Nikmat menjadi kaya adalah dengan berniaga. Konsepnya adalah:-
1. Lupakan waktu bekerja dari jam lapan pagi hingga jam lima petang.
2. Ucapkanlah "selamat tinggal" kepada bos yang sering memarahi anda.
3. Menghilangkan perasaan takut sewaktu bekerja. Anda adalah bos kepada diri anda sendiri.
4. Jangan menunggu kenaikan pangkat yang tidak kunjung tiba. Apalah gunanya pangkat yang tinggi jika poket kita sentiasa kosong.
5. Gunakanlah seluruh potensi yang anda miliki. Berbanggalah dengan setiap pencapaian anda walaupun ia sangat kecil.
6. Usia bukan penghalang. Ia hanya angka.
7. Sentiasa dekat dengan orang yang kita sayangi kerana masa kita uruskan sendiri.
8. Bekerjalah dengan selesa dan seronok. Andalah yang menentukannya.
9. Berjayalah dengan usaha dan kudrat anda sendiri.
10. Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang anda perolehi dan berkongsilah dengan orang lain supaya rezeki anda akan berlipat ganda.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.