Friday, August 3, 2012

Anak Dan Ibu

Amboii...sportingnya Hjh Dara.

Hubungan anak dan ibu
Hubungan ibu dan anak
Begitu serasi, begitu istimewa
Walau anak sudah dewasa
Walau ibu sudah lanjut usia

Inilah yg nak dikongsikan dgn anda.
Ceritera CDM Hanim dan ibunya Hjh Dara
Sepanjang percutian ke Guangzhou Julai lalu.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Doa ibu membawa bahagia.
Anak berjaya hasil usahanya
Tetapi doa ibu ada membawa berkatnya.
Entah kali ke berapa, CDM Hanim sering kali membawa ibunya turut serta dalam
trip pelancongan bersama akademi ini.
Ada kala, ayahnya juga dibawa bersama.
Kali ini hanya ibunya.
Ayah tak dapat bersama, kerana menemankan cucu2nya.
Mengembirakan ibu ketika mereka masih ada.
Berbakti padanya setiap masa.
Lihatlah gelagat mereka, sentiasa mencuri perhatianku.

Layanan terbaik pada ibunya diberikan.
Malahan diberi keutamaan.
Walau di mana jua.
Agar ibu gembira, agar ibu bahagia.
Di saat usia emasnya.
Sebelum mereka menutup mata.
Shopping sakan Hjh Dara.
Banyak gak dibawa wang untuk melayan impiannya.
beli langsir baru untuk raya,beli hiasan rumah.
Juga barang2 permainan kesukaan untuk cucu2nya.
Maka Hanim dan Hanumlah yg melayan kemahuan ibu sepanjang di Guangzhou baru2 ini.
Membelek harga, memilih produknya, membayar ataupun mengeleknya.
Berbeg2, berplastik pun tak apa, asal ibu gembira.
Bertuahlah ibu.
Bertuah juga si anak, kerana pasti hidup lebih berjaya.

Hjh Dara masih kuat,walau berjalan jauh tetapi tidak sekali pernah mengeluh kepenatan.
Apa lagi Hanim sentiasa ada di sisinya.
Begitu juga trip yg pernah diikutinya sebelum ini ke Korea, Beijing, umrah, Paris, Switzerland, Tokyo dan lain2.
Kebajikan dan kegembiraan hati ibu melebihi segala2nya.
Dua beranak yg sentiasa ceria.
Baju pun sedondong sepanjang masa.
Ikut selera rombongan.
Agar tak lari dr kehendak kumpulan.
Meski sudah berusia, tetapi Hjh Dara masih boleh bergaul mesra dgn yg muda2.

Bagus.
Pasti ibu akan lebih mendoakan anak2 yg berbuat baik padanya.
Makin meletuplah business anak2.
Semakin berkembang biaklah kejayaan anak2.
Layak pula melancong ke seluruh dunia.
Ibu pasti di bawa juga.
LOPA jangan dilupakan, pasti Hjh Dara akan tetap bersama kita.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.