Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Raya Haji

Hari Raya Aidil Adha
26 Okt yang baru lalu.
Kami beraya di Kinrara.
lan nak balik ke Kelantan terpaksa dibatalkan, kerana komitmen kepada Irah yang masih
belum selesai examnya.
Hafalan AlQuran ada ujian juga selepas raya.

Jadi kami beraya di sini sahaja.
Pagi2 ke masjid Kinrara.
Selepas tu makan di rumah.
Aku masak kuzi ayam dan roti jala.
Juga nasi empit dan kuah kacang.


Jam 11 pagi kami ke rumah adik di BK5B juga.
Wow...macam2 ada.
Spagetti, lemang dan rendang dan masak lontong.
Sedap semuanya.
Lepas solat Jumaat, kami ke rumah CDM Kartini.
Angie dan keluarga pun baru sampai.
Lagi macam2 ada.
Nasi empit, ketupat daun palas, rendang dan nasi daging.
Semua sedap.
Semua air tangan CDM Kartini.


Tuesday, September 4, 2012

Rindu

Rindu kat anak bujang.
Setiap hari terbayang wajahnya.
Setiap hari aku menanti pesanan inbox FB.
Setiap hari kami mencari ruang untuk chat dengan Adib.
Aku tahu Adib juga merindui orang2 yang dikasihinya.

Jika ada rezeki,aku nak dia balik sekali lagi.
Adib baru je habis examnya.
Insyaallah semoga berjaya.
Amin.

Sunday, August 26, 2012

Sunyi

Rasa dah semakin sunyi rumah ni.
Adib dah pergi.
Jauh di Cairo.
Walaupun hampir setiap hari aku chat dengannya.
Dua minggu lagi examnya habis.
Adib cuti lagi.
Ikut hati, kami nak dia pulang lagi.
Tapi dia sibuk dgn pengajian AlQurannya.
belum tau lagi.
Tengok keadaan katanya.

Aimi lak 8 Sept ni akan  mulai sibuk dgn pengajian ijazahnya di UiTM Shah Alam.
Tinggal di hostel.
Jika ikut hati aku, nak je minta Aimi tinggal di rumah.
Berulang je lah dgn Myvi atau Viva.
Bukan jauh sangat.
Tapi Aimi kata jika duk rumah, susah nak fokus pada pengajian.
Banyak gangguan.


Tinggal Irah dan Aisyah je.
Esok dah mula sekolah.
mereka lak semakin membesar.
Ke manapun kami pergi dah tak berapa nak ikut dah.
Aisyah dengnan dunia bukunya.
Aisyah seharianpun dengan dunia dia.
Dunia buku.
Setiap masa dengan buku.
Dengan alam fantasinya sendiri.
dengan dunianya sendiri.
Dia takkan layan sesiapapun jika dia dah syok dengan bukunya.
Dia rela tak makan minum bila buku ada di tangannya.
Dia hilang masa sedarnya jika dia syok melayan alam fantasi bukunya.

Begini rasanya apabila anak2 semakin dewasa dan remaja.
Sunyi bertandang ke dalam diri.
Tapi syukurlah.
Aku menyibukkan diri dengan ATM.
Juga menyibukan diri dengan aktivitiku sendiri.
Rakan2 ATM, rakan kongsi, dwline dan warga Taipan di sana sini.
Juga kelas pengajian, rakan2 usrah, dan aktiviti2 lain.

Friday, August 10, 2012

Raya Ke 3 Dah Nak Pulang Ke Cairo

Salam bahagia.
Selamat berpuasa.
Kita semakin hampir dengan penghujung Ramadan.

Semalam kami bertiga ke KLIA.
Menyambut kepulangan Adib daripada Cairo.
Penerbangannya QS602 tiba dari Doha dgn Qatar Airways.
Waktu kami sampai, ia baru tiba.
Kami dari Sunway Damansara, hantar Irah dan Aisyah sekolah dulu.
Lepas tu terus ke KLIA.
Kami terus ke level 3, ketibaaan antarabangsa.
Tak sabar nak jumpa Adib.
Rindu membara.
Setahun tak bersua, hanya fb penyambung bicara.
Kemudahan teknologi, walaupun jauh terasa amat dekat.
Sekali sekala sms dan hp.
Pun begitu, ada di depan mata tetap aku dambakan.
Adib satu2nya anak lelaki kami.
Adib muncul 20minit kemudian.
Senyumannya meleret. Wajahya ceria.
Aku pasti dia juga rindukan mama, abah, kakak dan adik2nya.

