Sebanyak tiga kali juga aku mengerjakan umrah juga percuma bersama AT181. Tetapi tempat2 popular yang ku jelajahi itu berbeza sama sekali waktu ku mengerjakan haji tahun lalu pada musim haji 1430 Hijrah. Hingga saat ini, rindu kami sentiasa membara untuk ke sana lagi.
Aku sentiasa berdoa agar aku menjadi tetamuNya yang paling istimewa. Bukan hotel istimewa yang aku mahukan, bukan makanan sedap yang aku harapkan, bukan hamparan karpet merah menyambut ku datang yang aku perlukan, bukan juga layanan istimewa yang aku dambakan sepanjang kembaraku di tanah suci, tetapi sejak mula ku melangkah keluar rumah, yang paling aku mahukan ialah Allah menerima segala taubatku, bimbinglah aku dengan bimbinganMu, Allah ampunkan segala dosa dan kejahatanku, Allah menerima doakan, Allah sucikan hatiku, Allah luaskan rezekiku, Allah permudahkan segala urusanku, terimalah aku sebagai hambaNya yang paling hina, datang menyerah diri dan hati mengadap dan mengagungkan kebesaranMu. Paling ku harapkan ialah memberikan hadiah haji yang mabrur untuk kami berdua.
Tiada apa yang kami bawa kecuali sekeping hati dan diri yang ku serahkan segala pengabdian kepadaNya semata-mata. Tinggalkan anak-anak dan keluarga, tinggalkan segala harta dan pangkat kebanggaan, kereta mewah, rumah besar serta segala perhiasannya, tinggalkan sahabat dan taulan, tinggalkan perniagaan daan network dan tinggal semuanya. Di saat aku berada di Padang Arafah, mabit di Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar di Jamrah, semuanya sama. Hanya iman dan taqwa yang menjadi ukuran di sisi Allah SWT.
Demikian juga ketika mengerjakan tawaf mengelilingi kaabah yang agung, saie antara Safar dan Marwah dan ibadah2 lain. Iman, ketaqwaan dan amalan baiklah yang membezakan kita dengan orang lain. Setiap detik adalah untuk menuntut keredaan Allah SWT, memohon taubat dan keampunan dariNya semata-mata.
Dua bulan sebelum berangkat ke tanah suci, aku suami isteri sentiasa berdoa supaya dihindari kami dari empat kelalaian ketika di sana iaitu:-
1. Bersantai-santai dan bermalas-malasan di bilik hotel
2. Solat di bilik hotel tanpa ke Masjidilharam
3. Aktiviti shopping yang melalaikan
4. Rakan-rakan haji yang lalai dan melalaikan
Syukurlah, semuanya dipermudahkan dari awal sehingga selamat kembali ke rumah. Kembara hati ke tanah suci selama 30 hari dari 21 Nov hingga 21 Dis 2009 benar-benar menggamit rindu yang berkekalan. Kami nekad akan kembali lagi. Rindu Kaabah, tawaf, saei, muzdalifah. Arafah, Mina dan Jamratul Aqabah serta seluruhnya tak mungkin dilupa. PadaNya jua kami berdoa agar kehadiran kami ke tanah sucimu setahun yang lalu bukan yang terakhir. Pilihlah kami lagi untuk menjadi TetamuMu Yang Paling Istimewa. Di ruangan ini beberapa keping foto kenangan untuk tatapan bersama.
Ketika berada Padang Arafah... setiap doa akan dimakbul, setiap taubat akan diterima, setiap dosa akan diampun, setiap permintaan akan ditunai dan setiap yang dititip pasti akan sampai. |
Di Padang Arafah...setiap detik adalah pengampunan segala dosa. Bagai seorang bayi yang baru dilahirkan...semuanya suci dan murni bagi yang diterima taubat dan pengampunanNya |
Mabit di Muzdalifah...dicelah lautan jutaan manusia |
Selepas mengerjakan umrah wajib |
Selepas melontar di Jamratul Aqabah |
Selepas solat berjemaah di Masjid Nabawi Madinah |
Jutaan manusia...Selepas solat berjemaah di Masjid Nabawi Madinah |
Lapangan terbang Jeddah...ketika menunggu penerbangan pulang ke Malaysia 21 Dis 2010 |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.