Friday, September 23, 2011

Denai Alam

Denai Alam
Kawasan perumahan moden
Kediaman serba cantik
Keindahan panorama
Terletak di Shah Alam
Bersebelahan Bukit Jelutong
Kian mahal harganya
Kian tinggi nilainya
Kian banyak permintaan terhadapnya
Kian ramai penduduknya
Kian ramai memiliki kediamannya
Kian terkenal namanya

Kami sekeluarga ke Denai Alam lagi malam tadi.
Kali ni beraya ke rumah CDM Yan dan DDM Nizam.

Kilauan cahaya lampu2 neon menyambut kehadiran tetamu.
Gemerlapnya, bersinarnya, terang benderangnya, berserinya, bercahayanya.
Ramainya tetamu, meriahnya, di setiap sudut ada tetamu.
Di luar rumah, di ruang poach kete, di dalam rumah rumah, di dapur, di atas,di bawah....

Tuan rumah tersenyum lebar
Bersalam menghulur tangan mengalu2kan tetamu tiba.
"Masuk masuk" Kata Yan
" Sila sila" Kata Nizam
"Jemput jemput" Kata Yan
"Makan makan" Kata Nizam
Alahai...maap le tak snap lak gambar tuan rumah berdua.
Soree...

Meriahnya...
Lelaki wanita
Muda dan tak muda
Kanak2 dan dewasa

Raya masih meriah
Raya masih diraikan
Menjalin silaturrahim
Bermaaf2an
Beramah mesra
Yg jauh yg dekat
Yg sedara
yg sahabat
yg jiran mahupun kenalan tetangga
Semua dijemput hadir

Ha gembiranya
Woo meriahnya
Setiap kali berjumpa, mereka bermain, berlari, bertepuk tampar,
bercerita, bergelak ketawa, menangis.
Tak ada masalah...indahnya dunia kanak2.

mak oiii...ramainya jemputan yg datang.
Yg duduk yg berdiri, yg bersila, yg di kerusi, yg makan yg minum, yg bersembang yg berdiam diri

Sambil makan sambil bercerita.
Sambil makan sambil bersembang.
Cerita apa? macam2 cerita...kisah2 kehidupan, pahit manis kehidupan, pasang surut kehidupan,
jatuh bangun kehidupan, diadun dan diolah oleh si pencerita dgn cukup baik.
Ditokok tambah pula oleh si pendengar utk penyedap bicara.
Disulam pula dgn hilai ketawa...maka bestlah ceritanya.


Dinikmati pula bersama enaknya hidangan mee goreng, meehoon goreng,
mee soto, nasi goreng, ketupat soto, agar2, buah2an,
dadih, biskut kuih muih, mminuman dan sebagainya.

Ada gak yg menikmati hidangan dgn penuh khusyuk...bertelegu gayanya.
Adalak yg melihat kameranya...fotonya, terang ke tak, betul ke tak, cantik ke tak, nak save atau nak delete,
Semuanya dirakam utk kenangan.
camera digital...senang nak tengok, tak payah guna filem2 macam kemera lama.
boleh delete jika tak suka, tak perlu cuci, dan ramai yg malas cuci..hanya transfer ke laptop je.
So album pun dah tak perlu.
Nak tengok, buka je laptop masing2.
Dunia dah berubah
Dunia makin canggih
Dunia kian sempit
Semuanya di hujung jari je.

Haryati, Salina, Roshila dan Rozita.
Sentiasa positif. Tetap bersama dan bersilaturrahim demi sebuah perjuangan.
Sentiasa senyum, happy dan gembira walaupun kehidupan ada pasang surutnya.

Itulah kehidupan, bagaikan ombak di tepi pantai.
Ada waktu anginnya sepoi2 bahasa...nyaman dan damai sekali.
Ada waktunya ombak berombak biasa, membolehkan pengunjung mandi manda merehatkan diri menikmati cantiknya pantai.
Ada waktu ombaknya mengganas tinggi.
Ada juga waktunya sehingga bagaikan tsunami yg meranapkan segala keindahannya.
Demikian juga hidup ini. Segalanya indah utk yg memahami hikmah penciptaannya.

Sofiah dan Aisyah
Dulu tak kenal
Dulu tak pernah berjumpa
Kini kian rapat dan mesra
Tak berjumpa seminggu,rindunya membara
Tak bertelefon dan sms, tak sah rasanya.
Bagaikan adik beradik.

Tetapi adatlah budak2, bila tak  berjumpa nak berjumpa.
Bila berjumpa, bermain bermesra kemudian bergaduh dan bermasam muka.
Kemudian berbaik semula.

Ya parahnya org dewasa ni..jika org tua ni lak sekali bergaduh tak baik2 dah.
Sekali terasa hati, dibawanya sampai bila2.
Demikianlah warna warni kehidupan.
Semuanya indah utk dikenang.

Makan sudah, kenyang sudah, bersembang sudah, berbual sudah, berhilai ketawa sudah.
Berucap salam selamat hari rayapun sudah, bersalam2 bermaafan pun sudah.
Kami pulang.
Moga hubungan silaturrahim dr pertemuan open house ini berkekalan hingga ke syurga.

TQ Yan dan Nizam.
TQ atas undangan.
TQ atas juadah dan hidangan..semua sedap.
TQ atas layanan.
TQ daun keladi, ada rezeki jemputlah lagi.
Pasti tidak akan mengecewakan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.