Salam bahagia.
Pagi2 tadi selepas hantar anak ke Sunway Damansara, aku dah ada di Rawang Selangor. Kali ni bukan demo Hai O. Bukan juga demo PB. Bukan business MLM. Tapi berjumpa lawyer rumah, Pn Sumathi drpd Patmanathan & Sumathi Associates. Jual beli rumah lagi. Insyaallah, esok atau lusa akan selesai.
Alhamdulillah, hartanah boleh tahan rancaknya. Aku suka. Part time kiranya. Hai O full time. Tapi rentaknya semakin baik. Aku dah tahu sikit sebanyak. Hartanah yg macam mana yg laris. Macam mana nak close. Bagaimana nak buat. Bagaimana nak uruskan aggrement. Bagaimana nak proses bank. Bagaimana nak deal dengan banker. Seronok gak. Tambah kawan, tambah pengalaman, tambah untung.
Rumah ke tiga kat Bandar Kinrara pun dah ada buyer. Lawyer aku daripada Arshad Azhari & Associates dah urus juga. Terima kasih kepada Pn Zuraida yg bagi contact no lawyer ni. lebih mudah untuk aku berurusan. Insyaallah, seminggu dua lagi akan dapat deposit 10%. Syukur alhamdulillah.
Lepas tu aku dapat pulak geran tanah kat Kelantan dan Johor, minta aku cari buyer. Wah rezeki menjadi2. Ini semua bermula dgn Hai O. Duit dan pendapatan Hai O memberikan pulangan besar melalui hartanah.
Mulanya aku beli dan jual rumah aku sendiri. Lepas tu orang lain pula minta jualkan rumah mereka. Ada juga yg minta aku cari buyer untuk aset yg mereka nak jual. Jadi portfolio aku juga semakin baik.
Pada rakan kongsiku...buat Hai O sungguh2 ya. Jangan beralih ke arah lain. Buat duit dan belilah aset banyak2. Rumah, flat, appartment, tanah, kebun, lot kedai..semua boleh jadi duit.
Business Hai O masih rancak. Kita yg menentukannya. Hari2 pun ada demo. PB semakin laris. Kencang sakan. Bulan ni pasti lebih baik daripada April.
Yg nak berhenti, berehat atau diam dulu pun tak apa.Itu pilihan sendiri. Dah OK nanti, datang semula. Mana tau, rasa dapat aura semula. Dapat semangat dan hidayah semula, boleh kembali bergelanggang.
Yg nak buat MLM lain pun tak apa, itu juga pilihan sendiri. Dalam dunia ini, pintu kejayaan tu terlalu luas. Berniagalah. Tak kisah apa bidangpun. Tak kisah MLM apapun. Tak kisah kedai apa pun...butik, restoran,kedai tudung, kedai buku, kiost, hartanah, insuran, kedai bunga, emas, public mutual, atau apa saja. Kita sama2 nak cari rezeki. Aku bangga dgn bangsaku, dgn sahabat2ku, dgn kenalan ku. Yg tak pernah jemu berusaha. Itu lebih baik drpd pelabur2 emas yg tertipu dan ditipu tu. Nak kaya dgn duk diam. Angkara tak pernah dengar ice breaking la tu...he he he.
Ok, jumpa lagi.Malam besok ada SLOT PENGUKUHAN dalam MENTORSHIP PROGRAMME di USJ 9. Wah...best gak ni. * Marketing plan yang senang, bagaimana nak demokan kepada prospek? * Dengan Prospek, bagaimana nak closing? * Mengapa kita mesti berdikari? Semuanya akan dipersembahkan oleh CDM Wan Norhanim Taha. Terbuka untuk semua. Mari mari mari. Jam 9 malam kita mula ya. Jumpa esok ya.
|
|
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.