Wednesday, October 19, 2011

Safira...Aku Datang


Salam sejahtera.
Salam bahagia.
Salam kejayaan.
Salam kemenangan.
Salam perjuangan.

Insyaallah, jika tak ada aral, aku turun ke utara hari ni.
Ke Safira Club.
Berjumpa org2 hebat.
Bersua org2 yg mahu terus mencipta kejayaan.
Berjumpa dgn org2 yg mahu mengubah kehidupan.
Berjumpa dgn org2 yg mahu mencari kelainan di dalam hidup.
Berjumpa dgn org2 yg sanggup meredah cabaran dan menempuh gelombang
demi mencari pantai kehidupan baru yg lebih indah.

Seingat aku, paling akhir ke sana 24 September lalu
waktu program WAB.
Insyaallah hari ni aku datang lagi.
Mengambil semangat dgn anak2 muda.
Mengambil motivasi dgn org yg kuat bekerja.

Boleh pula aku bawa balik utk bekalan semangat
dan motivasi diriku sendiri.
Semangat kena sentiasa berkobar2.
Kena sentiasa menyala2.
Baranya mesti sentiasa ada.

Jgn biarkan ia padam.
Jgn biarkan is kelam.
Nanti business semakin suram.

Tengok muka pun dah tahu tak ada semangat.
Kelat je, ketat je.
Kalau pakai baju pun kelabu taik anjing je.
Pakai baju pun yg lama2.
Datang meeting pun tak excited.
Datang lambat, balik cepat, tak ajak rakan kongsi, tak fward sms
kat rakan kongsi.
Bila ditanya...jawabnya
"ah meeting pun sama aje"
"Saya tak ada rakan kongsi la"
"Saya tak bawa org baru la"
"Saya ada demo la".
"Meeting pun tak semangat je"
"Ah baik saya gi demo dr duduk melangut kat meeting"
"Jadual saya padatla, tak sempat nak datang meeting".

Jika dulu positif je, sekarang dah negatif.
Jika dulu ceria je, sekarang nak senyum pun malas.
Jika dulu excited je, sekarang selamba je.
Jika dulu dtg awal je, sekarang dtg lambat je.
Jika dulu rajin call dwline, skarang buat tak peduli je.
Jika dulu tak boleh tak dengar suara mentor, sekarang buat hal sendiri je.

Itulah antara tanda2 kita hilang ghairah dlm business.
Hilang excited kata orang.
Buat pun sekadar buat aje.
Datang meeting pun sekadar tunjuk muka je.

Inilah cabaran paling besar.
Bukan cabaran dari luar tetapi diri kita sendiri.
Cabaran dr dalam diri kita sendiri.
Rasa malas, rasa tak excited, hilang ghairah, rasa meluat,
negatif menguasai diri, rasa tak boleh, rasa susah, rasa payah,tak yakin, hilang kepercayaan pada diri sendiri, bersangka buruk kepada org lain,
rasa marah kat dwline, menyampah dgn upline, benci dgn mentor,
menyesal kpd apa yg berlaku, marah kpd diri sendiri
dan seribu satu macam lagi.

Jgn biarkan ia menguasai diri kita.
Bersangka baiklah.
Kuasai fikiran kita, jika ia tak dimasukkan dgn fikiran positif,
yg negatif pasti akan masuk.
Lihatlah diri sendiri.
Banyak ruang yg perlu kita perbaiki.
Semoga hari ini kita lebih baik dr semalam.
Perubahan bermula dgn diri kita.
Ia menjadi kuasa terbesar utk mengubah org lain.

Aku?
Betulkan aku andainya aku silap.
Tegurlah aku andainya aku tersalah langkah.
Sahabat2 adalah cermin diri yg paling besar.
Usah melenting bila ditegur.
Usah sensitif bila dinasihati.
Usah marah bila kita dikomen.
Usah mengamuk bila kita dikritik.
Usah negatif bila kita dimarahi.

Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai sahabat2
yg mahu menegur kesilapan kita.
Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai upline, dwline dan sideline
yg masih mahu mempedulikan kita.
Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai
rakan taulan yg mahu kita menjadi bertambah baik.
Bersyukur juga kerana kita mampu memberi kebaikan dan
manfaat kepada kehidupan org lain.

Tetapi jgn pula dikesali.
Andai jasa baik kita disalah mengerti.
Andainya jasa kita tidak dihargai.
Jgn mengharap ucapan terima kasih drpd manusia.
Jgn mengharap kebaikan kita dipuji dan dihargai oleh org lain.
Jgn mengharap pemberian kita dibalas oleh org yg kita beri.
Ganjaran sebenar bukan drpd manusia.
Ganjaran sebenar hanya dr Allah.
Tugas kita hanyalah memberi dgn hati yg suci.
Tugas kita hanyalah memberi manfaat kepada org lain dgn sebanyak2nya.
Insyaallah, salam jumpa lagi.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.