Sunday, May 6, 2012

Bukan Menjadi Hebat Kecuali Memberi Manfaat

Salam bahagia.
Salam perjuangan.

Impian aku bukan mahu menjadi manusia yang hebat
kecuali menjadi manusia yang mampu memberi manfaat.

Aku juga bukan mahu menjadi pakar motivasi
kecuali aku mahu agar apa yang aku lakukan
boleh menjadi inspirasi untuk orang lain.

Cita2ku  bukan kepada pujian manusia kecuali mendapat
pujian dan reda daripada Allah SWT.
kerana pujian manusia itu hanya tipu dan bersifat sementara semata2.

Oleh itu tak perlu kita mengharapkan pujian manusia, penghargaan dan
ucapan terima kasih daripada sesiapa.
Buatlah kebaikan dan haraplah pembalasan daripada Allah semata2.

Jangan bersedih jika kebaikan yg kita lakukan tidak dipandang manusia.
Kerana jika kita ikhlas, maka pembalasan dan ganjaran daripada
Allah SWT itu lebih besar dan bermakna
daripada segala isi bumi ini.

Jangan takut kepada cemuhan dan umpat keji orang sekeliling
kita dalam usaha kita untuk melakukan kebaikan.
Jangan kecewa jika kita tidak ada pengikut
dalam usaha kita mengajak manusia lain berjaya dan melakukan perubahan.
Cukuplah Allah menilai usaha dan kerja serta kesabaran kita.

Usah terlalu mengejar wang ringgit dan kesenangan semata2.
Buat kerja kita dengan betul dan jujur, niat yang ikhlas untuk berkongsi,
wang akan datang kepada kita apabila tiba waktunya.

Usah terlalu mengejar nama dan glamour,
kerana jika kita leka ia akan menjatuh dan meranapkan kita
ke lubang yang maha dahsyat.
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah SWT.

Jalan2 kebaikan dan ruang2 untuk memberi kemanfaatan itu
terbentang di depan mataku di dalam akademi ini.

Bukan sekadar wang ringgit.
Bukan sekadar rumah besar.
Bukan sekadar kereta mewah yang menjalar.
Bukan sekadar rumah dan tanah aset berjuta.
Bukan sekadar pujian dan sanjungan manusia.
Bukan sekadar harapan dan impian kosong yg tiada maknanya di sisi Allah SWT.

Tetapi kian terasa, aku mampu mengembirakan orang sekelilng.
Aku mahu memberi kebaikan kepada semua orang.
Aku mahu kongsikan ruang untuk orang lain mengubah kehidupan.
Aku mahu kongsikan jalan2 untuk melakukan kebaikan dan
memberi kebaikan.
Aku mahukan orang lain bergembira dengan kehidupan mereka.
Aku mahu membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Membantu dan membimbing orang lain keluar dari kegelapan
dan lorong2 kesusahan.

Wahai Faridah...
Maka laksanakanlah ia dengan sebaik2nya.
Lakukan ia dengan seikhlas2nya.
Luaskan kebaikan itu dengan sejujur2nya.
Kongsikan ilmu yang kau perolehi itu tanpa syarat.
Kerana semuanya daripada Allah SWT.

Kau bukan pemilik
kecuali kau diberi pinjaman sementara.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.