Thursday, December 2, 2010

MISSION STATEMENT & CHARACTER BUILDING KL 14



ESQ Traning, sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang berintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spritual telah menjadi  sebuah fenomena baru di Malaysia. ESQ  merupakan model pembinaan karakter yang di adun berdasarkan ilmu pengurusan moden, sains dan psikologi dari Timur yang diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian.


Model ESQ 165 mencakupi kekuatan intelek(IQ), kekuatan emosi (EQ) dan kekuatan spritual (SQ) dengan menfokuskan kepada tujuh nilai dasar utama iaitu
Jujur
Tanggungjawab
Wawasan
Disiplin
Kerjasama
Adil
Prihatin

Nilai-nilai luhur ini mesti diterapkan dalam pengurusan sesebuah organisasi. ESQ 165 ialah sebuah latihan yang menerapkan teknologi multimedia yang amat canggih, animasi dan sistem bunyi yang bertaraf konsert antarabangsa. Sejak empat tahun yang lalu, ESQ telah melatih seramai lebih 26 000 orang pekerja, individu dan orang perseorangan di Malaysia.

Alhamdulillah, aku juga berpeluang mengikuti program hebat ini setelah diperkenalkan oleh CDM Kartini dan CDM Kamaruddin. Aku mengikuti ESQ Executive Basic untuk Angkatan ke 18 pada awal 2008 yang lalu. Kemudian sering saja aku akan 'recharge' ESQ 165 dalam beberapa traning yang lain.



Bukan aku dan Dzul sahaja yang bersama ESQ ini, anak2ku juga turut jatuh cinta dengan segala program ESQ. Aimi telah pun menghadiri ESQ Mahasiswa dan Irah pula telahpun menghadiri ESQ Teens. Begitu juga dengan Adib dan Aisyah. Kami juga sering membawa mereka 'recharge' jika ada program2 selanjutnya. Syukurlah, anak2 menjadi lebih berakhlak mulia, mencintai Al Quran, menyukai solat berjemaah, memahami tujuan hidup walaupun mereka masih muda. Keluarga kami menjadi lebih bahagia sejak mengikuti ESQ traning.


Setelah menghadiri beberapa kali ESQ Executive Basic, aku melangkah pula ke ESQ Parenting yang dikendalikan oleh Dr. Ary sendiri, yang pertama kali diadakan di Malaysia pada 10 Oktober yang lalu di SACC Shah Alam.
Masyaallah, aku bersyukur terpilih di kalangan hambaNya yang terpilih. Tiada yang terlewat walaupun usiaku sudah pertengahan empat puluhan.


ESQ Parenting memungkinkan kita mencari ilmu dan bekalan secukupnya umtuk menjadi ibu bapa yang terbaik. Ia telah membawaku dan peserta2 lain mengharungi sebuah pengalaman emosi dan spritual yang begitu menyentuh jiwa ibu bapa terhadap anak2. Traning ini sangat penting sekali bukan hanya kepada yang telah mempunyai anak, tetapi ia juga penting kepada yang belum mempunyai anak, bakal ibu bapa, bakal pengantin malahan ia juga amat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang amat luar biasa.


Setelah menghadiri ESQ Parenting, baru aku tersedar kesilapan yang sedemikian banyak sejak aku mula mengandung hingga anak2 sudah dewasa kini. Kami tersedar setelah melalui traning ini, bahawa begitu banyaknya hak anak2 yang kami nafikan selama ini. Ia juga menyedarkan aku dan suami, betapa bertuah dan beruntungnya kerana Allah SWT memberi pinjam rahim yang cukup sihat untuk membolehkan aku mengandungkan seorang bayi sehingga melahirkan  empat orang khalifah pilihan Allah SWT. Kami juga bersyukur kerana perkahwinan dan rumahtangga kami dipilih olehNya untuk membesar dan mendidik khalifah Allah SWT.
Apapun aku  bersyukur, aku masih boleh menerapkannya untuk keluarga, anak2 dan bakal tamadun yang terdidik dari generasi anak cucuku nanti. ESQ Parenting Angkatan kedua akan diadakan lagi pada 25 Disember ini di Flamingo Hotel Ampang. Bayarannya RM640 seorang. Aku dan suami sebagai alumni pasti akan hadir lagi. Memang tak jemu menghadirinya. Kami jatuh cinta dengan semua program ESQ 165.

