Sunday, September 4, 2011

28 Tahun

Normanizan Ismail.
satu kelas dgn adik aku Hanisah sejak di Tingkatan 1 SM Dato' Mahmud Paduka Raja
Tanah Merah.
Sehingga tamat SPM.
Dgn akupun memang kawan baik sebab bezanya hanya setahun saja.
Aku tingkatan lima, mereka di tingkatan empat.

Kami terputus hubungan sejak 1983
selepas mereka tamat SPM.
Aku waktu itu di tingkatan enam atas.
Hanisah naik tingkatan enam rendah.
Normanizam hilang entah ke mana.

Hampir 28 tahun tidak berjumpa, terputus hubungan sedemikian lama.
Aku selalu balik ke Tanah Merah tetapi selama itu tak pernah berjumpa.
Yalah, jika balikpun ada kerja yg perlu disiapkan.

Setahun sekali balik rayapun masing2 tak berkesempatan.
Sibuk memanjang.
Alhamdulillah, waktu balik raya baru2 ni berjumpa
Normanizam Ismail.
Dia datang ke rumah sehari sebelum raya.

Tak sangka pulak berjumpa sahabat lama.
Kami berpeluk2an sehingga menitis air mata.
terharu sangat dgn pertemuan itu.
Bersembang bercerita, maalum lama tak bersua muka.
Banyaklah cerita yg keluar bertanya khabar berita dan perkembangan semasa.


Normanizam eorang suri rumah.
Dulu bekerja bank tetapi berhenti kerja selepas mendapat anak yg pertama.
Anaknya dua orang je.
Suami bekerja di Pasir gudang Johor.

Semoga pertemuan itu merapatkan semula hubungan yg sedia terjalin.
Salam silaturrahim.
insyaallah kita akan berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.