Jika anda sentiasa memberi, rezeki anda akan sentiasa cukup malahan sentiasa berlipat ganda |
"Ah Seng lu percayakah keberkatan rezeki?" Arbi memulakan bicara tentang keberkatan rezeki.
"Keberkatan rezeki, apa itu?" Ah Seng meminta kepastian.
"Berkat la... maksudnya kalau lu dapat untung dengan cara elok, tak tipu orang, hati banyak senang..itu rezeki lu berkat la". Arbi memberi penerangan secara panjang lebar.
"Ooooo...itu macam..percaya..percaya. Kalau kita buat bisnes selalu makan orang, nanti kita akan dapat susah".
"Tapi bukan ramai orang tipukah dalam bisnes?" Aku cuba menduga.
"Itu tak bagus punya orang. Kita mau duit banyak dan hati senang".
"Lu tipu orang rezeki lu dapat tak bersih. Nanti lu dapat susah". "Anak sakit ka, isteri gaduh sama kita, kita dapat accident ka. Itu macam karma ka. Lu buat tak bagus pada orang, nanti kena pula pada lu pula".
Selama ini aku ingatkan tidak ada konsep keberkatan dalam masyarakat Cina. Aku ingatkan mereka lebih tekankan kepada konsep "ong" atau tuah. Teringat aku jawapan Ah Seng apabila ditanya apa itu ong.
"Susah mahu cakap woo. Ong macam itu tuah la. Kita mahu hari-hari lucky. Lucky semua perkara. Bisnes untung banyak, hati senang".
Aku dan Arbi meneruskan bicara berkenaan dengan keberkatan.
"Macam mana lu percaya itu keberkatan penting? Lu pernah tengokkah kawan lu susah sebab buat bisnes makan orang?"
"Ada banyak contoh, ada kawan wa, sudah meninggal pun..dia dulu buka kedai runcit. Bila timbang barang mesti tipu sikit. Satu kilo tak cukup satu kilo. Dia jadi kaya buat itu macam. Untung banyak dia beli tanah, buat macam-macam pelaburan. Dia banyak kaya tapi anak-anak ada masalah. Seorang kena kanser, seorang terencat akal, bini sakit jantung. Ramai orang cakap itu sebab dia selalu makan orang masa bisnes".
"Lu tak pernah tipukah Ah Seng?" Aku cuba menduga dalam gurauan.
"Dulu...masa mula-mula ada la". Ah Seng tersengih.
"Lu hidup tak berkat la Ah Seng". Arbi seolah-olah menyergah Ah Seng.
"Itu dulu...sekarang wa tak buat...sekejap saja. Masa tu wa tak tau pasal berkat ni. Wa sudah insaf, tak mau buat lagi. Sudah bersih itu duit".
"Duit boleh cuci ke Ah Seng? Apa lu buat untuk bersihkan itu duit?"
"Wa banyak menderma la, kasi donation, sedekah mau bersih itu duit".
Oooo...ada juga konsep cuci duit dalam masyarakat Cina ya?"
Dipetik daripada buku Rahsia Kejayaan Apek, tulisan Rohami Shafei dan Shahifol Arbi Ismail
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.