Sunday, September 4, 2011

Ulat Buku

Aisyah dan buku...tak dapat dipisahkan.
Setiap saat kalau boleh pun buku.
Aisyah dah jadi ulat buku.
Sebelum tidur buku, bangun tidur buku, sebelum makan buku, selepas makan buku,
nak main buku, nak hadiah hanya buku, nak beli hanya buku.
Hari2 gi kedai buku pun tak apa.
Sebelum balik raya hari tu dah beli kat MPH 12 buah buku.
Lepas beraya tadi, nak singgah lagi kedai utk beli buku.
Beli lagi 5 buah buku.
Aisyah dan buku bagai irama dan lagu.
Tak mungkin berpisah.
Majalah pun baca...macam2 majalah ada dlm koleksinya.
Cukup cermat dgn buku.
Semua akan dilabelkannya.
Dah tiga ruang di kabinet utk buku2 Aisyah.

Kat MPH sebelum raya hari seminggu lepas.
12 buah buku, beratus gak duitnya.


Aisyah akan pilih sendiri buku yg diminatinya.
Berjam2 di kedai buku pun tak apa.
Berjam2 menunggu dia mencari buku2nya.
Malahan jika nak shopping kat shopping complex, dia rela ditinggalkan di kedai buku.
Habis shopping, dtg bayar je buku2 yg telah dipilihnya.

Semua buku dia suka baca.
Inggeris, Melayu.
kamus, kartun, sains, fiksyen, kisah dan teladan, buku cerita, novel,
kisah2 nabi, agama, umum dan lain2.
Berjam2 pun dia rela.
Aku yg selalu tak tahan.
Tapi selalunya en suami yg temankan dia.
Dia pun sama...taik buku.
Nasib baik gak ulat buku dan taik buku, bukan taik wayang atau ulat disko.
Maaflah ya pada yg kaki wayang towww...
Atau ada kaki disko yg terbaca entry ini...hik hik hik.

beginilah selalunya....berjalan sambil baca buku.
Tak pandang depan, tak toleh kiri atau kanan.
terus baca buku, terus pegang buku, terus menghayati buku.
Sambil berjalan, dlm lif, naik tangga, turun tangga....
maka akulah yg mesti memimpinnya.

Makanan utamanya buku.
nasi, mee, susu, ikan, sayur dah jadi no 2 atau 3.
Snggup berlapar kerana buku.
Aisyah akan memilih buku berbanding makan.
"Nak gi McD atau nak gi MPH?"
Tanya ku padanya.
" MPH MPH MPH"....pasti itu jawabnya.

yg mahal yg murah...semua ada dlm koleksinya.
Aku ingat kena tambah kabinet khas utknya.
Boleh buka library utk kanak2.
Tapi awas...sgt sayang akan buku2nya.
kalau hilang...wuuuuuuuu mengamuknya tak ada ubat.
Mesti cari sampai dapat...
itupun yg membuat aku tak tahan.
utk mengelakkannya, aku tunjukkan cara penyimpanan utknya.
Tapi biasalah budak2...

Buku catatannya...semua akan dicatat sinopsis ceritanya
selepas dibaca.
Jadi buku catatannya pun banyaklah.
Ngeh ngeh ngeh...tengok tu, masih ada bantal busyukkknya.
Itu penawar rindunya.



Tekun...dr depan sampai belakang.
Tak akan peduli yg lain bila dah membaca.
Siap pesan lagi...
"Jika aisyah sdg baca buku, tak payah panggil makan, mama dan abah makan dulu".
Alamakkk...aku lak takkan makan jika anak2 tak penuh meja bersama.
jadi, kena bagi makan dulu baru boleh mula baca buku.

Tengok tu..dipanggil pun tak peduli.

ulat buku dan taik buku....
Aimi, Adib dan irah tak jadi ulat macam Aisyah.
































Tulis lagi.
Catat lagi.

Dlm kereta....dia hanya baca buku sepanjang jalan.
Bercakap kosong, bersembang, dengar lagu? Oooh tidak...hanya buku sahaja.
kepuasan baginya.
Baru aku tahu peel ulat buku.

Buku bacaan dan buku catatan...pasti akan dibawanya
walau di mana sahaja berada.
Beraya atau hari2 biasa...itu semestinya.

Dunia luar tidak dipedulikan ketika dia syok membaca buku.
Dirakamkan di kedai spec ketika membawa Irah bulan ramadan lalu.
Ada perkara lucu berlaku, kami ketawa berdekah2 seisi keluarga,
tapi aisyah buat dek je.
Dia terus dgn dunianya.
Kdg2 naik heran aku tengok, mlm pun sanggup tak tidur jika dpt buku baru.
Terus dibawa ke dunia buku.

Pagi tadi ketika tetamu riuh rendah datang beraya....Aisyah leka dgn bukunya.
Aku panggil minta dia pandang kamera pun dia buat dek je.
Alahai Aisyah.
Alahai buku2.

Teruslah berusaha menjadi anak yg hebat anakku.
Penuhilah dadamu dgn ilmu.
Amalkanlah ia.
Tahniah anakku.
Aku bangga dgn hobimu.

Nor Amalin Aisyah Bt Dzulfauzilah..
Makna namanya...'cahaya amalanku yg hidup bahagia'.
Dia mencari makna itu sendiri.
Ada tiga buah buku koleksi nama2 terpilih  yg dibelinya sendiri.
emmmm.....


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.