Emmm...semangatnya anak lelaki aku ni.
Makin berisi nampaknya.
Semakin matang gayanya, usia baru masuk 18 tahun.
Dah 4 tahun belajar di Cairo sejak usianya 14 tahun.
Sekarang masih di Maktab Al Bu'uth Cairo.
Sekolah antarabangsa di sana.
Insyaallah, tahun depan baru masuk al jami'ah...(u lah tu)
Lama kami berpelukan, melepaskan rindu masing2.
Sarat di dada, melimpah di jiwa., penuh di hati
Hari ini terubat jua, rindu terlerai sudah apabila adib ada di depan mata.

Kakak jadi kecil di sisi Adib.
Abahpun nampak slim di sebelah Adib.
Anakku semakin sihat.
Ketinggiannya mencecah 6 kaki...saiz mat arab Mesir ni.
Maklum, hari2 makan nasi arab dan roti arab.
Dari kecil, Adib memang semangat budaknya.
makannya berselera sentiasa.
Sampai ke besar badannya bersemangat.
Syukur Adib selamat pulang.
Tiketnya boleh tahan mahal.
Lebih RM5000 dua hala.

Walaupun Adib pulang beraya hanya seketika, hanya dua minggu sahaja.
Raya ke 3 nak bertolak ke Cairo dah.
Bermakna raya ke 2, kami dah kena bertolak pulang ke KL dari Kelantan.
keadaan memaksa.
Pengajian dan peperiksaan Adib menanti.
Dia perlu menghabiskan examnya sebanyak 3 paper lagi pada 25 Ogos.
18 paper dah selesai, masih belum selesai 3 subjek lagi.
Mak oooiii...apa belajar tu, banyaknya paper.
Sampai berbelas2, sampai lebih 20 paper.

Aku tahu, pengajiannya berat. Tidak senang, tetapi dia mahu. Itu yang penting.
Aku tidak pernah memaksanya. Dia yg cenderung untuk belajar di sana.
Yang lebih penting, Adib berjaya.
Sebagai ibu, setiap masa aku doakan dia dan anak2 yg lain.
Semoga dia tabah dan kuat sepanjang bergelar pelajar di negara orang, jauh dari keluarga.
Dah 4 tahun Adib di Cairo, sejak 2009.
Bila habis?
Ohh lama lagi, biarlah dia belajar dan berguru dgn alim ulama besar lagi tersohor di Mesir.
Setahun dua lagi, baru masuk Al Azhar, insyaallah.
Sekarang masih di Maktab Al Bu'uth Cairo.

Aku pernah menjenguknya di Cairo, melihat pelajar2 Malaysia yang masih kecil dan di sekolah rendah, dilepaskan ibu bapa
semata2 untuk mencari ilmu agama, maka aku rasa yakin.
Insyaallah, semoga Adib dapat yg terbaik.

Aimi, anak sulung kami.
Dah 21 tahun. Alhamdulillah, Sept nanti akan menyambung ijazahnya di UiTM Shah Alam
setelah tamat Diplamanya dgn sangat cemerlang di UiTM Melaka.
Semoga berjaya anak2ku.
Amin


Sunday, August 5, 2012

Shopping Untuk Raya

Salam.
Nak kongsi cerita tentang shopping raya.
Sian anak2, mama asyik berdemo je, baju raya pun tak beli lagi, kecuali baju kurung dan baju Melayu yg memang aku tempah.
Untuk anak2 perempuan, macam biasa butik Rose MZ di Kajang.
Baju Maleyu Dzul dan Adib, kami memang selalu tempah dgn Asa Butik di Shah Alam.
Yg tu semua dah siap.
Semalam ada dua demo je. Selesai di Shah Alam, ajam 2 petang aku bawa anak2 ke Alamanda.
Mak ooiii, ramainya manusia. Macam ulat.
Penuh, semua kedaipun sendat.
Dalam Parkson pun melimpah ruah dgn manusia.
Pergerakanpun terbatas.
Sepatutnya tak datang masa cuti ni.
Kami boleh je datang pada Isnin hingga Jumaat.
Sabtu dan Ahad utk orang yg bekerja.
Kami kerja sendiri, senang.
Tapi Irah dan Aisyah sekolah,minggu pula dah mula exam.
Lepas tu mereka sibuk dgn program beriktikaf di masjid selama 10 hari sebelum bercuti raya.

