Saturday, December 18, 2010

Untuk Anak-anak Kita

Salam, berjumpa lagi.
Aku ingin berkongsi dengan anda pagi ini. Tentang anak2 kita.
Minggu ini dari Isnin hingga Jumaat semalam, kami menghantar dua orang anak, Irah dan Aisyah ke Program Cuti Sekolah AMPAC di Bangi. Bayaran untuk seorang RM370. Dua orang dah RM740. Jumlah yang besar jika aku makan gaji dahulu. Waktu itu, jika nak hantar anak ke mana2 program cuti sekolah, bayar RM100 pun dah mahal pada aku.
Sepanjang cuti sekolah ini juga, kami menghantar kedua2nya ke Program ESQ Kids dan ESQ Teens. Dua hari je programnya. Bayaran untuk seorangpun dah lebih RM690 bayarannya.  Dua orang RM1380.
Program Motivasi Alihan Pelajar anjuran Dr. Tengku Asmawi pun kami hantar sebagai pengisian cuti sekolah. Bayaran seorang RM300, untuk dua orang dah RM600.

Sementara itu, untuk Aimi yang sekarang sedang bercuti dari ITM, dia nak mengikuti Program di British Council KL. Tiga minggu je program yang diikuti, tetapi beribu bayarannya. Tak masuk lagi makan minum dan transportnya pergi dan balik.
Aimi juga mengikuti satu lagi program Public Speaking yang diikutinya setiap kali bercuti di PJ yang juga cukup mahal bayarannya. Beruntungnya anak2ku.

Pendeknya, jika aku makan gaji, mengharapkan gaji, menunggu gaji, pasti anak2ku tidak merasa semua kemudahan itu. Jika cuti sekolah, duduklah di rumah mengadap TV je.

Dua hari lepas, kami meninjau sekolah baru untuk anak kerana Irah akan masuk ke sekolah menengah. Kami melawat dua buah sekolah. Yang pertama ISKD atau Islamic School Kota Damansara di Sunway Kota Damansara.  Satu lagi ialah Adni Islamic School di Ampang. Kedua2nya hampir sama.
Dari tadika hingga sekolah menengah kemudahannya lengkap.
Sepenuhnya sekolah Islam, silibusnya dari Singapura dengan O Level untuk Secondry School. Sekolah menengahnya hingga tingkatan empat sahaja. Selepas itu terus boleh memohon A Level.

Sepenuhnya berhawa dingin, makan disediakan tiga kali, satu kelasnya hanya maksima 20 orang.
Kokurikulum yang disediakan ialah teakwando, berenang dan sukan berkuda.

Cuba tengok bayarannya yurannya.
Untuk Aisyah yang akan masuk P3, pendaftarannya sahaja RM3770. Ini belum masuk uniform, buku2 dan transportnya. Sementara untuk Irah yang akan naik tingkatan satu, pendaftarannya sahaja RM4230, belum dikira buku, uniform dan pengangkutannya. Bayaran bulan pertama juga belum diambil kira. Untuk Aisyah, bayaran bulannya RM690 sementara untuk Irah RM1100.

Inilah yang ingin aku kongsikan. Buatlah bisnes ini untuk anak2 kita. Masa depan mereka kita tentukan. Bagaimana hasilnya, kita yang mencorakkan. Tanpa menafikan kebaikan sekolah2 kebangsaan dan menengah yang disediakan oleh kerajaan kerana kita semuapun dari sekolah yang sama.

Tetapi aku ingin berkongsi, kami sangat berpuas hati dengan hasilnya. Akhlak anak2 lebih baik, mengaji dan hafazannya memang lekat di mulut, solatnya tak perlu disuruh2 sampai sakit tekak, bangun pagi untuk solat tak perlu dikejutkan. Mereka akan bangun sendiri.
Puasa sunat dilakukan sendiri tanpa aku menyuruhnya, malahan mereka yang lebih banyak berpuasa sunat berbanding aku sendiri.