Syukurlah pada ALLAH SWT. Kami terpilih lagi menghadiri ESQ Mission Statement & Character Building (MCB) di SACC Shah Alam pada 27-28 Nov yang baru lalu.  Setelah hampir mencecah usia 45 tahun, baru aku tersedar tentang visi, misi dan nilai hidup yang benar sebagaimana yang menjadi tuntutan Al Quran. Astaghfirullah.

Ramai juga yang menyatakan bayaran untuk program2 ESQ agak mahal tetapi bagi aku dan suami, nilai yang kami perolehi melalui ESQ 165 tidak ternilai tingginya.



Sebagai seorang motivator yang sering dijemput berceramah di sana sini di dalam AT 181,  aku memerlukan lebih banyak input daripada apa yang mampu ku berikan untuk orang lain. Rasanya begitu terpaku...Pencarianku terjawab selepas aku mengikuti pelbagai peringkat bersama ESQ traning.


Selama ini aku telah menghadiri pelbagai program, traning, motivasi, kem ibadah, bina insan dan seminar. tetapi sesungguhnya luar  biasa. Sukar untuk diungkap dengan kata2 kecuali "Anda wajib melaluinya sendiri bersama ESQ". Datanglah.


Malahan aku berani umpamakan, kehadiranku untuk beberapa kali traning ESQ sehingga ke level ESQ MCB seumpama membuka selaput mata yang menghalang mata hatiku selama ini. Aku dapat mengenali diriku yang sebenar. Betapa indahnya makna hidup dan kehidupan yang selama ini terpadam dek selaput yang menutup mata hatiku sekian lama. Aku dan suami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana melalui ESQ 165, aku menyedari betapa kerdilnya diri, betapa Agungnya Allah dan betapa indahnya hidup melalui nilai ihsan, iman dan  Islam apabila ia dijadikan keyakinan di dalam hidup ini.


Insyaallah, kami sedang merancang untuk terus melanjutkan traning ESQ kepada level yang lebih tinggi iaitu ESQ Self Control & Collaboration atau E=SC di Jakarta pada 17-20 Disember nanti.Untuk  peringkat tertinggi ESQ menyediakan modul ESQ Total Action untuk mewujudkan sebuah idea dan nilai yang diperlukan untuk kehidupan nyata. Pasti aku dan Dzul akan melengkapkan semua pengisiannya.
Pelbagai keseronokan sepanjang
ESQ MCB pada 27-28 Nov lalu. Lihatlah gambar2 yang kami sertakan bersama di sini.

Aku benar2 jatuh cinta dengan ESQ 165. Hidup ini penuh dengan kerahmatan. Aku ingin berkongsi khabar gembira sepanjang traning ini. Dan aku ingin menyeru seluruh warga Akademi Taipan 181, walau di mana jua anda berada untuk sama2 menyelami penerokaan jiwa dan kembara spiritual dalam seminar ESQ Leadership yang penuh asyik, menginsafkan dan menakjubkan ini. Subhanallah
Seronok, gembira,  teruja, insaf dan menakjubkan...perasaan yang bercampur baur sepanjang program ESQ MCB Leadership. Saksikan gambar2 yang ku rakamkan di ruangan coretan ini.
Pelbagai 'games' yang menguji ketahanan, kebijaksanaan dan penghayatan serta penerapan nilai murni yang digunakan untuk memahami erti sebenar hidup dan kehidupan.
Begitu banyak pengalaman yang dirasakan melalui kembara ilmu di dalam pelbagai traning ESQ yang aku jalani. Tak mampu untuk aku mengungkapkan semuanya di ruangan yang terhad ini. Yang pasti setiap yang hadir, walaupun bukan Muslim sekalipun pasti akan merasakan sesuatu yang penuh bermakna dalam diri.


Anda semua harus merasainya. Anda semua wajib melalui pengalaman indah yang sungguh luar biasa, signifikan dan bermakna ini. Aku sekali lagi bersyukur, kami sekeluarga diberi kesempatan untuk melihat dan menghayati keagungan Maha Pencipta. Anda semua akan merasai satukekuatan baru di dalam hati, jiwa dan minda anda setelah bersama ESQ 165. Insyaallah. Salam kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.