Beli pakaian kasul untuk Aimi, Irah dan Aisyah.
Irah dan Aisyah masih dengan keputusanku. Aku yg pilihkan.
Dengan prsetujuan mereka.
Tapi Aimi, mesti seleranya sendiri.
Pilihannya sendiri.
Dah remaja anak2 ni, Aimi menginjak dewasa.
Menemani Irah di butik Nichi Alamanda.
Hemmm...boleh tahan selera Irah ni.
High taste semuanya, yg murah tak nak, katanya tak sedap pakai.
Untuk keselesaan, yg mahal saja yg dipilihnya.

Aimi lebih berhemah ketika shopping, jenama tak penting katanya.
Yang penting, dia berkenan.
Yang penting dia suka, walaupun murah.
Barang kali kerana dia memahami kesusahan dan keperitan kami membina business ni.
Dia sempat merasa sebagai anak cikgu yg tak berapa banyak duit mamanya.
Nak beli apa, terpaksa menunggu mama dan abah dapat gaji.
Sebab tu Aimi lebih cermat berbanding Irah dan Aisyah.
Menabung pun pandai.

Lama tak masuk sini...S One pilihan ku sejak dulu.
Hemmm RM174 untuk emas 916.
Masuk je, bukan nak beli pun.
Asyik beli gelang je, baik beli emas tak bercorak untuk pelaburan.
Kata orang, simpanan emas amat menguntungkan.
Boleh share dgn aku?
Call ya...016 2212181.
Tak pernah tahu detail tentanf pelaburan emas ni.
Takut juga kena tipu, banyak sangat dilaporkan dalam paper.
Atau gi bank je.
Wanita dan emas mana boleh dipisahkan, nak tak nak, nak tak nak, kalah juga.
Boleh buat beraya...RM4700 untuk gelang ni.
OK tak?
Ganjaran untuk diri sendiri.
Lagipun tak rugi, bukan macam beli kasut, handbag dan baju.
Beribu2 pun harganya, tetapi tak ada nilai tambah.
Dah cakap dah, kali ni ke Alamanda bukan utk buku.
Tapi jika dah ulat buku, tetap ulat buku.
masa aku dok ralit kat S One, Aisyah masuk ke MPH di sebelahnya.
Lepas tu call, minta duit nak bayar buku.
Katanya bukan nak buat raya tapi nak buat bacaan Ramadan punya.
Aisyah dan buku,berpisah tiada.

Masuk je ke Alamanda, dia terus berbisik nak ke MPH.
Baju raya? Lepas beli buku la, katanya.
Nak buku dulu, nak tambah koleksi Geronimo Stilton,Thea Stilton dan Creppela Von Cakclefur

Aisyah tetap juara, aku kalah.
Dia berjaya memujukku untuk membayar buku2 pilihannya.
Alang2 beli, aku pilih juga dua tiga buah buku baru, untuk santapan minda.




Wednesday, July 11, 2012

Aimi, Selamat Datang ke AT

Tahniah Aimi.
Mula melangkah bersama Akademi Taipan.
Sangat teruja katanya.
Baru dia tahu...bahawa mentornya bukan yang lain
kecuali mama dan abahnya.
Syukurlah.

Wednesday, July 4, 2012

Risik-risik

Entah apa yang ditunggunya

Saiful Azmi Husin.
Adik ipar aku.
Kiranya adik Dzul.

Orangnya baik, berpekerti mulia, tak ada perangai,
anak yang baik dan soleh,
berpendidikan tinggi,kerjanya bagus,
gajinya boleh tahan tingginya.

