Suatu ketika dahulu
aku selalu mengira syiling
aku selalu mengutip syiling anak2ku
aku selalu mengorek syiling tabung anak2ku
aku sering saja mengumpul syiling anak2ku
Itu realiti
apa lagi jika selepas hari raya seperti sekarang
sementara menanti gaji
sementara menunggu gaji keluar
sementara menanti gaji masuk
Itu realiti
kerana wang gaji yg tak cukup
kerana wang gaji yg kecil
kerana banyaknya nak guna wang
kerana banyaknya kegunaan utk raya
Tak ada pilihan
duit raya anakpun aku pinjam dulu
duit tabung anak pun aku korek dulu
hanya untuk belanja seharian
Syukur alhamdulillah
pengalaman kesusahan hidup yg aku sendiri alami
menjadi butiran indah mengubah hidup
menjadi siri manis sepanjang perjalanan kehidupan
Dan aku berjanji
Kesusahan dulu biarlah berlalu
keperitan lama takkan berulang
kesempitan dulu menjadi pengajaran
yg amat berharga dlm meneruskan perjalanan hidup akan datang. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.