Si Tuah Yang Bertuah |
Sangkar tempat Tuah tinggal |
Irah, Aimi dan Aisyah sering bermain dengan dengan Tuah. |
Tuah suka tidur di kawasan yang sejuk dan ada angin. Jika dipasang aircond, Tuah lagi suka. |
Dzul dan anak2 memang sukakan kucing, selalu mereka minta untuk membeli kucing tetapi aku tak sukakan kucing. Aku cukup geli dengan kucing. Jika nak bela kucing, jangan sampai berbau dengan najis kucing, berak dan kencingnya mesti diuruskan dengan sempurna. Aku tak suka kucing mencakau karpet atau sofa rumah. Itu syarat2ku kepada Dzul dan anak2 setiap kali mereka meminta nak membela kucing.
Tetapi Tuah sangat berbeza. Dia berasal dari spesies yang istimewa. Tuah tak makan ikan. Makanannya hanya makanan siap yang dibeli. Mesti bersukat mengikut diet yang disyorkan oleh doktor pribadinya. Kencing dan beraknya berjadual hanya di atas pasir yang disediakan. Tuah juga seekor kucing yang sangat pembersih. Selepas membuang kotorannya, dia pasti akan mencakau2 memanggil kami supaya membersih atau membuang najisnya. Selagi tidak dibuang, selagi itulah Tuah akan mencakau2.
Tuah tidur di dalam sangkarnya. Dia sudah terdidik. Bila siangnya lebih kurang jam 9 pagi, dia akan dikeluarkan dari sangkarnya dan dibawa masuk ke rumah. Selepas bermain dengan Dzul, Irah, Aimi dan Aisyah, dia akan naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik Aimi. Dia sukakan tempat gelap dan sejuk untuk tidur dan berehat pada siang hari. Lebih kurang dua jam untuk dia tidur di bawah katil bilik Aimi. Dia akan bangun dan dimasukkan semula ke dalam sangkarnya.
Tuah makan dua kali sehari. Pembantu rumah, Homsatun sudah faham waktu dan jadual Tuah makan. Kami bersyukur kerana rupanya pembantu rumah kami yang kami panggil Hom juga sukakan kucing. Setiap hari Hom yang menguruskannya sangkarnya, najisnya, memberi makannya. Dzul dan anak2 juga turut membantu.
Sejak Tuah hadir, rumah ini lebih ceria. Setiap kali pulang ke rumah, Tuah yang dipanggil dahulu. Sebaik pulang dari masjid selepas solat Subuh, kami bawa Tuah keluar dari sangkarnya, bercakap dengannya dan menghidangkan makan untuknya. Jika sebelah petang, Hom dan anak2 akan membawa Tuah pusing2 di kawasan 'play ground' berhampiran rumah kami...ambil angin petang. Malam sebelum tidur, Tuah dibawa bermain mainannya yang dibeli khas untuk Tuah. Pendeknya, Tuah menjadi ahli baru keluarga kami. Dia begitu disayangi. Dia begitu dimanjai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.