Emmmm...masih bujang.
Belum ada pilihan.
Belum ada jodoh katanya.
Orang kampung semua dah bising.
Ada nak cuba???


Wednesday, June 20, 2012

Tiba-tiba Rindu


Tiba tiba ku rindu
menangis sayu teringatkanmu.
Lirik lagu Sharifah Aini.


Salam rindu anakku.
Tiba2 ku merindunya.
Peluk cium anak bujangku.
Semoga tabah, gigih dan sabar sepanjang perjalananmu
menadah dan mengutip ilmu di Cairo.



Tuesday, June 19, 2012

Doakanlah Untuk Din


Malang tidak berbau
Wan Zainuddin Wan Ali
Sepupu rapatku
Seorang arkitek
terjatuh dari ketinggian 15 kaki
di rumah banglow barunya yang sudah 98% disiapkan
di Kota Kemuning Shah Alam
Di wad ICU
Tak sedarkan diri.
Mengikut doktor, keadaannya kritikal
Tengkorak kepalanya retak, otaknya membengkak
Matanya bengkak
Hidungnya patah
kaki kirinya patah
Tangan kirinya juga patah.

Ini gambarnya yang aku rakamkan secara sembunyi
sewaktu melawatnya tengah hari tadi.
Untuk isterinya Ain, anak2nya Mariam, Omar dan Lokman,
bersabarlah. Hikmahnya pasti ada.
Semoga Allah memberikan kekuatan untuk Din agar kembali pulih
dan sihat seperti sedia kala.

Saturday, June 9, 2012

Bumi Ambiya'

Salam rindu anakanda Adib di Cairo bumi ambiya',
tempat kelahiran ramai Nabi.
Antaranya Nabi Ishak, Nabi Yusof, Nabi Ilyas, Nabi Ayub
dan beberapa yang lain.

Semoga Adib dapat menjawab semua peperiksaan dengan baik.
Mama dan abah mendoakan yang terbaik untuk Adib.
Semoga jejakmu semulia Jejak Nabi2.



Tuesday, May 29, 2012

Anugerah Naib Canselor Untuk Nor Aimi

Tahniah Aimi.

Syukur padaMu Ya Allah.
Nor Aimi, anak sulung kami akan menerima
Anugerah Naib Canselor UiTM
kerana berjaya menamatkan
Diploma Pengurusan Perniagaan
dengan sangat cemerlang...3.87 point.
Anugerah itu akan disampaikan pada
Majlis Konvokensyen UiTM Melaka pada  September nanti.

Hampir setiap semester, Aimi mendapat Anugerah Dekan kerana
keputusan peperiksaaan semesternya yg cemerlang.
3.92 pt. 3.89 pt, 3.75 pt, 3.88 pt dan seumpamanya.
Keputusan MUET nya juga sangat bagus...5.
syukurlah.
Terima kasih kepada semua guru dan pensyarah yang
mengajar dan membimbing Aimi selama ini.


Aimi juga akan menyambung pengajian ijazahnya
di UiTM Shah Alam pada September nanti. Insyaallah.
Aimi sebenarnya bercita2 untuk ke Japan, minat sangat nak belajar di sana
tetapi kebanyakan kursus yg ditawarkan di Japan adalah teknikal, bukan
pengurusan perniagaan.
Apa lagi yg mampu aku ungkapkan.
Sujud syukur padaNya Ya Allah.

Rezeki Allah itu terlalu luas.
Bukan hanya dalam bentuk wang ringgit semata2.
Bukan hanya aset dan banglow atau tanah kebun sahaja.
Anak yg soleh juga adalah rezeki.
Anak yg berjaya juga adalah rezeki.
Pasangan yg baik juga adalah rezeki.
Keluarga yg bahagia juga adalah rezeki.
Jiran yg berbudi juga adalah rezeki.
Silaturrahim yg terjalin juga adalah rezeki.

Barangkali kerana aku juga ke sana sini membimbing orang lain untuk berjaya
bersama akademi ini, tanpa mengira letih dan penat, tanpa minta dibalas,
tanpa minta bayaran, bercakap ada waktunya sehingga 3 atau 4 jam berterusan,
maka Allah menggantikannya pula dengan kejayaan anak sendiri
dalam pelajaran.

