Tuesday, September 20, 2011

Beraya Bersama Rakan Niaga

Tiga jejaka muda...menjadi tetamu aku malam tadi bersama jelitawan2 wanita AT 181.
Time kacihlah sudi datang.
Zaff, Fairus dan Hadi.


Posing dulu, shooting dulu, ambik gambar dulu. Snap snap snap dulu...
Dari kiri Mas, Shafa, Fatin, Yan, Hanum dan Aini.
lelaki lak Hadi, Fairus dan Zaffri.
Mereka ni semua klik CDM Hanum.
Semuanya masih muda trang tang tang.
Mereka semuanya join business Hai O.
Baguslah, muda2 belajar berniaga.
Tenaga masih muda, impian terlalu banyak, belum banyak komitmen, belum banyak tanggungan.
Buat sungguh2 demi kehidupan yg lebih sempurna.
Capai impian sendiri, bahagiakan org tua, realisasikan dlm hidup.
Doa ku agar semuanya akan berjaya.
Terus berjuang, kuat dan tahan menghadapi gelombang perniagaan dan liku2nya.


Sedondon berbaju raya.
Masih pengantin baru lagi ni...Hadi dan isterinya Noraini.
Sdg menanti cahaya mata pertama.
Pemilik blog yg kian ramai peminatnya.
Tahniah anak muda, setiap hari mesti lebih baik drpd sebelumnya.
Mesti ada peningkatan hidup, mesti ada perubahan hidup.
belajar dan bergurulah jika mahukan kejayaan yg berkekalan.
Ilmu adalah asas kepada segalanya.
Jgn jemu berguru, jgn jemu belajar, jgn jemu bertanya.
Jgn jemu pula berusaha dan bertindak. Segalanya tidak mungkin dicapai andainya kita tidak bertindak.

Hangat2...ini lagi baru.
Pengantin baru...nikahnya 3 Julai 2011 yg lalu..(betul ke? tarikhnya)
Fatin dan Fairus dari Puncak Alam.

Banyak impian sedang diburunya.
Bekerja tetap bekerja.
Tetapi impian tak mungkin menjadi realiti dgn dunia pekerjaan.
AT 181 menjadi medan utk pasangan ini memburu impian mereka.
Dgn usaha dan tindakan yg tak pernah berhenti, pasti impian mereka akan tercapai.

Cabaran dan ujian pasti dirempuhnya.
Tak pernah takut dan gentar dgn ujian kerana mereka bukan berseorangan, malahan begitu ramai mentor2
yg bersedia membimbing untuk menjayakan pasangan muda ini.
Tahniah Fatin dan Fairus.
teruslah berusaha menggapai bintang.
Pasti ia akan terus bersinar!!!

Cintan cintooon gaknya...eh ceh ceh...belum kawin lagi. Coming soon
Dah tunang ke atau masih reiki2 mencari serasi?
Shafa dan Zaff.
Tengok si Zaff tu, siap berbaju Melayu biru dan bersampin datang rumah aku. Berayalah katakan.
Shafa pun bergaya sakan dgn baju rayanya.
selalu datang meeting, business talk kat USJ 9, tak tahulak aku mereka yg mrka  berdua ni ada tut tut tut...
Harapnya menjadi ya.
nanti bolehlah kita arakkan dgn kete 181.

baru nak makan...kali ni aku masak yeee.
Ada nasi ayam special resepi hati pn seri sendiri. Mesti sedap punya.
Ada gak ayam goreng bersalut emas, agar2 pandan, chesse cake, kek lapis dan fruits coctail.
Pulut panggang dan kuih cara berlauk lak Hanum yg bawakan.
Semuanya sedap2....

Snap snap snap lagi sebelum makan.
Belum rasa lagi dah sedap dan bagus punya.


Hanum, Yan dan Shafa memulakan dulu.
Hari ni jgn diet diet ya.Esok baru diet.
jgn nak kurus2 datang rumah CDM Faridah, makan je.
Makan kasi habis pun tak apa.
Habis nanti baru boleh balik.

