Friday, November 19, 2010
Berkenalan Dengan CDM Kartini
Salam....berjumpa lagi di ruangan Meniti Puncak Jaya.
Ketika mula berpindah di KL pada Januari 1996, aku di tempatkan mengajar di Sek Men Seri Serdang 2(nama asalnya) iaitu sebuah sekolah yang baru dibuka dan memulakan operasinya. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 20 km.
Sebagai sekolah baru, kami menumpang bangunan Sek Kebangsaan Taman Universiti Seri Kembangan, untuk sesi petang. Segala kelengkapan menumpang sekolah tersebut. Selama dua tahun kami menumpang sekolah ini sebelum bangunannya sendiri siap pada tahun 1998.
Pada pertengahan tahun 1997, seramai tujuh orang guru pelatih dari UPM datang ke sekolah kami. Salah seorang guru pelatih itu ialah Cikgu Kamaruddin Mamat.Di situlah aku mula mengenali CDM Kamaruddin. Sebagai orang baru yang masih muda, dia masih banyak segan, orangnya pendiam, ditanya sepatah dijawab sepatah, ada waktu tak dijawab langsung. Kami rupanya berasal dari tempat yang sama, Tanah Merah Kelantan.Tetapi hubungan waktu itu hanya sebagai kenalan di tempat bertugas. Tambahan pula CDM Kartini belum muncul di mataku waktu itu.
Selepas berpindah ke bangunan sendiri di Seri Serdang, ia dikenali dengan nama baru iaitu Sek Men Seri Indah. Melengkapkan sekolah baru adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai guru. Tiga bulan selepas itu, beberapa orang guru baru melaporkan diri. Ketika inilah munculnya Cikgu Kartini Mat Yaakob. Kami agak mesra kerana sama2 anak Kelantan. Cikgu Kartini masih muda, dia baru mengajar tiga tahun waktu itu. Dari situ ku tahu bahawa dia adalah isteri kepada Cikgu Kamaruddin yang pernah menjadi guru pelatih dulu.
Cikgu Kartini suka berniaga. Macam2 barang yang dijualnya seperti kasut, tudung, telekung, kain, broch, biskut raya,nasi kerabu dan lain2. Dia suka cari duit. Sikapnya yang peramah, baik, merendah diri dan tidak berkira, menyebabkan cikgu Kartini senang didampingi. Tetapi adatlah hidup, bukan semua orang suka tengok dia berniaga macam2 benda. Waktu itu dia hanya bermotosikal dan tinggal di flat Seri Kembangan. Aku ada juga menjual beberapa barang yang ku ambil dengannya seperti kasut, broch, tudung dan lain-lain.
Ketika itu aku rancak dengan Amway...Way...Way... Aku ajak Cikgu Kartini join. Apa lagi, sebagai orang yang suka berniaga dia memberi peluang kepada dirinya untuk melihat potensi perniagaan itu. Seminar pertama yang diadakan di Frazer Hills turut disertainya. Tetapi tidak lama dia bersama ku dalam bisnes Amway. Katanya "lambat kaya bisnes Amway ni". Tak apalah, aku tidak kecewa. Aku terus berjuang dalam perniagaan Amway dan Cikgu Kartini terus berniaga broch, kasut, handbag dan tudung.
Rezeki anak ketiga mungkin, aku mampu membeli rumah pertama hasil pekerjaan ku di Bandar Sungai Buaya Rawang Selangor. Sebelum aku berpindah ke sekolah baru, aku dengar Cikgu Kartini jual baju dalam mahal. Dia pernah mangajak ku join bersama tetapi aku setia kepada Amway. Padaku waktu itu tiada yang terbaik pada ku kecuali Amway.
Hubungan kami terputus setelah aku berpindah ke Rawang dan aku bertukar ke Sek Men Darul Ehsan, sehinggalah dia muncul kembali pada September 2003. Datangnya kali ini dengan cukup bergaya, berpangkat DDM ketika itu, kalau dulu hanya Iswara Airoback tetapi sekarang dengan Honda Accord baru. "Dah nak resign" katanya. Pendapatan dengan Hai O waktu itu dalam 25K, 30K dan pernah mencecah 40K. "Apa benda bisnes ni??" Aku betul2 terperanjat! "Dahsyatnya Tini". "Marilah kak Dah kita buat Hai O sama2, jual baju dalam ajaib ni, tengok Tini pun tak sangka boleh dapat ini semua. Wah! aku tak senang duduk jadinya. Dia tinggalkan padaku borang ahli dan starter kit. Tetapi kesetiaanku kepada Amway menyebabkan aku tidak mengisi borang ahli Hai O itu. "Tinggalkan dulu borang itu, nanti Kak Dah fikirkan." Kataku. Bersambung...Salam kebahagiaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.