Teringat pesanan aruah ayahanda Hj Mohd Ali Omar...
"Berikan sebanyak mungkin kepada orang lain,
dalam apa saja bentuk yg kita mampu,
Allah pasti menggantikannya dengan balasan yg
jauh lebih baik kepada kita
dengan syarat ikhlaslah melaksanakannya.
Jangan merungut jika kebaikan kita tidak dibalas,
kerana ganjaran Allah
itu lebih berharga drpd segala2nya".



Sebagai anak sulung, tentulah aku meletakkan harapan yang tinggi
untuk Aimi memberikan contoh kepada adik2nya yg lain.
Dan dia melunaskan hajat kami dengan baik.
Adik2nya Adib, Irah dan Aisyah akan tentu merasa terpanggil untuk
mencontohi kakaknya.

Aimi bermula dengan prestasi sederhana semasa di sekolah rendahnya.
Aimi hanya mampu berpuas hati dengan 3A 2B dalam UPSRnya.
Ketika PMR juga sederhana, tetapi masih Ok dengan 5A.
SPM juga agak sederhana dengan pencapaian 6A sahaja.
Aliran sains tetapi subjek english, fizik,bio, kimia dan add mathsnya cemerlang.

Tanpa memaksa, minatnya cenderung ke arah keusahawanan.
Maka tanpa disuruh, dia memilih untuk mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan.
Selepas semester kedua, kerana kecemerlangannya,
Aimi mendapat tawaran untuk terus melangkah ke pengajian ijazah.
Aku tentu suka, tetapi Aimi berkeras untuk
mengambil kedua2nya iaitu Diploma dan Ijazah.
Diteruskan pengajian diplomanya seperti biasa.


Makan gaji tiada dalam kamus hidupnya selepas tamat pengajian nanti.
Inilah yg kami tanamkan kepada anak2 sejak mereka kecil.

Hampir setiap kali cuti semester, Aimi belajar berniaga.
Bermula dengan bekerja di Restoran Nasi Ulam,
walau dibayar upah yg rendah tetapi
Aimi melakukannya dengan tekun dan sabar.
Malu tiada dalam pemikirannya
ketika bekerja dan berniaga.
Walaupun sekadar mengangkat pinggan, mengambil pesanan,
membuat air, menjaga kaunter dan membersihkan meja sekalipun.

Kemudian cuti semester berikutnya
Aimi mencari pengalaman berniaga dan bekerja
di kedai Serbaguna 7 Eleven.

Aimi juga pernah belajar menguruskan farmasi Guardian
di Giant Bandar Kinrara.
Bermula sebagai part time, sehingga dilantik senagai staff tetap
walaupun hanya tiga bulan.
Dia tahu selok belok perniagaan itu.
Stok, staf, gaji, packaging, harga, susunan, promosi, iklan,
mengekalkan pelanggan dan sebagainya.
Memeranjatkan aku, bila diberitahu
bahawa jualan harian Guardian mencecah sehingga RM80 ribu sehari
pada cuti hujung minggu.
Nampak macam tak ada orang.
Lagi Aimi semangat nak berbusiness.

Pengurusan wangnya cekap,dia sangat cermat dalam menguruskannya.
Demi untuk menyimpan, Aimi sanggup berlapar.
Projek pertamanya selepas tamat pengajian nanti ialah
menguruskan stesyen minyaknya sendiri.
Wow..impian setinggi gunung.
Modal...FAMA dicampur dengan simpanannya sendiri.
he he he.

Aku dan suami?
Akan memberikan sepenuh sokongan.
Memang aku tak mahu anak2 makan gaji.
Mereka mesti berniaga.
Nak berjaya mesti berniaga.
Belajar tinggi2, belajar pandai2, habis diploma, sambung ijazah,
walau master atau PhD sekalipun...anak2ku mesti berniaga.
Mewarisi kerja mulia Nabi Muhammad SAW.
Amin.


