|
Wah! Sakan orang Utara shopping Bally |
Hari kelima trip ke Swiss memang menarik. Kami dibawa ke Tasik Titisee yang sangat cantik. Pemandangan indah panorama sepanjang perjalanan ke Tasik Titisee, melihat perkampungan yang cantik, tersusun, kemas dan bersih.
Puas bergambar di sana sini, dengan pelbagai gaya dan aksi
berseorangan atau berkumpulan. Nasib baik kamera sekarang tak guna filem macam dulu. Selepas itu kami dibawa ke kedai cenderamata yang sangat cantik. tak terkelip mata melihat pelbagai hiasan dan cenderamata. Jangan lupa beli untuk downline, prospek dan saudara mara. Paling istimewa di sini ialah cuckoo clock.
Selepas makan tengah hari, kami dibawa pula ke Kedai Bally, Tetapi perjalanan jem memakan masa yang lama. Pelbagai barangan mewah kasut, baju, beg tangan, dompetdan lain2. Ramai juga yang berhabis sakan kat sini.Yang tak bawa banyak wang atau tiada kredit kad, memang akan rasa terkilan. Tu lah, lepas ni memang kena buat sungguh2 supaya bukan setakat layak pergi melancong, tetapi juga mampu membawa wang shopping yang banyak.
Perjalanan hari kelima ditutup dengan program hebat iaitu Seminar Seberang Laut. Seminar diadakan di dewan makan sebuah restoran milik rakyat Malaysia Dato' Krishnan. Beliau sudah berhijrah ke Swiss sejak 15 tahun dahulu. Menu makanannya juga sangat istimewa antaranya satay, tomyam udang, daging masak pedas, sayur campur, udang masak merah, kari ayam dan sambal belacan.
Seminar yang dibuat sangat ringkas tetapi padat dan excited. Dipengerusikan oleh CDM Fitri, beberapa orang yang layak melancong dijemput untuk sharing termasuk CDM Ali Saad, CDM Paksu Manaf, DDM Kunaini, DSM Jonathan, CCM Mahmud dan DSM Mohd Shukri. Mrs Florence bercakap bagi pihak syarikat manakala CDM Kartini dan aku juga berkongsi rasa meluah rasa pengalaman melancong bersama AT 181. Semoga terus suksess.
|
Cantiknya perkampungan di Zurich |
|
Mendamaikan... |
|
Seronoknya trip ke Swiss kali ini... |
|
Tak jemu mata memandang... |
|
Eh siapa ni?? |
|
Tasik Titisee....memukau mata memandang |
|
Dulu tengok dalam filem je tetapi kali ini melihat sendiri di depan mata. |
|
Tasik Titisee yang mengkagumkan indahnya |
|
Bangga dapat bawa abang kandung DDM Khalid melancong
kali keempat percuma. |
|
CDM Haryati dan CDM Jai...honeymoon di Swiss |
|
Di kedai cuckoo clock |
|
Tak cukup masa lah...tak menang tangan nak shopping kat kedai ni |
|
Germany...tiga destinasi dalam trip kali ini iaitu
Qatar, Switzerland dan German |
|
Penuhlah kabinet hiasan setiap kali balik melancong dengan AT 181 |
|
Bally jenama mewah di Swiss
|
|
Seminar Seberang Laut di penutup tirai hari kelima |
|
CDM Fitri menjadi pengacara majlis |
|
DSM Jonathan dari Lawas Sarawak kali pertama melancong ke luar negara |
|
DSM Shukri dari Pasir Mas kali ketiga melancong...
tak sangka katanya |
|
Mrs Florence mewakili pihak syarikat |
|
CCM Mahmud(gelaran untuk suami yg isterinya berpangkat CDM di Sabah)
berkongsi pengalaman, katanya ini destinasi ketujuh sejak bersama AT 181 |
|
|
|
"Pengalaman setahun saya bersama AT 181 sungguh luar biasa, pendapatan ratusan ribu, sudah memandu Toyota Alphard dan dapat melancong ke Swiss".
Tahniah DDM Kunaini dari pedalaman Miri Sarawak |
|
CDM Ali Saad...dulu saya berniaga macam2 tetapi tak ada
yang hebat macam berniaga dengan AT 181. Destinasi ketiga melancong, seronok.
Datang ke Swiss ni rasa macam mimpi dalam mimpi. Dalam mimpi pun tak mimpi" |
|
Pemimpin hebat CDM Kartini turut menyampaikan amanat
kepada semua warga AT 181. |
|
Penginapan bertaraf lima bintang di
Swissotel Zurich. |
|
Hai toilet pun nak masuk blog ke? Ini toilet kat Zurich le
bukan toilet kat rumah saya...he he he |
Malam terakhir berada di Swiss, belum jemu lagi dah nak balik. Kata Pn Azizah dari Kelantan "Jika tak mahu balik boleh tak? Rasa baru je sampai dah nak balik." "Minta maaf la ya, kampung halaman kita kat Tanah Merah. Kat Kelantan hujan ni, jangan tak sedar diri, nanti rumah hanyut kena banjir. Ini Switzerland datang makan angin je". Sampuk DSM Cikgu Shukri.
Kepenatan hari kelima tak terasa bila balik ke hotel, masuk bilik je terpampang nama kita kat skrin TV, wah layanan punyalah special. Alamak! dia punya tilam dan pillownya bukan main empuk lagi. Jauh benar bezanya dengan pillow kat rumah kita. Seperti kata CDM Ali "Dalam mimpi pun tak mimpi dapat datang ke Swiss ni. Percuma lak tu!". Sapa tak datang rugi yang amat besar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.