Monday, September 19, 2011

Mesti Peluk Setiap Hari

Petang semalam, tiba rumah dr Putrajaya
Aisyah peluk Tuah dulu.
Main2 dgn Tuah dulu.
Tengok tu, montelnya Tuah selepas raya ni.
Seleranya kembali pulih.
Semangatnya kembali seperti biasa.
Macam kita gak, semangat jap menaik, kejap giler2 sampai nak sondol semua, kejap kang turun2 tiba2.
Ada tu, belum mula business lagi, dah nak berenti kerja.
Semangat giler2 lah tu.
Elok2 dah berniaga, ada network besar, dah dapat income besar, dah gi berjalan seluruh dunia,
tiba2 lak rasa nyesal berenti kerja.
Semangat merundum habis.

Beginilah anak2ku...hari2 mesti peluk Tuah.
Tuah memang sukalah jika dipeluk dibelai tiap2 hari.
Lagi dia ngada2 aku tengok bila dimanjakan sedemikian rupa.

Mak oooiii besarnya si Tuah ni. Mehlah datang tengok Tuah, memang besauu saiznya.
Aku memang terkejut bezuk masa mula2 tengok si Tuah ni, tak pernah tengok saiz sebesar tu.
Memang besar betul kucing ni. skrang dah 9 kg beratnya, itupun dah diet tu.
Nasi dagang, rendang, nasi minyak, satay  tak bagi makan...hik hik hik.

"ceh ceh ceh Tuah, sayang Tuah"...kata Aisyah.
Kadang2 berebut2 nak dukong si Tuah.
Tapi Tuah lebih manja dgn Irah.
Irah lebih pandai melayan binatang ni.
Dua minggu lepas, Si Tuah ni terkepit kat auto gate depan, sakit lah agaknya...
bukan main menyinga lagi marahnya pada en suami dan semua org.
Dicakarnya semua yg datang kepadanya. Kami panggil Irah utk pujuk Tuah, nampak je Irah datang, terus dia diam dan mengiow ngiow manja.
Entah apa ayat yg digunanya dgn Tuah.



Sarah anak sedara aku pun dah sayang Tuah.
Dah pandai bermain dan peluk Tuah.
Dulu takut, tengok pun jauh2 je.
Sekarang tak lagi...siap bergambar lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.