Thursday, August 23, 2012

Syahdu

Saat yang syahdu.
Di pagi aidilfitri.
 Mulanya tersenyum, ada kata yg dilafazkan tetapi seketika
kemudian suasana bertukar pilu.
Kata2 keluar bagai terketar2...dari jiwa, dari lubuk hati dan sanubari.
Kemudian tak terungkap lagi, kami terdiam dan mula menitiskan air mata.
Inilah suasana ketika bersalaman dan bermaaf2an kami sekeluarga di pagi
aidilfitri yg baru lalu.

Meski hampir setiap hari kami bersalam selepas solat berjemaah.
Meski hampir setiap hari memohon kemaafan dari suami,
tapi di pagi aidilfitri ini,
suasana nyata berbeza.
Perasaan sebak memenuhi dada.


Aku kelu, Dzul juga terkedu.
Hanya mata memandang antara satu sama lain.
Mata kami bersatu sebagaimana bersatunya hati dan perasaan kami.
Masing2 mengerti dan memahami.
Begitulah selalunya.
Memohon ampun suami isteri,
dan anak2 memang sungguh syahdu sekali.
Hening dan pilu.
Dan tiada ungkapan lagi.
Kecuali pelukan kasih yang mampu meleraikan
rasa yang bersarang di jiwa dan hati kami.
Berderailah air2 jernih.....baju masing2 basah dgn linangan air suci.
Moga hati kami benar2 bersih dan tulus menyemai dan
mengikatkan cinta ranum kami berdua.
Lama kami berpelukan, sehingga rasa tenang baru dilepaskan.

Anak2 memerhati adegan ini setiap tahun.
Dari mereka kecil sehingga mereka dewasa.
Biar mereka tahu, dari kasih sayang inilah mereka lahir.

22 tahun hidup bersama, 22 kali menyambut aidilfitri yang mulia.
Pasti banyak silap dan salah, pasti banyak yg mengguris rasa.
Pasti banyak yg terluka, meskipun telah dipadamkan setiap hari
demi membajai cinta suci.
Telah kami  lafazkan bersama,
bahawa setiap yang terluka atau ada yg tidak kena,
kami tak akan ungkit kembali.
Masing2 akan bersedia memaaf dan melupakan seberapa segera.
Tidak berlarutan sama sekali.

Sebab tu kami jarang bergaduh, apa lagi bertengkar suara.
Jauh sekali daripada berperang sehingga melayang pinggan mangkuk.
Selalunya andai ada yg tidak kena, atau selisih faham,
kami masing2 akan berdiam diri,
 kemudian bersalaman serta memohon maaf
setiap kali selepas  solat berjemaah.
Waktu itu baru ada penjelasan supaya silap faham
akan terungkai.
Demi menjadi pasangan yg saling bahagia
dan membahagiakan.
Demi menjadi keluarga yg mampu dicontohi oleh anak2 nanti.

Raya kali ini sedikit berbeza.
Syahdu sebagai anak perantau.
Kali ini lebih terasa kerana kali pertama beraya di  sini.
Tanpa ibu/mertua dan adik beradik yg lain sebagaimana biasa.
Hanya kami enam beranak.
Wajah bonda datang menerpa. Aku tak dapat memeluk dan bersalam
dengannya sebagaimana biasa.
Pusara aruah ayahanda bermain di mata.
Wajah abang2 dan adik beradik seramai 11 orang
datang bertandang satu persatu...sungguh sayu.
Wajah dan suasana beraya di kampung bergilir bermain di mindaku.
Giliran anak2 pula meluah rasa, mengucap selamat dan memohon ampun.
Bermula dgn Aimi.

"Mama, selamat hari raya aidilfitri. Aimi mohon ampun atas segala silap dan dosa.
Bersikap kasar atau buruk pada mama yang melukakan hati mama.
Mama doakan untuk Aimi agar berjaya dalam hidup ya.
Aimi berjanji untuk menjadi anak yg baik, kakak yg baik dan hamba Allah yg baik"
Mama doakan ya"

Yaa...sukar diluahkan. Pipiku basah.
Baju dan tudungku juga basah.
Makin laju ia keluar apabila semakin panjang Aimi berkata2.
Siapakah kita yg tidak pernah berbuat silap?
Ibu mana yg tak memaafkan anaknya.
Ibu mana yg tidak berbangga dgn anak2nya.
Ibu mana yg tidak mendokan kejayaan anak2nya.

Irah pun sama.
Sebagai anak ketiga dan paling manja dgn abahnya,
Suaranya menusuk ke dalam kalbu. Sedikit sayu.
Satu persatu diungkapnya, bagai ayat2 yg disusun lebih awal.
Kemudian kedengarannya semakin mendayu2 dan syahdu.
Merayu dan memohon keampunan daripada abah.

