Tuesday, May 29, 2012

Anugerah Naib Canselor Untuk Nor Aimi

Tahniah Aimi.

Syukur padaMu Ya Allah.
Nor Aimi, anak sulung kami akan menerima
Anugerah Naib Canselor UiTM
kerana berjaya menamatkan
Diploma Pengurusan Perniagaan
dengan sangat cemerlang...3.87 point.
Anugerah itu akan disampaikan pada
Majlis Konvokensyen UiTM Melaka pada  September nanti.

Hampir setiap semester, Aimi mendapat Anugerah Dekan kerana
keputusan peperiksaaan semesternya yg cemerlang.
3.92 pt. 3.89 pt, 3.75 pt, 3.88 pt dan seumpamanya.
Keputusan MUET nya juga sangat bagus...5.
syukurlah.
Terima kasih kepada semua guru dan pensyarah yang
mengajar dan membimbing Aimi selama ini.


Aimi juga akan menyambung pengajian ijazahnya
di UiTM Shah Alam pada September nanti. Insyaallah.
Aimi sebenarnya bercita2 untuk ke Japan, minat sangat nak belajar di sana
tetapi kebanyakan kursus yg ditawarkan di Japan adalah teknikal, bukan
pengurusan perniagaan.
Apa lagi yg mampu aku ungkapkan.
Sujud syukur padaNya Ya Allah.

Rezeki Allah itu terlalu luas.
Bukan hanya dalam bentuk wang ringgit semata2.
Bukan hanya aset dan banglow atau tanah kebun sahaja.
Anak yg soleh juga adalah rezeki.
Anak yg berjaya juga adalah rezeki.
Pasangan yg baik juga adalah rezeki.
Keluarga yg bahagia juga adalah rezeki.
Jiran yg berbudi juga adalah rezeki.
Silaturrahim yg terjalin juga adalah rezeki.

Barangkali kerana aku juga ke sana sini membimbing orang lain untuk berjaya
bersama akademi ini, tanpa mengira letih dan penat, tanpa minta dibalas,
tanpa minta bayaran, bercakap ada waktunya sehingga 3 atau 4 jam berterusan,
maka Allah menggantikannya pula dengan kejayaan anak sendiri
dalam pelajaran.

Teringat pesanan aruah ayahanda Hj Mohd Ali Omar...
"Berikan sebanyak mungkin kepada orang lain,
dalam apa saja bentuk yg kita mampu,
Allah pasti menggantikannya dengan balasan yg
jauh lebih baik kepada kita
dengan syarat ikhlaslah melaksanakannya.
Jangan merungut jika kebaikan kita tidak dibalas,
kerana ganjaran Allah
itu lebih berharga drpd segala2nya".



Sebagai anak sulung, tentulah aku meletakkan harapan yang tinggi
untuk Aimi memberikan contoh kepada adik2nya yg lain.
Dan dia melunaskan hajat kami dengan baik.
Adik2nya Adib, Irah dan Aisyah akan tentu merasa terpanggil untuk
mencontohi kakaknya.

Aimi bermula dengan prestasi sederhana semasa di sekolah rendahnya.
Aimi hanya mampu berpuas hati dengan 3A 2B dalam UPSRnya.
Ketika PMR juga sederhana, tetapi masih Ok dengan 5A.
SPM juga agak sederhana dengan pencapaian 6A sahaja.
Aliran sains tetapi subjek english, fizik,bio, kimia dan add mathsnya cemerlang.

Tanpa memaksa, minatnya cenderung ke arah keusahawanan.
Maka tanpa disuruh, dia memilih untuk mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan.
Selepas semester kedua, kerana kecemerlangannya,
Aimi mendapat tawaran untuk terus melangkah ke pengajian ijazah.
Aku tentu suka, tetapi Aimi berkeras untuk
mengambil kedua2nya iaitu Diploma dan Ijazah.
Diteruskan pengajian diplomanya seperti biasa.


Makan gaji tiada dalam kamus hidupnya selepas tamat pengajian nanti.
Inilah yg kami tanamkan kepada anak2 sejak mereka kecil.

Hampir setiap kali cuti semester, Aimi belajar berniaga.
Bermula dengan bekerja di Restoran Nasi Ulam,
walau dibayar upah yg rendah tetapi
Aimi melakukannya dengan tekun dan sabar.
Malu tiada dalam pemikirannya
ketika bekerja dan berniaga.
Walaupun sekadar mengangkat pinggan, mengambil pesanan,
membuat air, menjaga kaunter dan membersihkan meja sekalipun.

Kemudian cuti semester berikutnya
Aimi mencari pengalaman berniaga dan bekerja
di kedai Serbaguna 7 Eleven.

Aimi juga pernah belajar menguruskan farmasi Guardian
di Giant Bandar Kinrara.
Bermula sebagai part time, sehingga dilantik senagai staff tetap
walaupun hanya tiga bulan.
Dia tahu selok belok perniagaan itu.
Stok, staf, gaji, packaging, harga, susunan, promosi, iklan,
mengekalkan pelanggan dan sebagainya.
Memeranjatkan aku, bila diberitahu
bahawa jualan harian Guardian mencecah sehingga RM80 ribu sehari
pada cuti hujung minggu.
Nampak macam tak ada orang.
Lagi Aimi semangat nak berbusiness.

Pengurusan wangnya cekap,dia sangat cermat dalam menguruskannya.
Demi untuk menyimpan, Aimi sanggup berlapar.
Projek pertamanya selepas tamat pengajian nanti ialah
menguruskan stesyen minyaknya sendiri.
Wow..impian setinggi gunung.
Modal...FAMA dicampur dengan simpanannya sendiri.
he he he.

Aku dan suami?
Akan memberikan sepenuh sokongan.
Memang aku tak mahu anak2 makan gaji.
Mereka mesti berniaga.
Nak berjaya mesti berniaga.
Belajar tinggi2, belajar pandai2, habis diploma, sambung ijazah,
walau master atau PhD sekalipun...anak2ku mesti berniaga.
Mewarisi kerja mulia Nabi Muhammad SAW.
Amin.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.