Alhamdulillah. Baru sampai rumah.
Meneruskan misi kejayaan bersama team.
Perjalanan ku hari ini bermula seawal pagi.
Syukur pada Allah SWT.
Rezeki maha luas melimpah utk yg terus gigih berusaha.
Pagi2 lagi selepas hantar anak, aku terus ke Nilai hantar bengkung yg customer order.
Jam 10.15 am di sana. Dia bayar cash.
Syukurlah.
Jam 2 petang aku tiba di Shah Alam.
DDM Baya dan CDM Hasmidar sdg fitting PB kepada beberapa org prospek.
Berkongsi tentang produk PB dgn wanita2 yg mahu melihat produk ini.
Aku gi tengok je, bila mereka tanya macam mana nak beli.
maka aku pun mula masuk.
Ada 4 org nak pakai PB.
Alhamdulillah, Ida bersetuju untuk berniaga.
terus isi borang ahli.
Nak buat, nak serius.
Closelah pakejnya, terus minta uruskan dana untuknya dgn Bank Islam.
Tahniah utk DDM Baya dan CDM Hasmidar.
Bukan main excited lagi mereka berdua.
Hati berbunga indah.
Musim kemarau panjang akan berlalu.
Lepas solat Zohor di surau tgkat dua bangunan CIMB dan minum2
bersama CDM As dan Baya, aku terus ke jalan Semarak.
Bangunan Felda.
Berjumpa Pn Norazimah Yassin, pegawai kewangan di Balai Felda.
Pn Azimah dah beli PB sejak 2006 tapi nak beli set yg kedua.
Aku ajak join, tak mahu.
katanya nak beli utk pakai sendiri je.
OK lah tu.
Kebetulan ada saiznya, aku terus bagi.
Cash terus. Syukur amin.
Kata dikota...Aku dah berjanji dgn salina nak bersama2 jumpa prospek dia
di USJ 25 jam 6.30 petang.
Selesai di Felda, aku terus ke Petronas USJ 25.
Solat asar di sana, terus buat demo dgn Arina.
Dulu dah join rupanya, sejak tahun 2005 lagi.
Tapi ditinggalkan, tidak dibimbing, bagaikan hilang arah.
Benar2 bagai anak kehilangan ibu.
Tetapi sentiasa mencari ruang utk meneruskan biz ini.
Berbincang, bagi idea, dengar masalah Arina...dia setuju join lagi sekali.
Terus bayar untuk register baru.
Insyaallah nak mulakan dgn 5BA dulu.
Rezeki utk Salina dan Syed.
Aku dan en suami singgah makan diOld Klang Road Kopitiam di Giant
Bandar Kinrara.
Selalu makan siniboleh tahan sedapnya.
Aku suka nasigoreng kampungnya.
Cukup rasa. En suami cuma makan roti bakar je berserta teh panas.
Ni laa nasi goreng kampung...sedap.
Anak2 aku pun suka, selalu kami makan di sini.
Jam 10.15 mlm baru kami sampai rumah.
Masa aku tiba, Irah dan Aisyah sdg buat homework.
Aimi yg tengok2an. Mujurlah ada anak yg boleh diharap utk tengok2an adik2nya.
Esok ada menthal aritmetic class.
Aku pula akan ke program tetap WAB di USJ 9.
Jumpa esoklah ya.
Dah penat sangat.
Lepas solat Isyak, nak beradu.
Bermimpi yg indah2 utk bulan ini.
Merehatkan minda, melepaskan bebanan fizikal seharian bekerja
ke hulu ke hilir.
Ya Allah, kejutkan aku dan suami.
Aku mesti berjemaah di masjid utk solat subuh pagi besok.
Semoga setiap langkahku menjadi ibadah untuk ku.
Amin, syukur pada Allah SWT. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.