Sepanjang lebih lapan tahun buat berniaga ini, ramai sekali prospek yang ditemui memberikan alasan 'anak' yang menyebabkan mereka tidak mahu buat.
Apa alasan mereka??
Anak kecil lagi.
Tunggu anak besar saya buatlah.
Anak ramai sangat.
Anak sakit.
Anak demam
Tak ada pembantu untuk menjaga anak.
Kalau buat MLM ni, anak2 akan terbiar dan terabai.
Kalau nak berjaya, anak2 tidak cukup kasih sayang.
Saya lebih pentingkan pelajaran anak2 bukannya kemewahan.

Sebenarnya semua alasan anda betul. Semuanya benar.
Aku bermula dahulu, anak  yang bongsu berusia lapan bulan. Waktu itu, kami pun tiada pembantu. Hanya kami yang menguruskan segalanya.
Tiada alasan yang aku berikan. Aku tahu, satu alasan cukup untuk menggagalkan diri sendiri.
Aku sering berpergian ke sana sini membina perniagaan ini dahulu. Meninggalkan anak2 pada Dzul sahaja pada peringkat awalnya.
Semuanya untuk mereka.
Jangan merasa bersalah meninggalkan anak2 di rumah ketika kita keluar berjumpa prospek, berdemo, menguruskan dana, menghadiri meeting atau seminar.
Inilah pengorbanan kita.
Inilah usaha kita.
Inilah persediaan kita.
Inilah pengorbanan kita untuk mereka.
Untuk kebahagiaan dan kesenangan mereka.
Bukan hanya di sini tetapi untuk kehidupan selepas kita sudah tiada lagi.
Tinggalkan segala yang baik untuk anak2 selepas kita sudah tiada  di dunia ini lagi.

Tiga amalan yang tidak putus selepas kita meninggal dunia iaitu
*Ilmu yang berguna
*Anak yang soleh
*Harta yang disedekahkan

Alangkah beruntungnya jika kita termasuk dalam kategori di atas. Dan lihatlah beberapa foto yang saya sertakan. Kagum saya melihat ibu cemerlang dan bapa gemilang yang tidak pernah memberi alasan untuk berjaya.
Anak2 dibawa setiap kali meeting, seminar atau business talk. Tabik spring dengan mereka semua.
Tahniah ibu2 dan bapa2 hebat.


CDM Haryati dengan baby comelnya Iskandar Rizal.
Sering dibawa ke meeting sejak ketiadaan pembantu. Bergilir2 dengan CDM Kept Jai mendukong anak.
CDM Syed uzair membawa Syed Adam. Tak mahu ditinggalkan. Nak ikut ayah datang ke meeting Taipan katanya. Lihat semangat Adam...
Go Go Go Taipan. Tahniah ayah! Semuanya demi anak2.
Cuba teka?? Siapa ayah hebat ini??
Jika tak silap ini Bapa Mithali CDM Kept Jai...demi Iskandar
Masih berbedung. Bayi ini tak tahu tentang meeting atau seminar.
Dia pun tak tahu tentang Taipan.
Dia tahu menangis, menyusu dan tidur sahaja.
Tetapi bagaimana masa depannya akan bergantung
kepada apa yang ayah dan ibu sediakan untuknya.
Maka berikanlah yang terbaik.
Nak yang terbaik, kita kena ada duit, sekolah terbaik, pendidikan terbaik, tempat kediaman yang selesa, simpana terbaik, pemakanan yang terbaik, kesihatan yang terbaik, insuran terbaik dan bla bla bla semuanya perlukan duit.
Tahniah DSM Ani dari Melaka. Tiada alasan. Baru habis pantang. Dia berseminar, anak dikendong sekali. Ini seminar NDS di Melaka baru2 ini. tetapi bagi Ani, setiap minggu datang ke KL dan USJ pun membawa bayinya.
Pasti berbangga anaknya mempunyai ibu sehebat Ani. Tahniah Ani!
DDM Nor, tiada alasan juga. Anaknya empat orang, tiada pembantu rumah. Setiap minggusebanyak dua kali seminggu Nor akan datang dari Melaka bersama groupnya. Nor jarang datang meeting membawa anak2, tetapi pada masa yang sama mahu menjadi upline yang terbaik.
Dia selalunya akan mengasuh anak rakan kongsinya,
biar mereka mengikuti meeting tanpa gangguan.
Bagusnya upline, bukan hanya untuk anak2nya tetapi biar anak rakan kongsinya juga mendapat faedah dari kejayaan ibu mereka.
Aku tak berapa ingat namanya, tetapi aku sering nampak dia datang meeting bersama suami serta membawa dua orang anak kesayangannya.
Dia memangku yang kecil sementara suaminya mengasuh yang besar. Mempunyai anak2 kecil tiada alasan, Nak berjaya untuk kejayaan anak2 juga.
Bila anaknya merengek, dia akan ke belakang dewan untuk menyusu atau mendodoikan si anak.