Saturday, May 26, 2012

Allahyarham Hj Mohd Ali Omar

ALLAHYARHAM HJ MOHD ALI B. OMAR


1995 hingga 2012
Ayahanda telah kembali ke rahmatullah
pada jam 4.30 pagi, 26 Mei 1995, pada hari Jumaat
ketika berusia 63 tahun.
Di sisi bonda Hjh Nik Kalthum.


Kini sudah 17 tahun ayahanda pergi.
Tetapi semangat dan jiwanya
kekal mengalir dalam diri
anak-anaknya seramai 11 orang,
44 orang cucu-cucunya
dan seorang cicitnya.
Cinta dan kasih sayangnya bersemadi di jiwa zuriatnya.


Al Fatihah untuk roh ayahanda.
Ulangtahun pemergian ayahanda sentiasa menjadi ruang dan detik muhasabah untuk kesatuan dan keutuhan kami adik beradik
dan zuriatnya yang soleh....
'Waladun soleh yad'uu lahu'.
Moga roh ayahanda di sisi Rabbul Jalil.
Amin.

Friday, May 25, 2012

Sekolah Mula Bercuti

Hari ni hari terakhir sesi persekolah.
Esok dah mula cuti.
Aisyah happy macam biasa.
Dia dah plan macam2 nak penuhi cuti sekolah.

Sabtu Ahad ni dia ikut MMP bersama Dr Tengku Asmawi.
Emmm...boleh tahan bayarannya RM300.
Tapi sangat bagus, ketiga2 anakku, Aimi, Adib dan Irah telah ku hantar
program yg sama.

Irah pula mulai esok, akan mengikuti camping KRS di
Hulu Langat Selangor.
Isnin baru habis.

Kemudian minggu depan dari Isnin sampai Jumaat,
aku hantar Aisyah dan Irah ke AMPAC Programme di Bangi.
Belajar bercakap di khalayak, berdebat, berpidato serta berucap
dan komunikasi skils.
Dgn Tuan Badrul Sani...mentor Rancangan Adik2ku di Astro.
Itu semua banyak guna duit.
jika tak buat business, anak2ku tak merasa menyertai pelbagai program
macam ni.
Minggu kedua, baru kami plan nak balik kampung.
lama sangat tak balik, bukan tak rindu
tetapi hampir setiap bulan ma dan mak Dzul datang ke KL.

Apapun tetap merindui kampung halaman sendiri.
Dari Kelantan, kami merancang untuk ke Kulim.
Menziarahi Nurul, anak saudara yg dah yatim
kerana kematian ayahnya (adik lelaki Dzul).
Dah lama tak jumpa Nurul dan ibunya.

Tuesday, May 15, 2012

Super Mom...Menyentuh Hati

Happy Mama's Day
Ini hadiah daripada anak2 dan suami.
Celebrate untuk ku dua hari sudah.
TQ TQ TQ.

Selamat hari ibu untuk semua ibu.
Semua ibu warga AT181.
Semua ibu di luar sana.
Tangan yg menghayun buaian bisa menggegarkan dunia.
Itulah kita..ibu2 yg hebat.
Syukur kerana kita diberi pinjam sebuah rahim yg sihat untuk mengandungkan
khalifah Allah SWT.
Hebatnya ibu...
Bonda Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Penerima Anugerah Ibu Mithali Peringkat negeri Kelantan 1996.
Penerima Anugerah Keluarga Bahagia Peringkat kebangsaan tahun 1990.
Penerima pelbagai anugerah dan penghargaan atas jasanya mendidik kami dan masyarakat setempat.

Terima kasih ma.
Terima kasih ibu.
Inilah ibu yg terhebat.
Surga kami di bawah telapak kakinya.
Mengandung, melahirkan kami 12 adik beradik, sorang meninggal.
Mendidik kami 11 beradik dgn cukup sempurna.
Dengan sangat berjaya.
Terima kasih untuk Aimi, Irah, Aisyah dan darling.
terima kasih anak2ku.
Hadiah bermakna.
Bukan harganya.
Bukan mahal atau murahnya.
Bukan jua bentuk atau coraknya.
Bukan juga isi kandungannya.
Tetapi maknanya yg tiada nilainya.
Mohd Adib...berbaju biru.
dari Cairo menghantar ucapan untukku.
Menitis air mataku.
Tersentuh hati keibuanku.
Terima kasih Adib.

