Hari keenam, 28 Oktober merupakan hari terakhir dalam kembara indah kami di Swiss. Tak dapat nak dibayangkan, meski wajah suami, anak2, rakan kongsi, ibu ayah, business talk dan negara tercinta sudah terbayang di ruang mata, meski sambal belacan, nasi lemak dan teh tarik sudah terasa bagai lalu di tekak tetapi rata2 warga AT 181 dapat merasakan bahawa trip kali ini merupakan trip yang paling indah, enjoy, seronok dan mengujakan.
Segala2nya indah dan menyeronokkan. Dari mula berkumpul di KLIA, penerbangan dgn Qatar Airways, transit di Doha, melepasi imegresen di Zurich, Rhine falls, Luzern, Lion Monument, Tasik Brienz, Interlaken, Tasik Titisee, Mt Titlis, Chapel Bridge, Bally Factory, Germany, Old Town, memasuki gua glasier, Berne, Astoria Hotel, Swissotel, seminar, shopping, makan minum, tidur, sesi fotografi, solat di masjid Mahmud, Bucherer, Rolex, cuckoo clock, naik bas, naik teksi, cabel car, menaiki10 000 kaki dari aras laut, bermain salji, berkenalan, berjumpa, bermesra dan macam2 lagi.
Tahniah dan setinggi2 terima kasih untuk Hai O Marketing yang menawarkan pakej pelancongan yang paling hebat kali ini. Tahniah dan penghargaan juga untuk GTT yang mengendalikan rombongan ini. Tip Top services!!!
Untuk seluruh warga Akademi Taipan 181, tahniah dan terima kasih juga kepada anda semua kumpulan C1 dan C2 yang bekerjasama dengan pihak GTT dan syarikat Hai O sehingga setiap program dan perjalanan sepanjang kembara ini berjalan lancar. Tarikh 23 Okt hingga 29 Okt 2010, Trip Ke Swiss abadi dalam kenangan.
SWITZERLAND.....AKU PASTI AKAN DATANG LAGI!!!
Deretan bangunan di Zurich...keluar meninjau selepas sarapan sebelum meninggalkan hotel pada jam 12 tengah hari |
Shopping lagi sebelum bertolak ke airport |
kenangan terakhir di hadapan Swissotel Resort |
Layanan hebat di hotel ini meninggalkan kenangan manis |
Andai ada rezeki, aku pasti akan datang lagi... |
DDM Man, DSM Kamarol dan DSM Jonathan |
Orang hebat Sabah...berkenal mesra di Swiss, maaf ya Asmah dan Farizah |
Tambah bersemangat untukkembali berniaga lebih hebat selepas ini. Gegar Sabah!!! |
Bakal CDM tahun 2011 DSM Ila dan DSM Wan |
Akan Kembali ke Tanah Air Ku untuk meneruskan misi dan visi bersama Akademi Taipan 181 |
Sempat lagi tuuu....menghabiskan saki baki Swiss Franc |
Great To See You!! |
Switzerland... Kembara Indah Yang Akan Kekal Terpahat Dalam Memori Hidup Ku. Nekad ku...Pasti Aku Akan Datang Lagi. |
SWITZERLAND....
SERIBU KENANGAN INDAH KU BAWA
PULANG!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.