Arif Sufian Hussain
Akad Nikah 19 Nov 2010
Walimatulurus 20 Nov 2010
Dulu Sepupu Sekarang Suami Isteri |
Impian Terlaksana...Selamat Berbahagia |
Dulu sepupu sekarang adik ipar
Dulu ibu saudara sekarang ibu mertua
Dulu sepupu sekarang suami isteri
Bondalah orang yang paling bergembira dengan sempurnanya majlis ini. |
Dulu dua beradik, sekarang menjadi besan |
Waaa cantiknya...5 orang gadis bunga penyeri majlis |
Nor begitu ceria bersama gadis2 genit yang semuanya anak2 saudara |
Majlis Akad Nikah |
Perkahwinan kedua mempelai ini mencatat sejarah tersendiri apabila ia mencantumkan ikatan sedarah sedaging dua beradik yang terjalin sejak azali lagi antara kakak Hjh Nik Kalthum (ibu pengantin perempuan) dengan adiknya Hjh Nik Hasnah (ibu pengantin lelaki). Ia menjadi sejarah keturunan Hj Nik Ismail bin Wan Musa yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Bagi kedua mempelai pula, dari kecil sering bermain bersama, tidak pernah terlintas akan kesudahan jodohnya. Hubungan sebagai sepupu makin akrab apabila kedua-duanya melanjutkan pendidikan tinggi, sebagai teman sepengajian di Management & Science University (MSU) sejak tahun 2006.
Hubungan sedarah sedaging sebagai sepupu rupanya dalam diam sudah bertukar rasa apabila masing-masing sudah merasa serasi pula sehinggalah kedua-duanya menyampaikan hajat kepada bonda seluruh keluarga. Restu dan doa mengiringi pernikahan yang menghubungkan persaudaraan yang sedia ada.
Terdapat tiga majlis yang berlangsung dalam tiga hari yang berturutan iaitu:-
1. Majlis Solat Hajat pada 18 Nov selepas Solat Maghrib di rumah bonda.
2. Majlis Peminangan dan Akad Nikah pada 19 Nov di Masjid Tanah Merah selepas solat Isyak.
3. Majlis Kenduri Walimatulurus pada 20 Nov bertempat di Mawar Chalet Tanah Merah.
4. Majlis Memotong Kek dan Sesi Bergambar 20 Nov (hanya untuk keluarga sahaja.)
Syukurlah, segalanya telah selamat disempurnakan. Aku sebagai kakak yang turut bertanggungjawab menggerakkan segala kerja untuk majlis ini merasa sangat berpuas hati. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis bersejarah ini. Bagi pihak seluruh keluarga, aku ingin merakamkan setinggi2 penghargaan kepada:-
1. Bonda Hjh nik Kalthum Hj Nik Ismail
2. Kekanda2, adinda2, ipar duai dan anak2 saudara yang begitu banyak berkorban masa, tenaga, idea dan wang ringgit.
3. Pihak keluarga pengantin lelaki
4. Pihak pengurusan Mawar Chalet Tanah Merah
5. Faridah Din Andaman Pengantin dari Pasir Mas
6. Bukit Bunga Chatering
7. Imam dan pengurusan Masjid Tanah Merah
8. Machang Canopy dan semua pihak yang turut membantu sehingga sempurnanya majlis tersebut.
Jamuan Selepas Majlis Solat Hajat |
Mesyuarat Penyelarasan Terakhir Selepas Solat Hajat |
Majlis Memotong Kek |
Majlis Akad Nikah di Masjid |
Majlis Solat Hajat di Rumah Bonda |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.