Salam, berjumpa lagi di ruangan 'Meniti Puncak Jaya' pada pagi ini. Sejak kali pertama aku meletakkan diri dalam dunia MLM yang ku ceburi sebelum ini, memang aku tahu bahawa menghadiri meeting adalah WAJIB jika mahu berjaya. Sebab itu aku boleh bertahan selama lebih lima tahun dalam syarikat MLM sebelum ini walaupun pendapatannya hanya 'ciput'. Sebab meeting tak pernah ku tinggalkan.
Sama juga bila aku terjun dalam syarikat Hai O. Meeting WAJIB DATANG jika mahu berjaya. Setelah lima set Premium Beautiful berjaya dijual dalam masa seminggu sahaja, aku mula meletakkan diri untuk lebih serius, fokus dan memberikan komitmen untuk terus melangkah. Maka langkah seterusnya yang aku laksanakan ialah menghadiri meeting.
Aku masih ingat tarikh keramat itu iaitu 'Ahad 19 Oktober 2003'. Bertempat di Intekma Resort Shah Alam, aku hadir meeting yang pertama dalam syarikat ini. Katanya meeting mula jam 9.30 pagi, aku dah sampai 9.10 pagi, peserta pertama malahan penganjurnya pun belum sampai. Aku tak nampakpun CDM Safiah atau CDM Jamsari atau mana2 kelibat orang Hai O. Aku tahu yang Tini tak hadir, sudah dimaklumkan bahawa dia dan Din ke Kelantan. Aku pula jenis yang punctual dari segi masa. Maklum aku guru pentadbir, sebelum itu guru disiplin. Lima tahun dalam AMWAY, aku dididik supaya menjaga masa.
Aku tunggu sampai jam 9.30 pagi tetapi belum nampakpun kelibat orang. Aku terus telefon Tini, ya dia di Kelantan.
"Takpa Kak Dah tunggu jelah, kejap lagi Kak Safiah akan sampai. Dia orang memang macam tu Kak Dah, duit je banyak, banyak beli jam, semua yang mahal tetapi semua tak tau tengok jam". Tini seperti memahami perangai aku yang sangat punctual.
Tak sampai dua minit, CDM Safiah menelefonku, "Kak Dah, saya dah nak sampai ni, tunggu jap ya. Kak Dah datang dengan siapa?"
Seperti dijangka, meeting mula jauh lebih lewat dari masa yang diberitahu. Jam10.20 pagi baru dimulakan. Pengisiannya belajar tentang produk premium beautiful, apa dia infra red ray, cara mengambil ukuran badan dan cara memakaikannya kepada pelanggan. Siap dengan patungnya sekali.
Cara nak push up juga turut ditunjukkan. Semasa sesi tunjuk cara pemakaian baju dalam kepada salah seorang peserta perempuan, semua lelaki diminta keluar.
"Tak lah susah sangat, yang penting customer kita jatuh cinta.
Mulut kena manis, bibir mesti senyum, puji mesti lebih bagi kaw2 pun tak apa, customer kita mesti membelinya. Barang memang harga dua ribu, tetapi jika kita pandai, mereka rasa macam dua ratus sahaja. Dan dan tu juga mereka keluarkan duitnya". Panjang lebar CDM Safiah bercerita cara dan teknik closing.
Meeting dulu bukan macam sekarang. Kini meeting dua jam je dah habis. Bagi semangat je berkobar2 semua keluar berniaga. Meeting yang aku hadir kali pertama itu habisnya jam lima petang dari 10.30 pagi. Punya la lama. Pengisiannya hanya produk. Ada juga CDM Jamsari bercerita pasal marketing plan, tapi aku tak faham apa2. Bukan cara macam yang diceritakan sekarang, tapi agak kompleks. Jalan penceritaannya susah. Berbelit. Dia yang faham sorang2, kata Tini.
Tetapi yang aku teruja sekali, apabila DDM Yusnita berkongsi tentang perubahan hidup yang dialaminya dalam perniagaan itu. Dia adik kepada CDM Safiah. Masih muda dalam awal dua puluhan, tetapi dia dah merasa pendapatan lima angka sebulan. Begitu juga DSM Rosnita, masih belajar di UM, tetapi katanya duit poket dan belanja belajar semua duit bisness ini. Tak perlu menyusahkan ibu bapa. Sikit2 pun boleh dapat dua tiga ribu sebulan. Wah! Aku yang dah bekerja 15 tahun ni pun baru bergaji tiga ribu lebih je.
Berbaris kereta mewah kat luar dewan. Ada Mercedes Benz, ada Honda accord, ada CRV, ada Sorento, Altis dan lain2 yang dimiliki oleh usahawan yang hadir meeting tersebut.. Nombornya macam2 tetapi ada juga dua tiga buah yang nombornya sama. Suasana sebegini tidak dapat ku lihat dalam meeting syarikat MLM yang ku ceburi sebelum ini.
Semangat ku makin meluap2. Kemahuanku semakin menyala2. Ya aku mahu berubah, aku mesti menjadi manusia baru. Apa yang akan terjadi lima tahun lagi akan terhasil daripada keputusan yang ku buat pada hari ini. Barangkali inilah yang aku cari selama ini. Barangkali doaku supaya diberi satu peluang untuk mengubah hidup sudah Allah turunkan. Inilah tangga yang perlu ku panjat, inilah gunung emas yang perlu ku daki. Inilah lombong berlian yang mesti ku gali. Barangkali doaku sekian lama telah dimakbulkan.
Kepulanganku petang itu bukan kepulangan biasa. Pergi dengan harapan, pulang dengan impian, kejayaan pasti dalam genggaman. 'Lakarkan impian, tetapkan matlamat' ku sematkan ke dalam sanubariku. Nekadku, melalui Hai O, AKU MESTI MENJADI ORANG KAYA. Salam Perjuangan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.