Friday, August 17, 2012

Berbuka Di Kelab Darul Ehsan

Semalam, sempat bawa anak2 berbuka di Kelab darul Ehsan Ampang.
memang rutin kami sekeluarga, setiap tahun akan berbuka di sini.
Puas hati, tempatnya lapang dan selesa.
Harga dah naik. Menunya sedap dan pelbagai pilihan.
Anak2 memang suka.
Pergi tempat lain pun, masih tetap nak kat KDE.

Tahun lepas untuk dewasa RM48, kanak2 RM32.
Sekarang dewasa RM65, kanak2 pula RM38.
Ini yg suka ni, buffet Ramadan di sediakan bersebelahan swimming poolnya.
Sejuk je mata memandang.
Jika datang awal, boleh join sekali.
Meja kami sekeluarga.
Masa kami sampai, orang dah penuh.
Dah mula ambik menu makanan.
Hampir 20 minit lagi waktu nak berbuka.
Sedang elok.
Jalan masih jem, kereta banyak. Agaknya semua orang nak keluar dari KL menuju ke kampung masing2.
Memenuhi selera anak2, terutama Adib.
Bila bawa dia ke sini, macam2 menu dia boleh rasa.
Kambing bakar kesukaannya pun ada.
Disentalnya sungguh2.
Apa lagi yg dia suka?
Semua ada di KDE.
Satay, mee rebus, laksa Penang, laksa Johor, rojak, ikan bakar, paru bakar, lidah bakar,
nasi beriani, masak kuzi, rendang ayam, kueh teaww, mee goreng mamak, meehoon goreng,rojak, pesembur, budu, ulam2an, kuih muih dan macame menu.
Irah, 9 hari beriktikaf di masjid kuning Kota Damansara.
ini program tetap sekolahnya.
Semalam baru habis, kami ambik Irah dulu sebelum ke KDE.
Kesian Irah, sebaik abang Adib sampai dari Cairo, dia terus ke program sekolah. Tak dapat lama bersembang
dan bersama abangnya.
Irah memang rapat dgn Adib, jika duk bersembang, berjam2 maunya.
Raya ke tiga, Adib dah nak balik ke Cairo.
Tak dapat lama2 dgn abang kali ni, katanya Irah.
Aimi dan Adib.
Sekejap je anak2 membesar dan semakin dewasa.
Aku semakin berusia, giliran anak2 pula menjadi muda.
Begitulah hidup ni.
Hiasan dinding di KDE, ketupat daun palas.
Anak bujang...insyaallah tahun depan akan masuk al jami'ahh.
Melayan anak2 makan di KDE merupakan satu kepuasan.
Petang ni janjinya nak ke Golf Club Bangi. sekali lagi sebelum beraya.
kamipun beraya di KL tahun ni.
Kali pertama nampaknya beraya di sini.
Hanya 13 hari Adib pulang ke Malaysia.
Pulang ke kampung pun tak sempat.
Tak sempat pun berjumpa mama tok atau tok wannya.
Masa terlalu mencemburui kami.
Raya ke3 adib dah nak bertolak ke Cairo.
Kami sendiri belum puas, terlalu cepat. Adib terpaksa menyambung 3 paper examnya pada 24 Ogos di
Maktab Al Buu'uth Cairo. Aku doakan kejayaan Adib.
Emmm....sedeyyyy.
Bersembang, bercerita.
makan bersama2, solat betjemaah, mengaji bersama2, shopping bersama2, di dapur pun bersama Adib.
Hanya 13 hari saja kali ni.
Terlalu pantas Adib pulang bercuti.
Ikut hati dia, tak nak balik pun. Tambahan pula musim exam.
Kawan2 lain pun tak balik.
Tapi desakan rindu takmampu kami tahankan.
Walau hanya seketika, cukuplah.
Insyaallah, Adib pulang setahun sekali.
Kami bahagia dengan kepulangan Adib.
Boleh beraya bersama2 walau hanya di Kinrara.
Boleh bersalam-salaman, bermaaf-maafan, bersolat raya bersama2, makan bersama2 dan bergambar bersama2.
Walau tak sempat balik ke Kelantan. Walau tyak sempat menziarahi kaum keluarga di kampung,
walau tak sempat menziarah kubur aruah tok ayah dan tok wan.
Tak apalah, yg penting kami masih beraya sekeluarga.
Adib dan Irah.
Anak ke dua dan ketiga kami.
Beza usianya 4 tahun.
Adib dah masuk 18 tahun, Irah pula 14 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.