Selamat berjumpa lagi. Salam Perjuangan. Saya gembira dapat berkongsi rasa dan pengalaman dengan anda semua dalam ruangan 'Meniti Puncak Jaya', inilah jejak langkah kami mencari makna kejayaan di dalam hidup. Kemahuanlah yang akan membezakan anda dengan orang lain di luar sana.
Mengimbau detik lapan tahun yang lalu, kunjungan pertama CDM Kartini (ketika itu berpangkat DDM) dan CDM Kamaruddin (DSM ketika itu) pada awal Oktober 2003, aku masih teragak2 untuk menyertai Hai O. Kesetiaan atau loyalty yang ditanam oleh Amway begitu kuat mencengkam seluruh urat sarafku. Kepercayaan dan keyakinanku kepada Amway begitu kuat mengalir menjadi denyut nadi hidupku. Begitu sukar untuk diganggu gugat. Begitu hebat sistem pendidikan yang ditanam dalam sistem syarikat MLM itu walaupun selama lima tahun aku terlibat dengannya, aku tidak nampak sebarang perubahan besar dalam hidupku kecuali dapat menggunakan produk yang sangat berkualiti.
Tetapi sebagai manusia yang diberi akal fikiran, terdetik di hatiku tentang perubahan hidup yang begitu ketara yang ku lihat pada Tini (panggilan lama yang begiru serasi kepada CDM Kartini). Kereta Honda Accord baru yang cukup bergaya, pendapatan puluhan ribu, trip pelancongan yang telah dinikmatinya dan niatnya untuk berhenti kerja membuatkan aku berfikir...."Jika Tini boleh dapat, aku juga pasti boleh. Sudah lima tahun aku setia kepada Amway, segala komitmen dan pengorbanan telah ku berikan untuk berjaya tetapi aku masih di takuk lama". "Aku mesti memberi peluang kepada diriku untuk melihat potensi yang ada di dalam syarikat ini, barangkali rezeki ku bukan dengan Amway lagi". Fikiran ku terus berkata2.
Aku menelefon Tini, ajak berjumpa dan menjemputnya datang ke rumah ku sekali lagi. Aku mahukan kepastian. Seperti yang dijanjikan Tini dan Din datang. Wah! kali ini bukan berseorangan tetapi membawa sekali uplinenya yang hebat iaitu CDM Safiah Yusop dan CDM Jamsari Mokhtar. Tak cukup dengan itu, stokis Angie dan Kenny pun datang. CDM Jamsari yang banyak bercakap dan memberi penerangan kepada ku. Tini dan Din hanya memerhati. Ya! jika kita dah membawa upline berjumpa prospek kita, kita sepatutnya diam dan melihat sahaja. Biar upline kita yang bercakap. Selepas sesi penerangan oleh CDM Jamsari, Angie pula yang memberi ku percubaan untuk memakai Premium Beautiful. Wah!...Keyakinanku bertambah, fikiranku berubah. Kemahuan ku untuk mencuba perniagaan ini melonjak-lonjak.
Ya, berjaya Tini kali ini, detik hati ku. Closing!!! Aku terus mengisi borang keahlian. Ketika itu RM50.00. CDM Jamsari bertanya direct pada aku...
"Kak Faridah ada modal tak?"
"Modal? Berapa?"
"Kita nak buat bisnes ni, pendapatan mesti besar. Jika Kak Faridah ada modal senanglah nak buat, boleh mula terus. Jika ada barang, kita boleh terus pakaikan customer kita, tak payah tunggu2 lagi." Kata CDM Jamsari panjang lebar.
"Nak bayar yang dipakai ni pun tak ada duit, usahkan nak bermodal untuk beli produk dulu. Berapa minimanya?"
"Jika ada sepuluh ribu dulu, Kak Faridah boleh beli lima set premium beautiful dulu".
Aku mengeluh panjang. Ya....dari situ aku berfikir. "Selama lima belas tahun aku bekerja, siang malam mencurah tenaga, segala komitmen aku berikan untuk menjadi guru berdedikasi seperti yang dituntut dalam bidang ini"....tetapi detik hati ku terus berkata "simpanan langsung tiada, baik untuk simpanan wang, simpanan kecemasan apalagi dalam bentuk aset seperti saham, simpanan emas, ASB atau lain2." yang ku perolehi. Begitu daif sekali. Cukup terasa. Rasa berderau urat saraf ku mengenangkannya.
CDM Safiah, CDM Jamsari, Angie, Kenny, Tini dan Din pulang lebih kurang jam 6.30 petang. Hanya closing ahli RM50.00. Tetapi jawapan yang ku berikan, "Kak Dah akan usahakan".
Malam tu aku tak lena tidur, segala macam fikiran datang menerpa.
"15 tahun aku bekerja. Ada ijazah dan master. Aku guru hebat, guru cemerlang, guru yang menjadi kesayangan, guru bagai lilin, guru yang komited, anugerah guru...bla bla bla."
"Dua kali ku naik ke pentas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah tempat ku bertugas pernah mendapat anugerah sekolah terbaik sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan."
"Result peperiksaan subjek geografi yang ku ajar sentiasa tinggi, peratusannya memuncak je."
"Tetapi apa yang aku ada...Simpanan? Saham? ASB? Insuran? Aset emas? Rumah sewa? Melancong ke luar negara?"
Teringat kata2 Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary "Jika nak kaya, tak boleh makan gaji".
"Tini sudah memandu kereta baru, wang pun dah banyak puluh2 ribu dah dapat, macam mana dengan aku?" Getus fikiran ku lagi.
Ahh! tak boleh jadi. "Aku mesti bertindak. Lima tahun lagi aku mesti menjadi orang lain...rumahku berbeza, kereta ku berlainan, aku mesti mempunyai simpanan wang, emas dan saham, aku mesti membeli insuran untuk masa depan ku dan anak2, aku mesti berjalan ke seluruh dunia, aku tak mahu masih seperti hari ini. Aku tak mahu sekadar cemerlang di tempat kerja tetapi kehidupan peribadi ku suram. Aku mesti keluar daripada segala kesusahan ini".
"Dan siapa diriku lima tahun akan datang bergantung kepada keputusan yang aku buat hari ini". Ya...inilah waktu yang terbaik. Aku mesti menjadi manusia yang memburu kejayaan.
Esoknya, pagi2 lagi aku menelefon CDM Kartini. Buat appoiment dengannya untuk mendemokan produk Premium Beautiful kepada beberapa orang prospek ku. Petangnya, Tini datang ke Rawang. Tiga set produk berjaya dijual hanya pada sekali kunjungan Tini ke Bandar Sg. Buaya. Wah! bagai hali lintar, aku rasa begitu bersemangat sekali....Kita jumpa lagi pada siri seterysnya. Salam kejayaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.