Salam bahagia.
Antara kebahagiaan manusia yg hakiki adalah sentiasa mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan atas segala yang diterimanya setiap hari.
Mari kita lihat beberapa persoalan ini yang akan membantu kita melihat ke dalam diri, seberapa banyakkah kita bersyukur kepada Allah SWT.
>> Adakah kita selalu bersyukur kerana masih diberi kesempatan bangun pada waktu pagi sedangkan ada orang lain yang tidak dapat menikmatinya lagi.
>> Bukankah kita patut bersyukur kerana sehingga ke hari ini kita masih mampu bekerja dan mendapat gaji yang tetap walaupun gaji kita kecil dan tidak mencukupi?
>> Harta yang paling besar dalam kehidupan kita adalah kesihatan. Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat ini?
>> Bukankah kita patut bersyukur kerana hingga ke hari ini masih ada orang menyapa kita dan sudi menjadi teman kita?
>> Bukankah kita patut bersyukur kerana masih ada orang yang tidak menyukai kita yang membuatkan kita terus belajar dan berusaha memperbaiki diri bagi mengasihi orang lain pula?
>> Bukankah kita juga patut bersyukur kerana orang yang menyebarkan fitnah dan gossip itu menandakan masih ada orang yang mengambil tahu urusan peribadi kita?
Dipetik daripada buku Hidup Ini Pilihan oleh Parlindungan Marpaung. Terbitan PTS
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.