Thursday, August 16, 2012

Bonus Raya Bersama ATM

Fullamak handsome la...berbaju melayu, bersampin siap bersongkok.
CDM Jai dan CDM Dzul pada Bonus Night bertemakan raya
pada Selasa lalu sebelum semua warga ATM beraya.
Seronok, meriah dan sakan. rasa macam dah raya sebab semua pakai baju raya.
Bonus Night merupakan aktiviti bulanan selepas warga ATM dapat bonus.
sedang elok, Selasa lalu adalah penutup untuk warga Taipan sebelum bercuti raya Aidil Fitri.
Syukur, ramai yang hadir dgn pelbagai kemeriahan raya.

Jam tangan Roscani bernilai RM600 untuk SM bulan pertama.
Cantik la jam2 ni, boleh pakai buat raya.
Alhamdulillah sepakat membawa berkat.
CDM2 ATM sepakat membawa duit raya untuk diagih2kan kepada warga ATM yang hadir pada Bonus Night
Selasa lepas.
Hampir semua orang dapat duit raya.
Jika tak dapat pun, mungkin 4 atau 5 orang sahaja.
CDM2 pun dapat gak.
best...semua senyum.
Ada dapat sikit, ada dapat banyak. rezeki kita berbeza2.
Bergambar sebelum balik beraya di kampung.
bisness tetap berjalan rancak.
Hampir dekat dengan raya, nampaknya business semakin kencang.
Masih ramai yg nak fitting PB.
Masih ramai yg nak tau tentang ATM.
Masih ramai yang nak join ATM.
Masih ada yg sibuk urus dana.
Masih ada yang masih sibuk urus dokumen.
Masih sibuk g ambik barang kat stokis.
Masih sibuk dgn G10 dan G15.
Syukur alhamdulillah...semua sibuk.

Malahan ada yg masih belum buat persiapan raya untuk anak2 dan keluarga kerana kesibukan berniaga.
Masih ada yang tak peduli dengan baju raya dan kuih raya kerana sibuk dan penuh dengan
demo di sana sini.

DSM Faizal...macam menyanyi lak gayanya waktu sharing.
Lagu raya ke bang?
Go go go LOPA berkumandang pada bonus night ATM.
Walau raya, LOPA tetap dalam genggaman.
Walaupun cuti raya, matlamat tetap di ingatan.
Musim raya tetap berniaga.
Inilah peluang nak berkongsi dengan sahabat taulan dan sanak saudara ketika di kampung.
Hulurkan busienss card, flyers, tunjukkan bukti2 wang bonus dan gambar2 kejayaan ATM.
Buka mulut dan berkongsilah dengan sesiapa saja.
Sambil menyelam sambil minum air.
Mana tau, network menjadi2 selepas raya nanti.
sebab semua orang nak cari duit yg dah habis di musim raya.
Meriah dengan suasana raya.
Kebaya, baju kurung, maxi, jubah...wow.
Siap bersampin dan bersongkok lengkap berbaju Melayu.
handsome abang2 kita ni.
Orang baru, prospek baru pun berbaju Melayu.
Tahniah Azli, dapat duit raya lak malam tu.
rezeki jangan ditolak.
Yang dapat bonus dan jam tangan...tahniah.
Sebahagian lagi yang mendapat hadiah jam tangan dan bonus.
Dapat lak duit raya...amboi seronok sakan di ATM.
Tahniah, bulan ni naik SSM pulak.
Yang dah SSM mesti target untuk naik DSM dan tabung kereta.
Tahniah SM Jef...waah dapat duit raya la.
Berapa rezeki...seronok ya sebab dah lama tak dapat duit raya.
Tiba2 kat ATM, dapat duit raya.
Dapat bonus lagi, jam tangan pun dapat.
Banyak atau sikit tetap dapat...rezeki. sebab sampulnya anda pilih sendiri.
Ada dapat RM3, ada dapat RM5, RM10, RM15, RM20, ada dapat RM30, RM50 dan RM100.
rezeki kita tak sama, yg penting tetap dapat.
bersyukurlah.
Sorry tak ingat nama....orang baru ni.
Tetap dapat duit raya.
Wah DDM Nizam...sampul hijau ada RM20 la.
Tahniah SSM Melin...dapat gak.
Sikit laa...RM3.00 tapi tetap duit raya.
Tahniah Syed Jonid.....duit raya yeaayyyy.
SSM Siti Hazira Wati dapat duit raya gak.
Bonus pun dapat, dua bulan join ATM terus naik SSM.
Bulan ni mesti fight DSM dan LOPA.
Tuahnya CDM Haryati dapat RM100. Seronoknya.
gembira sakan la dia!!!!
Tengok....hampir semua dapat duit raya.
Tahniah semua.
seronok join ATM ni.
Tahniah semua cikgu dan mentor yang menyediakan semua ni.
Makan jamuan raya sebelum bersurai.
snap snap snap sambil menjamu selera.
jamuan ringkas tetapi mampu mengeratkan hubungan mesra warga ATM pada
Bonus Night.
CDM Siti Rozana...bila balik raya Sg Besar.
Nanti kita beraya sama2 ya kat denai Alam.
Duduk bersila menikmati juadah yg ada.
CDM Jai,CDM Dzul bersama DDM Nizam dan DSM Syed Jonid.
Sedapnya....
Kak Engku Mansor bersama prospeknya Farah.
Sembang2...nak pulun di musim raya.
CDM Roshila dan SSM Nora Ruzee.
Ligat berniaga.
Ligan di mana2.
Perang PB.
Masuk kampung keluar kampung.
Masuk negeri ke satu negeri, semuanya penangan PB.
Wow...rancak berniaga, tak peduli raya.
Tak peduli siang malam atau jauh dekat, pulun betul2 pulan PB.
yang penting masyuuuukkk.
CDM Zaaifrey bersama rakan kongsinya.

Lagu2 raya berkumandang memenuhi suasana TTC pada bonus night selasa lalu.
meriah dan seronok.
Insyaallah...selamat bercuti raya.
selamat pulang ke kampung, bacalah doa perjalanan agar semuanya selamat pulang ke destinasi masing2.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.