Kami teruskan perjalanan, jalan selesa, kereta pun mantap. CDM hasmidar memandu laju tetapi cekap. Utara selatan adalah laluan tetapnya, hampir setiap bulan pulang ke Alor Star. BMW 5serius terus pecut menuju destinasi. Sekali sekala aku terlelap.
Sembang business mendominasi perbualan kami sepanjang jalan. Insyaallah, tips, pengalaman, cabran, ujian, susah payah dikongsi bersama. Tiada yg susah, semuanya boleh. Teori Law Of Attraction juga dikongsikan. Rupanya CDM Hasmidar pernah menghadiri seminarnya. Wah...pantang aku dengar, ilmu baru sentiasa menggamit hatiku. Menarik kejayaan lebih senang dari mengejar kejayaan.
Jam 8 pagi kami sampai di Gunung Semanggol Berhenti rehat mengambill sarapan mengalas perut yg mula berkerongcong. Selepas itu kami teruskan haluan menuju ke Bertam Kepala Batas.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.