Salam, selamat berpuasa. Dah masuk 16 hari kita berada di bulan Ramadan.
Semalam sempat buat dua demo. Satu di Kota Damansara dan satu di Shah Alam. Close tak close lain cerita. Yang penting kita usaha. Kadang2 yang kita demo hari ni, bukan terus masuk hari ni. Di sanalah kita kena follow up. Follow up sangat penting. Bawa prospek ke BOP itu lebih penting.
Apa yang kita share dgn prospek, akan nampak lebih jelas dan terang jika mereka datang BOP. Yang tak mahu menjadi mahu. Yang tak nampak, boleh nampak dgn terang. Yang kata nanti dulu, terus nak buat. Yang tak semangat, boleh jadi bersemangat.
Yalah, suasana meeting. yang meriah. Mereka boleh dengar sendiri. Mereka boleh lihat sendiri. Mereka boleh berjumpa dgn orang2 yang suksess. mereka boleh bercakap dan bersembang dgn CDM2 yang lama dan baru. Mereka boleh lihat anak2 muda yg berjaya. Mereka juga boleh lihat bukti2 kejayaan seperti kereta, video2 yang ditunjukkan dan sebagainya. Mereka juga boleh lihat suasana berniaga di stokis.
Itulah kita kena pakat2 datang BOP. Jadual BOP, kita pakat2 datang. Bukannya pakat2 ke out station. Buat demo masa ada BOP. Gi rumah sedara masa time BOP. Pergi shopping masa tarikh BOP. Pergi makan angin masa ada BOP. Macam mana BOP nak meriah? Macam mana BOP nak hidup. Macam mana BOP nak semangat. Tapi ini business sendiri, terpulanglah.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.