Memang tak tahan, aku tengok abah juga menitiskan air jernih.
Lembut hati lelaki mendengar anak meratap dan merayu sebegitu.
Irah dipeluk seeratnya.
Lebih erat daripada biasa.


Nor Amalin Aisyah...paling cepat nak siapnya.
Kata2nya ringkas dan padat.
Tak ada pula mendayu2.
Dan dia tak mau menitiskan air mata.
Tetapi tetap memeluk mama dan abahnya seerat2nya
setelah mengucapkan ucap selamatnya.
Kemudian terus menerpa Kak Aimi pula.

Mungkin Aisyah masih muda, perjalanan hidupnya baru 10 tahun.
Tentu berbeza dengan Aimi (21 tahun) atau Adib (18 tahun) dan Syahirah 14 tahun.
Mohd Adib, anak kedua. Anak lelaki tunggal.
Panjang tuturnya, jelas yang dititipkan ke telinga kami....ucapan selamat hari raya, memohon ampun atas dosa,
meminta doakan untuknya.
Malahan dia juga memberi nasihat dan pesanan untuk mama dan abahnya.

Macam2 yang dipesannya....
"Abah jaga mama baik2 ya."
"Abah juga kena jaga anak2 perempuan abah sebab abah ketua keluarga."
"Banyakkan bergantung pada Allah, jangan berharap pada manusia"
"Selalulah mengaji alQuran, setiap hari mesti baca ya abah".
Dan macam2 lagi yang dipesannya..




Adib memeluk ku erat.
Lama dia berbuat demikian, seolah2 tidak mahu dilepaskannya.
Terasa sangat. Sebagai ibu, apa lagi yang mampu aku luahkan,
tiada kata2 yang mampu aku bicarakan, kecuali mengangguknya sahaja.
Mengiyakan di dalam hati.
Hanya air mata membasahi pipi.
Pelbagai titipan pesanan Adib bisikkan ke telingaku.
Paling aku tersentuh...katanya...

'Mama mesti banyak doakan anak2 mama, kerana doa mama tiada hijabnya
apa lagi mama seorang ibu yang sangat baik.
Doakan kakak, Adib, Irah dan Aisyah ya mama".

ooooo.......sayu sekali hati kecilku. Tak tahan.
Masyaaallah...terima kasih Adib kerana mengingatkan mama selalu.

Adib, satu2nya anak bujang kami.
Jauh lak berada di Cairo sejak 2009.
Dah hampir 4 tahun di sana.
Kami hanya berpeluang berjumpa setahun sekali.
Setiap kali raya, Adib pulang beraya bersama kami.
Kali ni percutiannya hanya 13 hari. Terlalu singkat.
Belum jemu bercerita, belum puas bersama.
Adib terpaksa aku lepaskan. Semalam dia bertolak ke Cairo.
Exam menantinya 24 Ogos ini.
Aku doakan Adib setiap saat, setiap masa dan ketika.
Setiap kali dalam sujudku, selepas solatku atau di mana jua.
Kemudian Aisyah dan Irah pula mengambil giliran bersalaman dengan abang.
Ada sedikit gelak, entah apa yg dilucukannya.
Hilang sedikit perasaan syahdu melihat gelagak mereka bersalaman raya.
Dan kami bergambar bersama2 selepas selesai
sesi bersalam dan bermaaf2an.

Khusus untuk tatapan keluarga di Kelantan.
Gambar rasmi dari Tokyo Foto akan siap dua minggu lagi.

Aidilfitri tetap meriah bagi kami sekeluarga.
Meski beraya di Kinrara, jauh daripada bonda dan adik beradik, tak sempat pula menziarahi pusara
aruah ayahanda, tetapi ia tetap bermakna dengan
kehadiran orang2 tersayang.
Siapa lagi jika bukan suami dan anak2.
Pagi2 kami ke masjid Bandar Kinrara untuk bersolat sunat aidilfitri.


Alhamdulillah, sahabat2 di sini juga turut berkunjung ke rumah kami.
Tidaklah terasa sunyi sangat.
TQ kepada Pn Rohana dan En Zainal sekeluarga besarnya.
TQ Kepada CDM Roshila dan CDM Zaifrey sekeluarga.
TQ kepada CDM Kuyah sekeluarga.
TQ Kepada CDM Jai dan CDM Yati sekeluarga.
TQ kepada DSM Ana dan Zul sekeluarga kerana sudi menjadi tetamu kami.
Juga Shafiq dan Farah, anak abang sulungku.

Petang pula kami ke Kg Kuala Kepis
Kuala Pilah untuk menziarahi kaum keluarga Dzul di sana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.