Monday, August 27, 2012

Berjumpa Di Nilai.

Salam, selamat hari raya.
Dijemput dtg ke rumah Ahad 26/8/12 di alamat
175 Jln Jati 13,
Desa Jati Acasia Park, Putra nilai.
Bermula jam 1 ptg.
kehadiran anda mengeratkan ukwah.
INA.

Ringkas mesej daripada CDM Norzarina Ismail.
Jadi semalam, selepas beraya di rumah CDM Roshila terus menuju ke Nilai.
kami singgah solat asar di Petronas Nilai.
Takut terlewat solatnya.

Waktu kami sampai,
CDM Pah pun ada selain DDM Nik Hasni.
Alhamdulillah, seronok berjumpa.
Dah lama tak bersua.
Tak lama selepas tu CDM Kartini sekeluarga pula sampai.
macam2 hidangan dihidangkan.
Ada nasi beriani, ada soto dan meehoon sup.
Emmm sedap boleh tahan.
Ada puding, ada kek buah dan ada kek kukus.
Semua sedap.
Aku rasa semua.


Sambil makan kita bergambar.
Buat kenangan.
Bukan senang nak kumpul semua.
Bukan senang nak beraya bersama2.
Sebelum balik, snap dulu dgn orang hebat Nilai
DDM Nik Hasni.
Insyaallah, katanya nak datang BOP lepas habis musim raya ni.
Nak pulun meniaga semula.
Nak kaya semula.
Nak gerak semula.
Dgn PB katanya.

Akademi Taipan tetap menjadi pilihannya.
Tiada yg lain selain Akademi Taipan.
Aku senyum je.
Kenapa tidak, tiada yg sehebatnya ATM.
Dari dulu sampai bila2.
Tanyalah sesiapa jua.
Tanyalaah orang2 yg dah gi buat benda lainpun.
Tanyalah CDM2 lainpun.
Hai O tetap yg terbaik.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.