Thursday, September 8, 2011

Jemput Rakan2 Niaga

Siap sedia menanti tetamu.
Kak faridah masak ke?Tanya tetamu pada aku?
Banyaklah masa nak masak?
Rajin betul aku ni....hik hik hik
Zaman boleh order, senang citelah aku angkat call order je.
Ada nasi dagang, ada roti jala, ada meehoon, ada roti canai.

Yg aku masak apa?
Ada banyak gak yg aku buat...
hik hik hik....malu nak cakap.
Ada keropok lekor goreng, ayam goreng ayamas, nugget goreng ayamas,
fishball goreng ayamas dan sosej goreng ayamas.
Ha ha ha...itupun Homsatun yg buat.
Aku hidangkan je.

"Meh...beraya kat rumah kita lak ya.
Rabu jam 8 mlm hingga larut malam.
Kita 2 aje
..."

Gitulah bunyi sms tu. Pada rakan2 niaga yg ada di KL ni.
Tapi ada rakan niaga tak leh dtg malam, ptg boleh datang sbb mrk nak ke Penang.

Sesi petang...CDM Din, CDM Nizam, CDM Yan, CDM Tini, CDM Shila dan Aiman.
Menu mereka lain sikit...nasi beriani Johor.
Meniaga tetap meniaga, beraya tetap beraya.
jemputan sana sini.
Jemputan busines dan jemputan raya.
Semuanya penting.
Kuih raya apa ni?
Sedap ke?
Makan jelah apa yg ada.
Semuanya sedap.
Pasti sedap, kata yg menjualnya.
aku beli je.
Makan kenyang2, lepas ni terus bertolak ke Penang.
Tak payah berenti makan lagi.


Angie, Kenny dan anak2pun ada.
TQ datang...kata aku.
TQ jemput i...kata angie.

Duduk bersila je.
CDM Che Mat, isteri dan adiknya DDM Rohayati.

Shahril, Shamsul, Naimah dan Kak Ila baru sampai.
Waa..specialnya, nasi dagang saya suka..kata Shamsul.

Ramai gak yg tak boleh datang.
ada hal dan urusan lain...kata mereka.
Tak apa,lain kali boleh dtg.
bagi tau dulu, boleh aku sembelih ayam dulu utk masak special sikit.
Kalau terkezut2 je sampai, biskut oreo jelah. He he he..
rumah ni sentiasa terbuka.
Datang je jika free.


SSM Halilah dan Fairus...hadir bertiga.
Kami mula rapat sejak bersama2 ke Hong Kong.
Sebelum tu...gitu2 aje.
Timekeasih sudi  datang.

Waa...seronok tengok ramai2 menjamu selera walaupun duduk bersila je.
Tambah2, jgn segan2.
Makan selagi ada, tambah selagi mahu.

DDM Nor dan Rahim dtg dr Melaka.
Kena rancak balik ni...bila nak buat kat Melaka Nor?
Jadual dah padat ni.
Tak boleh leka dgn lontong dan ketupat je.
Kena bergeraklah.
Nurul dan keluarga.
Tinipun ada.
"Sampai gak hajat nak sampai rumah Kak Dah". Kata Tini.
"Sepanjang puasa sibuk je dgn macam2, insyaallah lepas raya ni baru lega".
Nak buat giler2 la lepad ni". Kata Nurul lagi.

Ini geng Kepet...Wan, Zufillah Nur dan sorng rakan mereka.
Lama tak nampak Wan dan Zu..alhamdulillah majlis raya malam tadi berjumpa semula.
insyaallah, boleh datang program WAB dulu jika nak bergerak semula.

Raudataul Naimah dan kak ila, sentiasa ada bersama2 dlm semua program Taipan dn group.
malam tadipun ada.
TQ dtg.

As dan Syed pun ada.
Pilih yg mana berkenan,makanlah apa saja.
Asalkan bahagia...eh ceh ceh ceh.

snap snap snap...memang kegilaan aku gak.
ke mana2 pun mesti snap snap snap.
Buat kenangan.
Apa lagi dgn kamera digital ni, bukannya kena beli filem mcm dulu.
lepas tu terus boleh tengok kat kamera atau buka je dgn laptop.
Tak yah cuci2 mcm dulu.

Cikgu Hisyam dan isteri Mas, pun turut hadir.
Mereka cikgu tiusyen Irah dan Aisyah.
Mengajar fizik, biologi dan metematik.
bagus orgnya.
Rajin dan mengajar menggunakan kaedah terkini.
Anak2 aku jadi minat dgn fizik dan matemetik.

Lepas makan sembang2 lagi, maalum lama tak berkumpulmacam ni.

upline dan downline.
Saling memerlukan.
Mlm tadi pum hadir bersama.
kata Nurul, jika Tini tak nak hadir, dia pun tak nak hadir.
baguslah lau mcm tu...sentiasa sepakat.

Jam satu pagi baru selesai.
baru semua tetamu pulaang.
huh puas hati.  Seronoknya dpt berjumpa sahabat2 niaga, jiran2 tetangga
dan sahabat2 lama.

Yg dijemput tak sempat datang,
Yg belum dijemput, yg tak tersms, yg jauh yg dekat,
sahabat niaga, sahabat fb atau sahabat blog, kawan lama atau kawaan baru, kawan sekolah atau kawan u...mehlah datang rumah kita.
Call dulu...jika tidak biskut oreo jelah ya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.