Aku juga buat bisness ini untuk anak2. Lapan tahun dahulu aku juga tiada pembantu rumah. Semuanya ku urus sendiri.
Ketika bermula dahulu, si bongsu Aisyah baru berusia lapan bulan,
Irah berusia empat tahun,
Adib lapan tahun dan yang sulung Aimi baru sebelas tahun.
Hari ini segala susah payah berbalaoi. Bukan untuk kesenangan sendiri kecuali untuk anak2. Andainya aku telah tiada nanti, maka telah aku sediakan ynag terbaik untuk mereka berempat beradik.

'Tinggalkanlah segala yang terbaik untuk anak2mu setelah engkau tiada nanti. Itu lebih baik daripada membiarkannya menjadi orang yang meminta2.'

Jangan merasa bersalah atau berdosa ketika kita meninggalkan mereka untuk membina perniagaan ini. Tiadaa pengorbanan, tiada kejayaan.
Biarlah kita bersusah sedikit tetapi kesenangan yang bakal kita nikmati itu terlalu besar nikmatnya.
Biarlah kita sering meninggalkan mereka, itu lebih baik daripada kesusahan hidup yang kita tinggalkan untuk mereka.

 Inilah usaha kita untuk mereka.
Inilah komitmen kita untuk mereka.
Inilah pengorbanan kita untuk mereka.

Setiap kali saya bersujud dan setiap kali tangan ini saya tadahkan kepada Ilahi,  tiada yang saya pohonkan kecuali kejayaan untuk anda semua.
Berjumpa lagi. Salam kejayaan.

3 comments:

  1. Alasan anak masih kecil ada jawapan anak BUKAN terus membesar.....Alasan tidak ada masa, ada jawapan semua manusia ada 24jam sehari....Alasan tak pandai berniaga, ada jawapan Akademi ada bimbingan HEBAT....Alasan banyak kerja, ada jawapan setiap hari sesiapapun perlu menyiapkan kerja....Alasan tidak ada modal, ada jawapan boleh diusahakan kalau nak....Alasan tidak ada alasan, ada jawapan JANGAN buat alasan....Jika anak dijadikan alasan, anak seolah-olah jadi bebanan untuk kita. Kita tidak tahu MUNGKIN anak yang berada di atas riba adalah petunjuk kepada kita REZEKI makin menghampiri kita.

    ReplyDelete
  2. Ya terima kasih DDM Kunaini, itulah bezanya antara orang yang berjaya dengan orang yg gagal.
    Tak cukuplah kek lapis hari tu. Semua kata sedap. Dua hari je, dah habis.

    ReplyDelete
  3. Demi anak-anaklah saya berjuang...demi anak-anaklah kami berkerja keras,demi anak-anaklah kami tidak pernah berputus asa..kerana merekalah generasi yang akan menganti tempat kita hari ini..Apakah yang kita akan wariskan kepada anak-anak kita sekiranya kita tidak membuat keputusn utk merubah kehidupan yang dahulunya hanya cukup-cukup sekadar hidup??terima kasih CDM Faridah...seorang Ibu Yang memang HEBAT...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.