Tuesday, October 25, 2011

Tak senang Duduk


Salam sahabat semua.
Tak ada appoiment hari ni tapi aku tak senang duduk.
mesti cari gak.
Tak boleh duk rumah, tak senang hati.Mesti keluar gak.
Buat apa yg patut.

Alhamdulillah, dapat satu appoiment untuk berjumpa Fadli
kat USJ 5. anak muda, baru usia 24 tahun.
Baru bekerja dgn Telekom Menara jalan Pantai Baru.
Semalam baru balik dr Sarawak kerana menghadiri  majlis konvokesyen
UNIMAS Kuching Sarawak.
Tahniah.

Dah banyak kali nak jumpa.
Berjumpa dgnnya di kedai makan berhampiran flat sewaannya.
Aku datang dgn boyfreind akulaa...en suami. TQ darling kerana
sentiasa temankan aku ke sana sini.

Aku kongsikan peluang hebat ini.
Dari A sampai Z.
Respond Fadli...macam tak nak je.
Tapi biasalah, banyak alasan.
Tak bolehla,
Tak pandaila
Tak ada masala
Tak reti cakapla
Tengokla dulu.
Nantila.
Banyak sangat la la lanya.
Aku pujuk isi borang ahli pun tak mau.
"takutla"

Tapi aku dapat sesuatu hari ini.
Selagi hidup tak tersepit, kita tak mahu bertindak.
Hidup selesa, gaji RM2000 lebih tak ada hutang cuma PTPTN je tolak.
Gaji masih banyak, personal loan belum ada.
Mak ayah kat kampung pun berduit.
Masih bujang, kereta tak beli lagi, menyewa pun ramai2.
Pakai motor je, itu pun yg keluarga belikan.

Nak kena tersepit, terkepit dan terhimpit dulu, baru nak buat.
Begitulah selalunya. Gaji dah nazak, loan dah lebih 60%.
Kad kredit tertunggak berbulan2.
Nama dah ccris atau ctos.
Duit tak cukup, hutang banyak, bil2 tak berbayar, anak ramai, isteri tak kerja.
Rumah masih menyewa.

Masa tu dah tak ada pilihan.
Nak tak nak kena buat jugak.
Kena cari duit lebih.
kena buat part time.
kena berniaga.
Kena settle hutang.

Sepatutnya jangan tunggu sehingga susah baru nak buat.
Masa senang la kita terus berusaha.
Komitmen belum banyak, anak belum ada, hutang belum ada.
masapun masih banyak.
Hidup masih selesa.
Tambah keselesaan kita.
Tambah tabungan kita.
Tambah pendapatan kita.

Dok gitu adik kakok?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.