Syukur
Alhamdulillah, kau turunkan ujian untuk aku menjadi kuat dan tabah.
Alhamdulillah, kau berikan kesusahan untuk ku menghargai kesenangan.
Alhamdulillah, kau berikan sahabat2 yg baik untuk ku
menilai dan menjadi cermin untuk diri ku.
Alhamdulillah, kau datangkan cabaran demi cabaran untuk
ku belajar mengatasi segala kelemahan.
Alhamdulillah, kau berikan kegagalan demi kegagalan untuk aku membina
keberanian dan ketahanan.
Alhamdulillah, kau anugerahkan akal dan fikiran untuk aku gigih berusaha.
Alhamdulillah,kau tunjukkan peluang dan kesempatan, untuk aku
berusaha dan memanfaatkan.
Alhamdulillah, kau datangkan insan yg daif dan kerdil,
untuk aku menjadi manusia yg pemurah, mahu berkongsi dan banyak memberi.
Alhamdulillah, kau berikan kesakitan untuk menghapus dosa2 ku.
Alhamdulillah, kau berikan rezeki untuk aku belajar menikmati.
Alhamdulillah, kau anugerahkan kebahagiaan.
Alhamdulillah, kau anugerahkan kesabaran, hikmah dan reda.
Alhamdulillah, kau berikan kesejahteraan keluarga.
Alhamdulillah, kau berikan kesihatan.
Alhamdulillah, kau kurniakan ketenangan.
Alhamdulillah, kau berikan nikmat yg tak terhitung.
Syukur alhamdulillah.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.