Futuristik terbaru
Sampai ke alamat rumah Sabtu lalu.
Tiga keluaran sebelum tu tak sampai.
Tak dapat sampai sudah, nak baca aku minta dgn CDM lain.
Tak tahu kenapa sebab2 tak sampai.
Aku tanya HQ, katanya bahagian urusan penghantaran diuruskan oleh pihak lain.
Aku komplen la.
Alhamdulillah baru dapat bila bertalu2 aku tanya.
Sebuah je yg dihantar, selalunya banyak.
Aku dapat banyak, en suami pun dpt banyak.
Kali ni betul2 satu je yg dihantar.
Aku je, en suami tak dapat pulak.
Tak apalah, itu lebih baik drpd tak dapat langsung.
Futuristik terbaru, nampaknya lebih baik.
Ada pengisian dan mesej yg berguna.
Bukan macam selalu.
Ada pembaharuan...baguslah.
Page 4 dan 5...Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan.
Bagus rencananya.
Banyak manfaat utk business kita.
Dunia sudah berubah, maka cara berbusiness juga mesti berubah.
Bukan lagi ketuk pintu rumah org macam dulu,
bukan lagi menjaja dgn basikal dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
Penggunaan teknologi memungkinkan segala,
Walau kita di mana sahaja, seluruh dunia boleh melihat business kita.
Lebih mudah, lebih luas.
Pagr 6 dan 7...Ingin Menjadi Pemidato Hebat?
Mahukan skils berpidato, nak belajar bercakap, menjadi juara di pentas bagi org terpukau dan terpegun?
dapatkan segera Futuristik terbaru.
Lain2 berita ialah tentang program2 keusahawanan hai O di sana sini.
juga perkongsian kejayaan 4 org pemimpin tertinggi CDM.
rencana pelancongan ke Hong Kong pada halaman 8 dan 9.
juga mengenai Konvensyen CDM di Cameron Highland pada Mei lalu.
Tahniah kepada beberapa org rakan kongsi berpangkat
DDM dan DSM
yg terpampang wajahnya pada halaman 24 dan 25.
resepi pun ada oleh Chef Sabri.
kehebatan produk Celgynic di halaman 27
serta promosi2 terbaru.
Tahniah kerana Futuristik telah mempersembahkan pembaharuan dan memuatkan lebih banyak info
utk memberikan lebih banyak faedah kepada pengedar2nya
utk melangkah dgn lebih yakin bersama syarikat ini.
Tahniah sekali lagi.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.