Jika jemu bermain atau tidak mahu diganggu, Tuah akan bersembunyi di bawah meja atau bawah kerusi atau bawah katil. |
Aku tak suka Tuah duduk berehat di atas karpet tebal yang dibeli di Austrlia ini. Aku tunjuk kayu biru...Tuah terus lari lintang pukang menyembunyikan diri. Alahai kesianlah pulak kepada Tuah. |
Tuah membersihkan badannya dengan menjilatnya ke seluruh badan. |
Menggunakan tangannya....Tuah minum hanya dua kali sehari. Airnya mestilah hanya air bio aura untuk menjaga kesihatannya. Juga untuk menjaga bulunya yang cantik dan lebat itu. |
Jika Aisyah mahu berpergian ke mana2, dia akan bercakap dengan Tuah dahulu. Macam2 yang dipesannya kepada Tuah. "Tuah, duk elok2 kat rumah ya, dengar cakap Kak Hom tau. Jangan cakar wall paper mama tau. Nanti mama marah. Nanti petang Aisyah balik. sekejap je aisyah pergi ni.. Petang nanti kita jumpa ya." Betul2 macam pesanan kepada adiknya sendiri. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.