Monday, December 20, 2010

Bermain Dengan Tuah


          Salam bahagia, harapan aku agar semua pembaca juga berbahagia. Aku tersedar, rupa2nya Tuah mempunyai ramai peminat. Sejak cerita Tuah aku paparkan di ruangan ini, Tuah makin dikenali. Ramai rakan kongsiku asyik bertanya tentang Tuah. Ada yang sms, ada juga yang menelefon. Ada yang geram pada si Tuah. Malahan ada juga yang meminta Tuah diberikan pada mereka.

          Alamak! maaflah. Jika nak datang tengok boleh. Nak minta tu tidaklah kami akan memberikannya. Dia sudah menjadi kesayangan seluruh keluarga. Dia sebahagian keluarga kami. Anak2ku tidak mungkin bergembira tanpa Tuah di sisi.

          Kali ini kisah si Tuah yang mahu bermain dengan Dzul dan anak2ku. Selalunya pada sebelah pagi, Tuah akan Dzul bawa keluar sebaik kami kembali dari masjid. Dia akan mengiow2 merayu dibawa keluar dari sangkarnya sebaik Tuah melihat Dzul. Dihulurnya tangan, Dzul akan menyambut tangannya. Tangan Dzul akan ditarik, tanda mahu dibawa keluar.

       
Tengok bulu badan Tuah, lebat dan sangat cantik.
Waktu pagi Tuah akan bermain dengan Aisyah atau Irah. Mereka suka melayan Tuah bermain. Main ciku ciku cak, main tarik2 tali, main bola2 guli, dan main reben2.
Terkekeh2 ketawa bila mereka melihat gelagat Tuah.


Irah dan Aisyah juga bermain lampu kelip2 dengan Tuah.
Tapi Tuah tak begitu suka dengan lampu ini.
Mungkin dia merasa silau.
Kadang2 Aisyah suka memaksa Tuah bermain dengannya walaupun Tuah tidak mahu.
Ini boleh menyebabkan Tuah marah!
Dia akan mencakar hingga boleh melukakan.
Bila dah kena sekali, Aisyah dan Irah akan lebih berhati2.

Ada waktu, Tuah tidur dengan gaya sebegini. Mengikut pakar kucing, jika  kucing yang merasa aman, bahagia dan selamat maka dia akan tidur dengan gaya di atas.
Kucing tidak akan tidur dengan gaya sedemikian sekiranya dia merasakan di sekelilingnya terdapat musuh, merasa adanya ancaman atau tidak selamat baginya.
Oh begitu rupanya!
Bermakna Tuah merasa dia bahagia, aman 
dan selamat di rumah ini.
Sebab itu dia boleh tidur dengan gaya yang cukap santai dan rileks.
Aisyah suka mengacau Tuah.
Dia tidak mahu Tuah tidur terlalu lama.
Dikejutkannya Tuah agar bangun dan bermain dengannya.
Dzul dan Irah pun sama.
"Eh eh! apa la dia orang ni kacau aku nak tidur lama sikit pun tak boleh"
Begitu agaknya keluhan si Tuah setiap kali tidurnya diganggu. Kakak2nya mahu ajak Tuah bermain.


Gelagat si Tuah ketika bermain dengan Dzul, Irah dan Aisyah.
Badannya dipusing2 ke kiri dan ke kanan mengikut arah kita berada.
Jika kita dikiri, dia akan ke kiri.
Jika kita di kanan, badannya dipusing ke kanan.
Lihat...selambak besarnya.

"Mak ooiiii....kucing apa ni? Besarnya!"
"Eh! tak pernah tengok kucing sebesar ini"
"Heee...takutnya kucing besar macam anak harimau"
Itu antara beberapa dialog tetamu yang datang ke rumah bila melihat saiz Tuah.
Tengok gaya seksinya....amboiii
Berjam2 melayan Tuah bermain, bersenda gurau
dengan Tuah, melayan makan minumnya dan
apa sahaja bersama Tuah sudah menjadi kelaziman Dzul dan anak2ku.
Inilah sebahagian rutin mereka setiap hari.

Tak pernah jemu, tak pernah bosan.
Gelagat Tuah menghiburkan hati sekeluarga.

Terima kasih kepada CDM Khazir kerana menghadiahkan Tuah kepada kami.
Dia penghibur hati.

Dan entah ya entah tidak...sejak Tuah menjadi ahli keluarga ini, rumah kami setiap hari dikunjungi tetamu.
Ada je yang sampai, ada yang jauh ada yang dekat....kawan2, saudara mara, kenalan, jiran, orang minta derma, dan tentunya rakan kongsi.
Ketika aku menulis coretan ini, ada sepasang suami isteri  yang baru sampai ke rumah, padahal jarang sampai sebelum ini. bermalam di sini lagi. Semalam juga penuh rumah, Tetamu sampai dari Kulim dan Kelantan.

Rezeki makin murah kerana mengasihi si Tuah!!!
Dzul rela berbaring di lantai bermain dengan Tuah.
Berjam2 pun dia tunggu selagi Tuah belum jemu!!!
Ada kala masuk ke bawah katil atau menyusup bawah meja kerana melayan bermain dengan si Tuah.
Memanjat siling rumah juga kerana memujuk Tuah.
Naik atap rumah demi menyelamatkan Tuah.

Kadang kala aku menggeleng2 kepala melihat suami dan anak2 sampai sebegitu rupa, sanggup dan rela berbuat apa saja semata2 kerana Tuah.
Tetapi aku beransur2 memahami keadaan itu.
Dalam hatiku berkata
"Biar jelah asalkan mereka gembira".

Salam bahagia, berjumpa lagi.

2 comments:

  1. gemoknya kucing ni kak dah?jenis pe ni?

    ReplyDelete
  2. Speciesnya hampir pupus...dari Sarawak. Ada nama khususnya tetapi lupa lak waktu Dr bagi tahu hari tu. Ya beratnay 8.5kg

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.