Salam bahagia.
Pagi ni Irah dan Aisyah nak ke Mental Arithmetic macam biasa.
Tp cikgu Cina yg selalu ambik mereka.
Hari ni juga aku nak ke Studio Kecantikan WAB di USJ 9.
Aku salah sorang tenaga pengajarnya.
Aku akan sambut tetamu dan peserta yg hadir.
Aku kena bersemangat utk share topik dgn terbaik.
Insyaallah ada juga prospek baru yg nak hadir program WAB pagi ni.
Selepas tu aku dan ensuami dah janji nak ke IOI Mall, Equine Park.
Surprise...nak belikan kek dan hadiah utk Aisyah.
Hari ni 1 Oktober..ulangtahun Aisyah yg ke 9.
Kami celebrate di rumah je, malam ni baru bawa mereka makan kat luar.
Alhamdulillah. Anak2 makin membesar.
Tetapi belanja hidup utk mereka juga semakin banyak.
Tanggungjawab sebagai ibu juga semakin berat.
Aku mesti bekerja lebih kuat.
Aku mesti jadi ibu yg lebih baik.
Buat persediaan yg lebih sempurna utk pendidikan dan masa
depan anak2.
Buat persediaan yg lebih baik utk keselesaan hidup anak2ku.
Aimi dah nak habis pengajian diplomanya di ITM.
Cita2nya nak sambung belajar di Jepun.
Aku suruh sambung di Singapore je, tapi nak gak ke Jepun.
Tak tahulah macam mana.
Aimi kata dia nak usaha sendiri sampai dapat.
Tapi resultnya bagi setiap semester memang sgt cemerlang.
Setiap semester dpt hadiah anugerah dekan.
Resultnya 3.9. 3.83, 3.79, 3.82...apa pun aku doakan dia sentiasa suksess.
Adib pula di Cairo. Belajar di maktab Al Boo'uth sejak tiga tahun lalu.
Semua belanja sendiri.
Sebulan antara RM800 hgga RM1000 juga aku kena sediakan
perbelanjaan untuknya.
Irah dan Aisyah pula di ISSKD...sekarang dah berpindah di bangunan sendiri.
Dulu di Kota Damansara, sekarang di Palm Spring Mutiara Damansara
berhampiran The Curve.
Makin jauh tapi makin selesa.
Yuran dan kos teksi pun dah mencecah RM2800 sebulan.
Semuanya duit duit duit.
Aku mesti bekerja lebih kuat.
Inilah pelaburan terbaik utk masa depan anak2ku.
Itulah aset paling berharga.
Semoga mereka akan berjaya.
Doa mustajab ibu akan menjadi bekalan utk mereka.
Semangat kental ku akan menemani semangat mereka utk mendepani hidup.
Ayuh, bekerja kuat demi anak2 kita.
Kitalah penentu segalanya.
Selebihnya kita berserah kepada Allah SWT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.