Aktiviti Akademi Taipan 181 sentiasa penuh.
Program di sana sini sentiasa hangat.
Orang sentiasa ramai yang datang.
Orang lama yang berehat lama muncul kembali.
Apa nak buat lagi selain bisnes ini?
Syarikat yang kukuh, kumpulan yang hebat, strategi yang sangat berkesan dan terbukti, produk terbaik, mentor2 yang sentiasa memberi bimbingan, motivasi, tiada agenda tersembunyi, ikhlas dalam menjayakan semua alumninya, bukti kejayaan yang sangat banyak. Kat mana lagi nak cari bisnes seperti ini?
Hari ini11 Disember bermula program NDS. Yang pertama di Ayer Keroh Melaka. Ramai peserta dengarnya hampir 100 orang yang datang dari KL, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
Aku turut juga diberi tugas untuk menyampaikan slot terakhir.
Itulah yang mampu ku berikan untuk akademi ini. Nak buat yang lain, aku tak reti. Nak suruh bercakap bolehlah sikit2. Itupun aku risau jika orang jemu dah mendengarnya!!! Biarlah aku berhenti sebelum orang tak mahu mendengarnya lagi. Ramai lagi bakat2 baru yang semakin bergemerlapan bintangnya di dalam akademi ini.
Pagi Ahad aku akan terbang ke Kubhing Sarawak untuk bersama CDM2 di sana mengendalikan program di sana. Dah lama tak turun Sarawak.
Turut bersama ialah CDM Roshila, CDM Zaifrey, CDM Asiah, CDM Abdullah Sandi dan CDM Siti Rahmah. Malam tu terus balik ke KL. Walaupun hanya datang seketika cuma, aku harap kedatangan ku memberikan sedikit input baru untuk memberikan semangat dan momentum baru kepada warga Akademi Taipan di sana. Insyaallah. Tentulah fokushabis kepada Trip ke Hong Kong.
Pagi Isnin pula aku ada satu demo di Bandar Kota Damansara jam 11 pagi. Harap tak cancel.
Lepas berjumpa Nurul dan Munira di sana, aku akan terus bertolak ke utara untuk mengadakan slot pengukuhan dengan warga AT 181 di utara.
Boleh datang siapa yang berkesempatan.
Hanya berkongsi ilmu dan pengalaman je.
Itulah yang seronoknya buat meniaga ni.
Boleh berkongsi dengan sesiapa saja.
Kita boleh meniru kejayaan dan kehebatan orang lain,
dan orangpun boleh meniru kejayaan kita kalaupun ada. Bestkan!!!
Tak ada perasaan cemburu atau iri hati sesama sendiri. Semuanya seia dan sekata. Tolong menolong, bantu membantu dan saling bekerjasama menjadikan silaturrahim sebagai tunjang kekuatan yang amat indah di kalangan warga kumpulan ini. |
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.