Thursday, December 23, 2010

Khabar Dari Cairo

Mohd Adib Bin Dzulfauzilah
Ketika kami melawatnya di Cairo pada Mac 2010 yang lalu.

Assalamualaikum, Salam rindu,salam sayang dan salam peluk cium untuk mama dan abah.
Juga tak lupa untuk kakah, Irah dan Aisyah. Kak Hom dan Tuah sihat ke? Moga semuanya dalam keadaan sejahtera.

Adib di Cairo sihat2 saja.
Sekarang musim sejuk. Cuaca di sini sekitar 7 celcius hingga 11 celcius. Memang sangat sejuk. Berbaju tebal sepanjang masa. Nak keluar pun hanya jika perlu sahaja. Nak mandi pun hanya dua hari sekali.

Untuk pengetahuan mama dan abah, Ustaz Yusof ada di sini. Dia tiba dari KL tiga hari lalu. Datangnya bersendirian melawat kami di Al Furqaan. Tiga minggu lalu mak dan ayah Farhan ada datang melawat Farhan. Mereka membawa pelbagai bekalan makanan seperti rempah kari, sos tomato, sos cili, serai,halia, kunyit dan makanan kering. Bila mama dan abah nak datang sini lagi? Rindunya...

Alhamdulillah Adib belajar macam biasa.
Jadual belajar penuh dan semakin berat. Mama dan abah doakan Adib agar dapat belajar dengan baik. Walaupun Adib belajar sampai 18 subjek untuk tahun ini, tetapi insyaalah Adib masih lagi mampu mengikuti semuanya dengan baik. Adib sentiasa ingat pesan mama dan abah bahawa kehadiran Adib ke Cairo adalah untuk mencari ilmu.

Adib juga merasa begitu bersyukur kerana dalam usia yang muda berpeluang belajar dengan ulama2 tersohor di maktab Bu'uth di sini.
Jika lulus semuanya, tahun depan Adib akan terus masuk Al Jameah untuk terus masuk Universiti Al Azhar.
Betapa Adib juga merasa bertuah kerana mama dan abah begitu memahami cita2 dan hasrat Adib sehingga sanggup pula berkorban segalanya demi cita2 Adib.
Adib berjanji akan belajar dengan bersungguh2, tekun dan gigih.

Adib juga sentiasa ingat pesan mama supaya sentiasa menjaga akhlak dan tingkahlaku, menjaga solat supaya sentiasa berjemaah dan rajin mengaji.
Insyaallah mama dan abah janganlah risau, segala susah payah mama dan abah tidak akan Adib sia2kan.

Hafazan Al Quran memang dibuat setiap hari. Alhamdulillah, Adib sudah hafaz hampir 11 juzuk.
Adib berazam untuk menghabiskan hafazan dalam tempoh yang lebih cepat. Banyak yang kena jaga. Bukan senang mama. Tapi mama doakan Adib ya.
Adib tahu doa ibu adalah yang paling mustajab sekali.
Doa ibu yang paling dahsyat sekali. Mama juga mesti sentiasa doakan untuk kakak, irah dan Aisyah bersama2. Setiap kali mama bersujud dan menadah tangan pada Ilahi, mama mesti sebut satu persatu nama anak2 mama ya.
Tanpa doa restu mama, tidak mungkin kami akan berjaya. Doakan ya mama!!!

Mama dan abah, Adib sebenarnya sangat rindukan semua keluarga kita. Walaupun di sini ramai kawan dan ustaz2 yang baik serta sentiasa mengambil berat tentang kebajikan kami di Furqaan, tetapi Adib sentiasa rindukan belaian lembut mama. Adib juga rindukan masakan sedap mama terutama nasi lemak dan  ikan masak kicap kesukaan Adib. Lambatnya nak bercuti lagi. Tak sabar rasanya.

Irah bagi tahu minggu depan nak holiday ke Singapore. Betul ke? Bestnya. Tentu seronok kalau Adib ada bersama. Tapi tak apalah, nak buat macam mana. semoga Irah dan Aisyah happy nanti.

Mama dan abah, insyaallah ada masa Adib akan emeil lagi dengan mama. Adib guna internet kat asrama je bukan pergi ke cc. Itupun dengan syarat yang ketat dari Ustaz Firdaus. Mama rajin2lah emeil pada Adib pula ya.
Adib tahu mama dan abah sibuk dengan bisness taipan mama.Adib pun nak pesan juga kat mama dan abah, supaya segerakan solat dulu sebelum gi meeting atau gi demo. Sebaiknya pula tentulah solat berjemaah.
Orang yang menjaga solatnya pasti akan lebih berjaya dan bahagia hidupnya. Jangan lupa pula supaya rajin membaca Al Quran. Eh eh! Adib pula yang nasihatkan mama.
Tak pa tak pa, berpesan2 itu tuntutan yang baik kan mama.

Oklah mama. Insyaallah kita jumpa lagi. Irah dengan kakak selalu berfb dengan Adib. Salam juga untuk mereka, Aisyah dan Kak Hom. Jangan lupa untuk Tuah juga walaupun Adib belum pernah melihatnya kecuali daalm blog mama.
Best lah ada Tuah. Aisyah cakap dia sangat sayang kat Tuah, baguslah kan!
Jumpa lagi mama, jika mama ada masa balas ya mama. Mama sentiasa di hati Adib.
Salam rindu dan peluk cium untuk abah juga.
Assalamualaikum.



Itulah emeil terbaru dari anak tunggal lelaki ku Mohd Adib yang sedang belajar di Cairo. Usianya baru saja 16 tahun. Sudah dua tahun di sana. Dia anak yang baik. Cita2nya ialah hafiz Al Quran dan mahu menjadi pendakwah bebas. Apa lagi yang mampu aku usahakan kecuali sentiasa mendoakannya. Dia sering saja menghantar emeil untuk ku.

Aku bersyukur, walaupun jauh dipisahkan benua yang berbeza dan sempadan antarabangsa, tetapi kemajuan teknologi dan kecanggihan dunia tekomunikasi membolehkan kami berhubung setiap masa. Cuma sebagai ibu, aku tetap rindu untuk menyentuhnya, membelainya,mengusap rambutnya, memeluk dan mendakapnya.
Semoga anakku sentiasa dilindungi Allah sepanjang masa, berjaya dalam pelajarannya dan termakbul cita2nya untuk menjadi seorang hafiz Al Quran. Mama tetap sentiasa mendoakan untuk anak2 mama.
Di ruangan ini beberapa keping gambar Mohd Adib ketika kami melawatnya di Cairo pada Mac 2010 yang lalu.
Salam, berjumpa lagi.


Gambar atas, Mohd Adib (yang tinggi di sebelah kanan Dzul) bersama ustaz Zakaria dan Ustaz Firdaus serta kawan2nya menghantar kami di lapangan terbang Cairo. Semuda usia 8 dan 9 tahun pun ada yang belajar di sana.

Ganbar kedua...Aku dengan anak bujangku...usianya baru 16 tahun tetapi dia cukup matang.
Mudah2an berjaya menjadi Hafiz Al Quran dan pendakwah bebas seperti yang dicita-citakannya. Ustaz Mohd Adib Al Hafiz....Insyaallah

2 comments:

  1. Sejuk perut ibu mengandung.. InsyaAllah Adib akan jadi AlHafiz... ;-) -DDM Zack

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok anak2 kak dah berjaya...insya'allah hanim pun nak jadi macam kak dah..pandai mendidik anak2. semoga anak2 hanim juga menjadi anak yang soleh & solehah. amin

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.