Assalamualaikum Mama yang ku sayangi dan sangat dirindui
Sihat ke di sana?
Adib nak wish kat mama
SELAMAT HARI IBU kat mama.
Walaupun Hari Ibu ni Yahudi yang cipta, tetapi selagi tidak melanggar
Hukum Syara' maka ia dibolehkan.

Harap mama jaga kesihatan diri.
Sepanjang masa jagalah aurat mama tau.
Dan banyakkan beribadah, berzikir kepada Allah SWT dan
berselawat kepada Rasulullah SAW Junjungan kita.
Banyakkan puasa sunat, membaca AlQuran siang dan malam
Moga kita semua menghabiskan nyawa dalam keadaan
husnul khotimah.

Terima kasih mama
kerana telah melahirkan Adib dan mendidik Adib dengan
didikan Islam yg sempurna.
Adib sangat bangga kerana mendapat seorang ibu
yang sangat baik di dunia ini.

Mama hormatilah abah sebagai suami.
Kerana dialah yang akan menjadi peneman mama
di akhirat kelak.

Dan Adib nak minta maaf kat mama kalau sepanjang Adib hidup ni,
Adib banyak buat salah pada mama.
Doakan Adib selalu.
Doakan Kak Aimi, Irah dan Aisyah kerana doa ibu tiada hijabnya.
Kejayaan kami kerana doa mama.

Terima kasih mama.
Adib sangat sayang pada mama.
Rindu mama selalu drpd Adib, Cairo.

Apa lagi?
Berderaianlah air mata di pipi ini.
Terima kasih anak2ku.
Terima kasih suamiku.
Aku kuat juga kerana anak2ku semua.
Terima kasih Aimi, Adib, Irah dan Aisyah.


Wednesday, February 8, 2012

Adib Ooooo Adib

Mohd Adib b. Dzulfauzilah
Anak bujangku satu2nya
Badannya boleh tahan saiznya, lebih tinggi drpd abah.
Matang dan berhemah orangnya.
Gaya perwatakannya bukan berusia 17 tahun.


Sudah 3 tahun berada di Cairo sejak usianya 14 tahun.
Masuk 17 tahun sudah usianya bulan April nanti.
Sedang belajar di Maktab Al Buuth Cairo Mesir.
insyaallah, jika tiada aral akan masuk Al Jamiah tahun depan
dan terus ke Universiti Al Azhar.

Dah seminggu tak berhubung dgn Adib. Selalunya dia yg chat dgn aku.
Kadang2 tiap2 hari, kadang2 dua hari sekali, kadang2 tiga hari sekali.
Tp sejak seminggu ni Adib tak online.
Minggu lepas hari Khamis ada dia tanya khabar pasal
aku ttg insiden kat Bangi.
Lepas dr itu, senyap sunyi je.

Hati ibu, selalu rindu dan teringat dgn anak2.
Hati selalu padanya.
Setiap detik teringat pada Adib.


Adib ooooo Adib.
Anakanda oooooo anakanda.
Nape diam tak online dgn mama.
Jika terbaca entry ni, pm inbox ya.
Salam rindu anakku.


Tuesday, January 10, 2012

Wajib Bersarapan

Salam pagi.
Salam sejahtera.

Anak2 baru ke sekolah. Tp aku di rumah je.
Apa sarapan mereka pagi ni.
Sarapan ringkass je pagi ni.
Ada dounout, ada karipap, ada roti boom.
Walaupun Irah dan Aisyah disediakan sarapan di sekolah stiap hari,
tetapi aku pastikan anak2 tetap menikmati bekpes kat rumah dulu.
Sekadar mengalas perut.
Tak pernah mereka tak bersarapan.

Dan mengikut kajian, anak2 yg bersarapan sebelum ke sekolah,
akan lebih mudah menerima proses pembelajaran di sekolah,
lebih aktif, lebih sihat dan lebih cemerlang dlm semua bidang.
Mereka juga tidak mengantuk, kurang penat dan lebih fokus
kepada pembelajaran di dlm kelas.

