Thursday, August 2, 2012

Summit Hotel

Salam.
Semalam ke Summit USJ 1.
Majlis Berbuka Puasa Hai O untuk semua CDM/pasangan.
Turut diraikan anak yatim daripada Rumah Amal Bakti.
Alhamdulillah, jam 5.40 petang tiba di sana bersama CDM Kartini dan CDM Inda.
Dzul datang kemudian.
CDM Din pun sama.

Masih blum ramai yg tiba.
Masih banyak meja kosong ketika kami tiba.
Tapi CDM Fitri dan CDM Ayu dah sampai awal, org nombor satu kot.
Org jauh sampai dulu, org dekat sampai kemudian.
Yg jauh naik CDM dulu, org KL belum lagi.
Itulah dia.
Jauh dekat hanyalah jarak, ia bukan alasan.
Jika matlamat nak sampai jam 4, lagu mana pun ia sampai gak.

Dari ramai2 ni, CDM Asiah dan DSM Wada yang banyak mencuri tumpuan.
Semoga berkekalan.
Pahala berpanjangan.
Manfaat dan kebaikan berterusan.
meningkat darjat dalam keimanan.
Bersempena bulan Ramadan yg penuh kerahmatan.
Amin...
Masyaallah, banyaknya rezeki.
Murahnya rezeki.
Tak termakan, pelbagai menu, pelbagai citarasa.
Pelbagai pilihan, pelbagai dan aneka sekali rasanya.
Syukur Ya Rabbi.
CDM Ah Hock...otai Hai O.
Bersembang tak sampai 5 minit, tetapi terkesan di jiwa.
Menusuk ke minda.
Memahat ke hati.
TQ CDM, kerana masih sudi berkongsi pelbagai ilmu dan tips kejayaan berterusan.
Buat bekalan sepanjang jalan.
"Mari kita jumpa, bila CDM free" Katanya.
"Ya ya boleh, nanti kita jumpa".
Jika upline bawa, aku ikutlah. Jika upline tak bawa, aku takkan memandai2.
kekal menjadi pengikut yg setia.
tersentuh hati melihat anak2 malang ini.
Kalaulah anak2 aku dapat melihat mereka dan turut berada di majlis ini, tentu terdetik di hati
Aimi, Adib, Irah dan Aisyah betapa mereka sangat bertuah kerana masih mempunyai abah dan mama.
Tidak seperti anak2 ini, ada antaranya bertahun2 tak  merasai pelukan ibu kerana kesukaran bertemu akibat
kekangan kewangan dan kemiskinan.
Ahhh...anak2 ku setiap hari dipeluk, dicium dan dibelai walau sudah dewasa.
Dah kenyang semuanya...tapi nampakmacam moyot je.
Nape ya? Serius atau keletihan nak tilam dan bantal.
Perut dah penuh...Oppppss....terawih dulu bang!!!
berseri dalam pelangi orenge...
CDM Inda...nampak susut badannya.
Diet, puasa, garam buluh atau PB?
Cantik dah...kena maintain je.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri....
Tahun depan dua kali ganda datangnya CDM ATM.
Insyaallah. Tahun depan tahun untuk kita.
Kerja kerasnya mulai sekarang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.