Seronok makan bersama2 anak2 muda berwawasan tinggi.
Mereka semua masih muda belia, kuatdan bertenaga.
Beruntungnya mereka kerana mendapat peluang hebat di usia muda.
Tak macam aku, usia 37 tahun baru aku dapat peluang business hebat ni.
Tetapi tidak ada yg terlewat sebenarnya. sesiapa saja yg merebut peluang, pasti akan mendapat faedahnya.
Walaupun aku bermula lewat, tetapi aku tidak membiarkannya.
Apa lagi jika muda2 belia seperti tetamu2 aku malam tadi.

wooooooooooooooo.....nampak pun sedap, belum makan lagi ni.
Pastilaa sedap tak terkata sehingga menjilat jari.

Duduk bersila je...makan ramai2 lebih berselera.
Sambil makan bertukar2 cerita.
Sambil makan,berkongsi2 pengalaman.
Sambil makan bertukar2 pandangan.
Sambil makan berkongsi2 sok sek sok sek....gossip ke? Tak ada;a\lah, semua yg dikongsi ialah cerita2 positif.
cerita2 semangat dan kejayaan.

Selonggok kat ruang tengah, selonggok lagi kat ruang tamu utama.
akan sambil bersembang2.

alhamdulillah dah kenyang...apa lagi?? snap snap snap laa.
Fatin, Mas dan Yan.
Semuanya network CDM Hanum.


Intan bersama ibu, anak2 dan adiknya.
Mereka dr Kelana Jaya.
Org Kelate rupanya ibu Intan ni.
Apa lagi...dah berjumpa gu (regu), aku kkecek Kelate laa.
Doh samo2 negeri samo.
heh heh heh...soweeelah ya yg lain jika tak paham.

Semangat org muda syg sentiasa membara dan menyala.
Fatin dan Shafa.
Lepas Syawal nanti, pasti lebih laju.
Mereka tahu apa yg patut mereka buat.
mereka nampak apa yg mereka kena bertindak.
Platform dah ada, strategi dah hebat, mentor dah cun, program dan bimbingan tersedia ada, tinggal lagi menanti utk anak2 muda ini bertindak.
Meh kita buat sama2 agar2 benar2 ada hasil yg besar.
Demi masa depan yg lebih cerah utk kita sendiri.

CDM Hanum menjadi idola mereka semua.
Anak muda bersemangat kental, kuat jiwanya, tinggi impiannya, tabah hatinya, tak pernah kecewa apa lagi mengalah dgn cabaran yg datang silih berganti.
Tetap teguh dan berusaha utk membina rangkaian dan menjayakan rakan kongsi seusia muda sepertinya.
Tahniah Hanum..semangat baru, rumah baru, hiasan baru, kete baru, dan bina lagi impian baru.
Jgn mudah berpuas hati dgn impian2 yg sudah dicapai, binalah impian baru agar kita terus bersemangat dan bekerjakuat bersama team AT 181.

Utk rakan kongsi CDM Hanum, anda semua sgt beruntung mempunyai upline dan cikgu yg telah membuktikan kejayaannya.
Dan bersedia pula menghulur tangan dgn hati seikhlasnya utk
membimbing anda semua agar berjaya sepertinya.

Hebat Hebat Hebat!!!



Melihat buku impian aku.
Semua impian di dlm buku impian ini menjadi realiti.
Semua yg aku letakkan dlm buku impian ini, mampu aku miliki melalui business ini.

Snap snap snaplagi bersama2.
Syukur...tetamu datang membawa rezeki utk tuan rumah.
Tetamu pulang turut membawa keluar dosa2 tuan rumah.
Alhamdulillah. Itu yg aku suka sgt tetamu2 datang berkunjung ke rumah ni.
Dan hampir setiap malam sejak Syawal ni, tetamu datang berkunjung ke rumah ini.
Meh...sapa2 peminat blog, rakan2 fb dan rakan niaga dlm AT 181 yg belum datang dan nak datang...silakan.
Pintu hati ku sentiasa terbuka.
Pintu hati terbuka, barulah buka pintu rumah...heh heh heh.


Bergambar lagi kat depan rumah sebelum berpisah pulang.
TQ kerana sudi hadir.
TQ kerana datang dari jauh.
TQ kerana sudi datang beraya...maap tak ada duit rya utk ko rang semua ya!!!
TQ kerana sudi makan apa yg aku hidangkan.Sedap ke???
TQ kerana sudi bergambar snap snap snap kat rumah aku ni.
TQ TQ TQ.
Boleh datang lagi, tak perlu tunggu raya, bila2 masa je boleh datang.
Jumpa lagi you oolllssss.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.