Sementara kanak2 yg hadir ke sekolah dgn perut kosong didapati
sering mengantuk, kurang daya tumpuan,lemah daya ingatan,
kurang bersosial dgn kawan2 sebaya dan suka menyendiri.

Para ibu para bapa...
Pastikan anak kita bersarapan sebelum melangkah ke sekolah setiap hari.
Walau hanya sekeping roti dgn segelas susu segar.

Monday, January 9, 2012

8 Dan 9 Januari

Aku dilahirkan 8 Januari 1966
Nor Syahirah anak ketiga kami dilahirkan 9 Januari 1998.
Setiap tahun kami meraikannya bersama2.
Berkongsi hari bahagia.

Alhamdulillah, petang semalam kami raikan serba ringkas di rumah.
Bersama adik beradik perempuanku.

Abang2 lelaki ku selalunya sibuk.
Abang Man masih kat ofis, walaupun hari Ahad.
Begitulah seringnya. Bekerja 7 hari seminggu.
Abang kedua, Azmi masih di Kent State USA, mengiringi
anak ke4nya belajar di sana sejak Sabtu lalu.
Katanya esok baru balik KL.
Aku sambut yg ke 46 tahun...alhamdulillah. Moga terus dirahmati.
Irah sambut yg ke 14 tahun...meningkat remaja sudah anak gadisku ni.
Pantasnya masa beredar.
Maaf tak jemput rakan2 Taipan.
Hanya utk adik2 ku sahaja.
Macam2 ada.
Ada pulut santan durian...ini kesukaan en suami.
Ada meehoon goreng special, ada buah2 asam, ada KFC, ada puding,
ada kek bersama tea O panas.
Sedapnya...Sempat lagi masak walaupun sibuk dgn BOP
di USJ 9 sebelah paginya.
Happy Birthday To Mama & Irah.
"Abah dan Aisyah yg pilih kek ni utk Kak Irah dan mama."
Kata Aisyah
Menu special di hari ulangtahun kami.
Pantang jika ada pulut durian...woooo tak sedar mak mertua lalu.
Makan ramas dgn tangan baru sedap, dgn sudu tak syok.
Semua gomol pulut durian...licin pulut durian dulu berbanding menu yg lain.

Irah bersama Cik Nor, sarah dan Nina.
TQ ya bawa hadiah... yg bagusnya bawalah yg mahal...ki ki ki.


kami 4 beradik perempuan...
Inilah keluarga bermata 4.
Semua adik beradikku mata rabun sejak kecil. tak tau kenapa.
Kini, semua anak2 sedara kami..35 org berkaca mata juga.Kecuali yg berusia 6 tahun ke bawah yg belum berkaca mata.
Genetik mata rabun gamaknya.
Rabun jauh rabun dekat.
Happy je memanjang.
Sebulan sekali seringnya berkumpul di rumah aku.
Bersembang, makan2, gelak ketawa, bercerita...begitulah selalunya.
lepas maghrib baru semua pulang.

Thursday, January 5, 2012

Hantar Dan Ambil


Hari kedua sessi persekolah.
Alahai ujian....terpaksa hantar dan ambil sendiri
anak2 dr Bandar Kinrara ke Palm Spring.
Jauh gak tu...45 minit baru sampai jika tak jem.
Jika jem lagi teruk.

Tak jadi kerja la aku dua hari ni.
Nak buat appoiment pun rasa tak selesa.
Kena gak cari transport untuk mereka.
Jika tidak terbengkalai semua.
Udah laa tengak fight ke Vietnam ni.

Aku boleh buat satu appointment je pd waktu lunch.
Lepas tu jam 3 ptg dah kena lari ke sana.
jika tidak, jem lagi teruk.
Irah dan Aisyah suka la kalau aku yg hantar dan ambil mereka
setiap hari..
Tak mau naik teksi kata mereka.
"teksi tak best". Kata Aisyah.

Ada sesiapa boleh tolong aku?
"Tolong, tolong".
Carikan transport atau teksi utk ambik mereka berdua
dr Palm Spring pulang ke Bandar Kinrara.

Jika ada sesiapa nak bantu...
Call ya 016 2212181.