Monday, September 19, 2011

Tetamu Dari Kelantan

Saudara rapat dari Kelantan.
Wan Fatimah, Wan Fatonah dan Wan Zainuddin.
Tiga beradik mereka ni.
Sepupu dgn aku.

Aku menjemput mereka datang ke rumah.
Tak pernah mereka datang walaupun dah lama aku tinggal di sini.
Kebetulan pulak hari Sabtu tu, ada majlis besar kami anak beranak, mereka sampai dari sana, aku jemput mereka anak beranak ke mari.
Alhamdulillah sampai akhirnya mereka dgn tiga buah kereta.
Bolehlah anak2 aku kenal sedara mara sepupu sepapat yg tinggal kat Kelantan dan kat sini.
memang kami jarang berjumpa sebenarnya kecuali pada majlis2 kenduri kendara.

So jamu lagi,hidang lagi, masak lagi.
Seronok walaupun penat.

Tetamu datang membawa rezeki utk tuan rumah.
Tetamu pulang membawa keluar dosa2 tuan rumah.

Wan Zainuddin Wan Ali...pakai baju batik tu.
Sepupu rapat.
baru dapat menantu hari Sabtu lepas.
Anaknya Maryam berkahwin dgn Adham org Salak tinggi.

Pertama kali sampai ke rumah ni. Jika tak diajak datang, manakan nak datang.
Kita pun sama, jika org tak jemput takkan datang rumah orang lain.
Ada org kata, konsep open house mematikan amalan ziarah menziarahi pada hari raya.
Segan nak gi rumah org, kecuali mereka ajak utk open house.
Ya ke begitu? Ntahlah yek!!!

Wan Kamariah dan Farhani...
sepupu rapat aku.
Syukurlah, malam tadi anak2 aku boleh berkenalan dan bersilaturrahim dgn sepupu sepapat mereka.
Jika aku tak kenalkan, jumpa kat mana2 pun tak tahu bahawa itu sedarah sedaging keturunan yg sama dgn mereka.


Joe, nama sebenar aku tak tahu.
Kerjanya engineer kat JKR Machang Kelantan.
Ramah orangnya, banyak ceritanya.
Sempitnya dunia...aku pernah convence Joe ni waktu aku jumpa dia, dibawa oleh rakan kongsi di sana..
Pernah sekali dtg kat TTC Berek 12 Kota Bharu.
Tahun 2009 yg lalu.
Dia terkezut tengok aku, masih ingat pada aku masa berkongsi motivasi di TTC masa tu.
Alahai...rupanya anak sepupu sendiri.


Selamat Pengantin Baru utk Maryam dan Adham.
Masih merah inai di jari mereka. Akad nikahnya Jumaat lepas, kendurinya Sabtu lalu di dewan Mardi UPM.
Maryam seorg akauntan di MBB sementara Adham di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.
Berkepit je pengantin baru ni...hangat2 u. Panas2 lagi...
eh ceh ceh ceh...tak ingat ke masa diri sendiri jadi pengantin baru dulu??
Macam ulat bulu....berkepit sana berkepit sini...melekat je.
Macam kuih kapit tutttt...he he he, lupa lak ya.


seronoknya berjumpa sedara mara...riuh rendah gaklah sampai jam 11.30 mlm tadi.
Puas hati dapat menjemput mereka datang ke rumah.
penat sikit tak terasa, yg penting silaturrahim terjalin mesra.

Bergambar dgn pengantin baru...
Adham dan Maryam
Selamat penganin Baru.
Semoga bercambah2 rezeki selepas berumahtangga.

last sekali...snap snap snap ramai2 sebelum mereka berangkat pulang.
Wan Fatimah akan bertolak pulang ke Kelantan pagi Isnin katanya.

kena buat selalu majlis2macam ni, baru kenal dgn sedara mara. jika tidak masing2 buat hal sendiri.
Yg jauh2 langsung tak kenal.
Setakat sepupu kenal lagi, tapi anak sepupu dah tak kenal.
padanhal nenek dan datuknya masih org yg sama.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.