia mahukan kegembiraan,tetapi Allah berikan
rasa kesedihan dan duka nestapa.


Sehingga ada kalanya kita merasa,
seolah2 Dia hanya mahu kita sentiasa dalam kesusahan dan penderitaan.
Yg baik, yg senang, yg bahagia, yg sihat dan yg kaya yg kita minta jauh dari kita.
Tetapi banyak yg diberi ialah asyik susah memanjang.

Subhanallah.
Tidak Dia jadikan itu semua sia2.
Segalanya mempunyai hikmah.
Semuanya utk kita lebih menghargai nikmat2 yg Dia berikan.
Segalanya utk menjadikan kita lebih baik dan lebih kuat.
Segalanya supaya kita menjadi bertambah dekat kepadaNya.

Aku masih berehat di rumah hari ni.
Sepanjang hidup 46 tahun ni, alhamdulillah sihat memanjang.
Kalau sakit teruk pun, ketika alahan mengandung
selama 9 bulan terbaring kat hospital
bagi keempat2 anak kami.

Lepas tu pengalaman sakit
menjalani pembedahan di Pusat Rawatan Islam pada 18 Januari 2010
dua tahun lalu.
Pendeknya sihat memanjang.
Tak banyak pengalaman sakit teruk atau menguruskan org sakit terlantar.

Ahh... kali ini Allah SWT uji lagi dgn kesakitan.
Sikit je sebenarnya.
Nak baring sakit, nak duduk sakit, nak jalan sakit,
nak solat sakit,nak mandi sakit, nak turun tangga sakit, nak naik tangga sakit,
nak makan sakit, nak berus gigi sakit...
Dzul kata...manja je lebih ni sebab ada misi bagusnya.
Alahai encik suami...manalah dia rasa sakit, kita yg menanggungnya.

Tetapi syukur, mata masih nampak, fikiranku masih waras,
masih boleh berjalan, masih boleh makan, masih boleh sembuh,
masih boleh berfikir, masih boleh mencari idea dan ilham, Masih lena tidurku,
masih bersemangat utk maju ke depan, masih boleh mengadap pc,
jari jemariku masih berfungsi dgn amat baik,
masih boleh menikmati keenakan makanan, masih boleh beribadah,
masih ada kediaman yg selesa dan sempurna,
masih ada kereta yg selesa.

Aku masih ada anak2 yg mengasihi,
masih ada suami yg menyayangi,
masih ada pembantu rumah yg baik hati dan sentiasa
bersedia utk berkhidmat dgn ikhlas.
masih ada teman2 Taipan yg bertanya khabar,
masih ada ibu dan adik beradik yg mengambil berat,
masih ada yg sudi mendokan....

Terima kasih atas doa anda semua.
Hidup kita ini, banyak senang dan bahagianya drpd doa org2 sekeliling kita.
Mereka begitu bernilai.
Dan aku seharusnya lebih menghargai dan menyayangi mereka.

Ahhh...terlalu banyak nikmat anugerahMu.
Tak terhitung Ya Allah.
Tak terkira banyaknya.

Terlalu besar nikmatMu, cuma aku yg kurang bersyukur.
Terlalu besar anugerahMu, cuma aku yg banyak berkeluh kesah.
Terlalu banyak pemberianMu, cuma aku yg kurang bertaqwa.
Terlalu besar kurniaanMu, cuma aku yg banyak mengeluh dan merungut.
Terlalu banyak yg Engkau berikan, cuma aku yg tidak sedar
dan sentiasa lupakan diriku.

Ya Allah, terima kasih ya Rabbi. Tak terhitung akan segala nikmat2 dan pemberianMu.
Tambahkan sabarku, tambahkan imanku, tambahkan ketaqwaanku,
tambahkan kekuatanku, tambahkan ketabahanku.
Jadilah aku hambaMu yg sentiasa bersyukur.
Dgn msedikit musibah ini, jadilah aku hambaMu
yg semakin meningkat iman dan amalanku.
Sebagai persediaan untukku kembali mengadapMu nanti.
Amin.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.