Monday, September 19, 2011

Precint 8

Alhamdulillah masih sakan beraya di sana sini.
Open house sana open house sini.
Walaupun sibuk berniaga, berjumpa prospek sana sini tetapi undangan open house juga mesti dipenuhi.
Selepas WAB di USJ semalam, aku sekeluarga terus ke Precint 8 Putrajaya,
ke rumah adinda tercinta, Hasni.

Dah penuh meja makan, macam2 menu dan hidangan yg menyelerakan.
Nasi minyak, soto ayam, murtabak diraja, ketupat dan lemamng serta rendang ayam pun ada.
Semuanya nampak memberahikan tekakku.
Macam manalah nak kurus ni, makan berpinggan2, makan pelbagai makanan dan hidangan,
pasti naiknya berkilo2.

Tak apa2, habis syawal ni baru mula diet...heh heh heh, biar betul.
Dah berpuluh kali dengar pn seri ni nak berdiet, tapi dok cam tu gak.

Tuan rumah.. Hasni nama diberi.
Orgnya suka senyum, tetapi low profail je. Mukanya ada yg kata sama dgn aku kakaknya.
tapi aku rasa aku lagi cantique...hu hu hu.
En suami yg selalu kata begitu...heh heh heh.

Selamat Hari Ulang Tahun adikku
Selamat Hari Jadi.
kebetulan lak semalam 18 sept hari jadinya. Umur berapa?
Hik hik hik...masih muda u.
Masih belum menopause.
masih boleh beranak pinak.
masih muda, masih banyak impian, masih ada banyak masa jika nak join business macam aku, masih ada banyak peluang jika nak jadi kaya...hu hu hu... Aku offfer je..mana tahu nak jadi rezeki.
Entah2 doa malam lailatulqadar itu termakbul melalui business aku.
Kan kan kan!!!
Harap2 dia bacalah entry ni.


Hamizah dan Hafis pun ada. Datang dari Shah Alam...SPK kalau tak silap aku.
Hamizah sepupu sepapat dgn aku.
Tapi maknya macam kakak aku.
So dia macam anak sedara aku laa.
Masih muda belia.
Suami isteri ni Engineer |Proton dan engineer Perodua.

Sapa ni? Anak sapa?
Amboi en suami aku tu mcm bersemangat je nak baby lagi.
Sowee ya, aku masih mampu lagi tau. Masih sihat, masih kuat...ye ke pn seri ni?
Boleh beranak lagi ke?
Sudah2lah tu, tutuplah kedai, bagi change kat org2 muda lak laaa.

Anieq Hariz dgn ayah Dzul.
Anieq ialah anak Hamizah dan Hafis.
Dah 4 bulan lebih, tapi putih melepak anak jantan ni.
Anieq cucu kesayangan mama toknya.
Sampai sanggup neneknya tinggalkan kg halaman utk menjaga Anieq.
Bagus betul mama tok Anieq ni ya!.

Nik Samhan dan Hasni...masih pengantin baru u.Anak sedara aku.
Dua2 suami isteri ini arkitek kat JKR KL.
Tuan rumah lelaki...Azunan yg juga adik ipar aku.
ia jemput adik2nya datang gak...Izran dan isterinya Pah kerja Bank Negara.
lama tak jumpa ya, bila ada open house baru bersua muka.

Alhamdulillah, penuh sarat perut makan mcm2 makanan dan hidangan kat precint 8.
jam 4 petang aku bergegas pulang, malam ada tetamu dr Kelantan nak datang rumah.
Aku balik dulu ya.
TQ jemput makan.
TQ atas layanan.
Naik rumah baru nanti, boleh jemput lagi.
Tahniah kerana beli rumah lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.